Monday, July 24, 2017

ujian

semalam
semuanya menggusarkan
aku terlalu tenang
atau aku sengaja tenang
setiap pujukan dia menenangkan
tetapi sedikit kerisauan
Tuhan
ini ujian peringatan
kerana aku terlalu alpa
atau mungkin sudah terlalu lama

Tuhan
terima kasih
mengejutkan ku dari lena
terima kasih masih di hadirkan dia
tidak pernah jemu memujuk dan mengatakan tentang cinta
yang memujuk tidak akan beralah
yang memujuk supaya terus tenang

Tuhan
semoga aku terus kuat
untuk ujian yang kau berikan

terima aksih di hadirkan seorang bakal suami yang aku nanti
yang aku pernah merasai kewujudannya dulu lagi
yang aku pernah menolak rasa di hati tiap kali melihat dia
yang pernah aku menidakkan hati ku terusik melihat senyumannya

terima kasih cinta
tidak jemu memujuk diri
agar terus kuat dan tabah menmghadapi ujian ini

kekasih
terima kasih
masih gagah berdiri
masih mendakap diri
masih tabah berkongsi apa yang menghampiri

Tuhan
permudahkan urusan kami
aku mahu sejahtera seperti dulu
aku tidak mahu dia khuatir akan diri

abang...
terima kasih
tidak pernah jemu untuk merangkak, berjalan dan berlari

semoga cinta kita terus abadi

p/s: kekasih jiwa...terima kasih...untuk merasakan kecukupan ini...terima kasih terus menerima kekurangan diri....

Wednesday, May 3, 2017

Hati

Entah berapa kali hati dikecaikan
Masih lagi sudi dikutip

Entah berapa kali hati disampahkan
Tetapi masih didakap

Puas
Memujuk hati
Agar kali ini pergi
Agar kaki ini sudah-sudahlah berdiri

Tetapi hati masih degil
Jiwa masih mahu
Kaki tetap teguh dipasak

Tuhan andai kau ciptakan dia adalah bakal suami yang aku tunggu selama aku disenyawa dan bernyawa

Kau tabahkan hati ini untuk terus sabar untuk setiap ujianmu Tuhan

Untuk malam yang seterusnya

Aku takut menghadapi esok

Aku takut menanti mentari

Tuhan,semoga aku disempatkan untik mencintai nya sehingga akhirat dan syurga

Sehingga di saat aku menghembuskan nafas yang terakhir
Aku berada di pangkuanya


Ps: Tuhan disaat kau hadirkan dia... aku sudah merasa cukup
Untuk kali pertama aku bersedia untuk berkongsi hidup
Tuhan,semoga dia sememangnya pemilik ku sejak syurga lagi 😌

Monday, February 13, 2017

LELAKI

kehadapan pemusnah jiwa
kau semakin berjaya
memusnahkan rasa yang sepatutnya sejak dulu aku buang
jauh dari diri

Monday, March 14, 2016

jiwa

kehadapan jiwa

aku mahu pergi
terima kasih untuk senyuman
terima kasih untuk wajah yang mendebarkan
kau tahu
aku sudah jatuh berkali melihat kau
aku sentiasa cair memandang engkau

jaga diri
walaupun aku jauh
kau sentiasa dalam doa


ikhlas
juwita

Sunday, February 28, 2016

Tipu

Seharusnya begini
Kau harus tahu
Yang kalau bermula dengan penipuan
Segalanya akan ranap
Aky tak suka orang menipu

Aku paling pantang
Kalau kau nak menipu
Boleh silakan
Tapi ada dua perkara wajib kau harus fikirkan
Aku tidak boleh langsung TAHU
Dan aku bukan orang yang kau tipu

Mudah

Saturday, February 27, 2016

Lost

I was lost something important
But now
I lost my soul
I just remember
When he told
The diffrences are the barriers

Wednesday, February 24, 2016

keliru

persimpangan
kiri atau kanan
maju atau undur
kekal atau melangkah

segalanya belum terjawab
entah
aku harus cuba
kali ini
mahu atau tidak
suka atau tidak
aku harus teruskan
masa semakin suntuk

masa untuk sekadanr melihat
memandang,mengharapkan
sudah tamat

yang tinggal amsa untuk usaha
kalau aku harus memilih untuk mencuba
mengapa harus aku menolak risiko

Tuhan ada
pasti ini yang terbaik

p/s: penat

Monday, January 25, 2016

januari

entah
semakin kosong

hukumnya
semua semakin jauh
aku semakin hilang percaya
entah apa yang aku laku
semua bermain di jiwa
mahu pergi seakan mati
mahu melangkah seakan perih
akhirnya

aku masih sama
yang kau jumpa dulu-dulu
yang sunyinya masih sama
cuma dalamnya
bertambah gelapnya

selamat tinggal

Friday, November 27, 2015

Mencari

Sudah
Habis dikumbah
Habis diangkat
Habis dikitai

Entah apa yang di cari
Perempuan itu menggogoi sepi
Dalamannya sedang tsunami
Jiwanya sedang taufan
Masa kian suntuk
Apa yang di cari tak di jumpai lagi

