Tuesday, August 21, 2012

kehadapan bonda

bonda
jari di susun
tangan dihulur
maaf dipinta
juwita masih sama
tersangat lah degil
dan tidak mendengar kata
mudah menarik muka
sukar untuk membuka hati berkata ya

bonda
anakmu
juwita masih sama
tidak mahu mengaku kalah
walau sedtik
walau sepicing
di biarkan dosa menggunung
kemudian
mulalah merasa berdosa

bonda
tulisan ini takkan di baca
mana mahu di baca
tulisan aku yang caca merba
yang hanya sesuai di jilat oleh mata mata sadis
yang hanya mampu di cium oleh penagih penagih sepi
yang kau selalu ketepikan hati

bonda
juwita masih sama
entah apa yang di rasakannya
tetap mahu kata
bonda tidak sayang sama juwita
bonda sangat sayang pada kesidang
bonda sentiasa tahu apa kesidang mahu
sedangkan juwita
bonda seperti tidak tahu
langsung
kosong

siantan
bonda juga sangat sayang pada dia
dia paling kecil
maka bonda mengiyakan segala perkara
bila juwita
bonda tidakkan sahaja
itu adil kah bonda?

bonda,
kesidang itu yang pertama
perkara biasa bila ia sangat disayang
siantan itu yang terakhir maka
perkara utama untuk di cinta setiap masa
jadi
juwita yang di tengah
mahu menagih kasih siapa?

bonda juwita jauh hati lagi
di syawal yg mulia
juwita susun jari
mohon
maaf bonda
juwita janji akan pergi


p/s: juwita sayang sama kesidang dan siantan lebih lagi pada bonda,cuma juwita kecewa juwita masih rasa bonda tidak adil dalam pembahagian kasih sayang....

1 comment:

catitan buat juwita...