Mampos!
Apa mahu hadap
Bagaimana mahu cerita
Ini perkara utama
Ini pokoknya
Kalau tidak
Dia tidak mahu merantau sejauh ini

Perempuan itu berhenti mencari
Menangisi
Yang hatinya tiada di bilik itu
Yang hatinya sudah diberi
Pada lelaki yang tak patut dia beri
Pada lelaki
Yang telah di miliki

Dan bila tiba lelaki itu meletakkan perempuan itu
Hanya tempat untuk menari dan beraksi
Dia sudah mati
Sekali lagi

Friday, October 9, 2015

Jauh

Ini semakin jauh
Kita semakin asing
Kita?
Alu mencipta kita dalam diam
Bangang
Apa guna mencipta
Tapi tidak bernyawa
Semua sudah gila
Perasaan ini harus tidak wujud
Aku sudah keliru
Apa beza sayang sama rindu
Apa beza cinta sama kasih
Aku sudah tidak mahu tahu
Segalanya gila

Kali ini aku betul putus asa
Setan sama rasa
Setan sama jiwa

Ini paling babi dan celaka

Aku tidak dapat kawal

Yang air mata jatuh hanya kerana tidak di terima

Punyalah aku tidak sewenagnya mengalirkan air mata

Aku boleh kalah hanya kerana dia

Rasa ini paling celaka

Mahalnya

Tiap tiap kali aku melihat wajah kau

Aku semakin mahu jauh untuk tiap tiap rindu yang bersarang

Maaf aku terlalu kayu untuk kau

Dan kau boleh terus lukakan aku berkali

Hingga puas

*hakikatnya aku terlalu marah,ini rasa paling celaka

P/s : aku tak tahu mahu buat apa sekarang ini

Thursday, October 8, 2015

hilang

perkara paling takut?

aku sudah hilang tempat mahu cerita

perkara paling takut?
berat naik dengan mendadaknya

orang kata bahagia

orang kata gembira

kau tahu hakikat aku


aku suka pada tempat aku luah rasa
(banggang)

aku tak patut ada rasa ini
(tahu)

kemudian

berat naik

memang menakutkan

hakikatnya aku tertekan

makan tanpa had

hingga aku mahu hiris sikit-sikit lemak

biar beri pada yang layak

hilang tempat bercerita berat naik mendadak

2 benda berlaku sekelip mata

aku mahu cakap

kau pergilah

aku tak larat lagi

p/s: aku sudah hilang semua deria, selain abah, lelaki hanya menyusahkan!



sakit

jujurnya sakit
entah apa bodoh
aku boleh pandang dia
ini paling celaka

jujurnya aku memang tak pernah mahu rasa,
rasa ini
perkara paling bangang
aku boleh pandang orang yang selalu ada dekat sisi

wehhh
ini paling sakit
selepas aku memandang
aku di tidakkan
untuk setiap rasa dan sebagainya

aku bukan nak marah pada sesiapa

tapi dalam keadaan sekarang yang bebanan kerja dan assigmnet

aku seperti mahu jerit

sayang..

apa yang kau sudah buat pada aku


kau buat aku mati



p/s: sudah boleh perlahan-lahan aku pergi

jangan carik aku

aku perlu masa untuk ubah rasa ini


Saturday, September 12, 2015

perit

perit masih dirasa
apa
sampai bila mahu begini
yang dia amish di fikiran
sedikit atau banyak
dia mempengaruhi
apa hati sudah semakin gila
merindui orang yang harus di benci sejak mula

sang separuh

aku rindu

saat aku bermimpi

kau mengusap kepalaku

aku berdoa

masa terhenti di situ

aku mahu simpan senyuman dan pandangan mata kau

hanya untuk menatap aku

selamanya


p/s: aku sudah pergi jauh,apa bayang kau mahu sama aku?


Tuesday, August 4, 2015

rindu

rindu
saya rindu awak
untuk kali ke berapa
saya lihat gambar yang dia kirim
gambar awak bersama isteri awak

terasa kepala berat
mata berpinar

sebenarnya saya tidak kuat
sebenarnya saya sedang kalah

sebenarnya saya sunyi
mana suara awak yang temani saya dulu?
saya rindu

apa suara itu sudah jemu menyanyi lagu2 syahdu?

sayaang
saya rindu
pertemuan di langit biru

sayaang
nanti kalau aku bertemu pengganti
doa lah
yang aku lagi sayang dia lebih dari kau...

ikhlas: kekasih yang sudah 'mati'



Friday, June 12, 2015

LUMAT

sudah kau hiris
kemudian hancurkan
lumat
hati sudah lumat
tapi masih kau berharap
di tiupkan roh
agar aku bernyawa semula

apa kau maish belum puas/
menghina tiap2 inci badan yang pernah kau seksa?
apa kau masih belum terkesan yang matiku sengsara

apa hirisan di tiap tiap tubuh yang kau lakukan
sudah membuat jasad tidak mampu bergerak

sudalah
sudahlah
tolonglah
berhenti

untuk kali ini

aku mohon

biar dia menjahit aku
biar makin berdarah
biar makin parah
sekurangnya
dia masih mahu berada
di sisi aku yang hanyir dan hina

dan engkau?

cukuplah

aku tidak mahu melihat mendengar apatah lagi bercakap mengenai engkau

p/s : Tuhan campakkan cinta di dalam hatiku buat dia bakal suamiku...



Monday, June 1, 2015

serpihan

serpihan yang berselerakkan

ku kutip satu persatu

ku himpunkan

biar tiba waktu

aku persembahkan

untuk tatapan

yang walaupun berderai

aku masih gagah berdiri

walaupun tersompek

aku masih mampu berlari

dan walaupun serpihan

ia jauh tercampak dari mimpi

Wednesday, May 6, 2015

parah

hati sedang parah
makin di jahit
makin berdarah
apa masih tiada
sebarang ubatan
atau sekali penawar
biar kebah
jangan terlalu rapuh berderai

hati
sedang makin parah
makin di tongkat
makin berdenkot
makin di sandar
makin terjatuh
sudah
sandaran telah patah
mahu berlunjur
tidak terunjur

semua sudah pergi
sudah bebas dari hati

sang separuh : terima kasih hampir 2 tahun aku menunggu...akhirnya perjalanan harus di teruskan di mana kita akan memilih jalan yang berlainan...yang di mana kita tak akan bertemu di penghujungnya...aku pernah sayang,rindu akan kau...tapi itu dulu

matahari @ mentari : sudah..aku penat...di sedut tiap lembap2 tubuh ...sehingga aku sudah tidak mampu tersenyum...untuk kesekian kalinya....sudahlah..jangan memilih aku lagi...dan jangan mencari atau melihat aku lagi..aku sudah letih..air mata sudah tidak ammpu mengalir lagi. aku sudah penat mahu memahami akan engkau sahaja

bintang kecil : terima kasih...tidak terlambat kau memberitahu yang kau sudah berpasang sama bintang lain...tahniah..tidak terlambat..dan layanan kau amat baik..tidak pernah memaksa untuk setiap langkah2 ku...

aku? usah risau...aku sudah terbiasa..untuk langkah, Tuhan Maha Kaya.... Tuhan Maha Mendengar..Sujud kepadanya tidak pernah habis...

selamat Berjuang Hujan_Merah...

PERJALANAN BARU SEDANG BERMULA....






Jaga

Serasa seperti terus mahu Lena
Biar di hanyutkan mimpi
Tidak mahu terjaga lagi
Cukuplah
Walau sepicing
Rasa bermimpi lebih Indah lagi
Tuhan Entah kali ke berapa ratus ribu juta Kali
Aku mohon
Di pinjam kan kekuatan
Untuk bangkit
Selepas perginya sang separuh
Aku sudah mahu mati
Dan hadirnya matahari
Tidak mampu menerangi
Sungguh memeritkan rasa di hati
Kemudian kau hadirkan bintang hati
Kecil
Tapi terangnya amat bermakna sekali
Dalam waktu Dan ketika
Mampu mengubati hati kepada sang separuh tadi
Sekali lagi
Sinarnya hanya menerangi
Bukan memiliki
Untuk Kali ini
Ku lemparkan senyuman
Yang hatiku
Retaknya beribu
Yang sudah Ku campakkan di lautan biru
Yang kuncinya Ku tanam jauh berbatu
Untuk Kali ini
Sungguh
Aku mahu bersujud tanpa bangkit lagi
Walau sekali
Tuhan beri aku kekuatan
Sebelum Aku benar-benar pergi

Saturday, April 25, 2015

Hujan

Ini rasa damai
Titisan hujan membasahi bumi
Bau an tanah yang menyegarkan
Ini rasa tenang
Aku mahu ini kekal
Biar di sorok perit di hati
Gelisah yang mengigit jiwa
Hati bukan sedang hujan
Gelora semakin merisaukan
Sudah
Semua mahu dijagakan
Semua mahu di tenangkan
Dalam hati yang paling dalam
Semuanya sudah hilang
Hujan sudah berhenti renyainya
Tapi basahnya masih belum kering
Panas yang mengeringkan daun yang gugur
Masih tidak mengeringkan kuyup di hati yang sepi....

Tuesday, April 21, 2015

Sunyi

Untuk kali yang Entah berapa ratus ribu Kali
Aku jatuh lagi
Perit
Luka
Yang tertusuk duri
Masih lagi berdarah
Kini di tusuk sembilu lagi
Aku hanya mahu pergi
Cukuplah Aku yang merasa
Perit yang Aku lalu ini
Sendiri.....