Sunday, September 13, 2009

aku hanya mampu terkaku....


aku hanya mampu terkaku..
aku juga mula rasa takut serta keliru..
maaflah andai coretan ini menjadi tatapanmu..
maka kau merasai aku mula keliru..
aku takut aku kan jatuh..
maka aku lebih rela berhenti..
dan ku biarkan jiwa ku mencari kembali rahsia hati...
aku tahu aku tidak mampu memiliki semua..
walaupun kau ada di sisi..
namun kadangkala aku merasa aku tiada di hati..
maka aku tercampak jauh dari dunia mu..
yang jauh berbeza dari pandangan mata ku...
kerna aku juga x mampu merubah menjadi sesiapa idaman hatimu...
aku hanyalah yang biasa..
telah ku katakan berulang kembali..
aku tidak pasti..
adakah aku harus bersama denganmu pada ulangtahun kelahiranmu..
kerna aku masih lagi keliru..
apa yang kau inginkan juga x mampu ku berikan..
maka ku diamkan diri..
serta ku padamkan hati dari terasa dengan sikapmu..
ku biarkan segalanya berlalu..
agar aku tidak lagi menjauh..
kadangakal aku mula terfikir..
adakah kehadiran ku..
mengangu hidupmu...??
memberi beban buatmu??
dan menyusahkan hidupmu??

aku mula keliru dan ia mungkin boleh bertukar jemu..
kerna aku benci pada semua yang ragu2...
maka hari ini ku katakan bahawa aku tiada perasaan untuk semua itu..
walaupun sedikit persediaan untuk menghadapi harimu telah ku lakukan..
namun aku takut aku yang x mampu bersamamu...
yang pasti aku bukan di hatimu..
dan....

x perlulah menyusahkan diri...
untuk mempelajari tentang diriku.....
kerna bukan sikapku memaksa untuk memahami andai ia bukan dari hatimu....

Wednesday, September 9, 2009

kembali tenang walaupun tidak seperti dulu...


alhamdulillah..
aku kembali tenang..
walaupun tidak seperti dulu..
banyak yang perlu ku pelajari..
banyak yang perlu keterokai..
dalam mencari rahsia hati..
dalam melalui jalan yang sepi...

ketenangan ku rasakan setelah di maafkan..
sedikit kegembiraan ku tunjuukan selepas di beri dengan kemaafan yang ikhlas..
terima kasih buat anda yang sudi memaafkan..
yang pasti..
kini aku tetap sendiri...
melalui lorong2 sunyi dan sepi..
walaupun insan yang bertakhta di hati mula menunjukkan rasa kurang pasti..
namun ku pujuk suara hati...
agar bersabar dengan insan yang di hati...

biarlah..
biarlah segalanya terjawab dengan tenang...
biarlah terungkai satu persatu kisah "cinta" ku..
mungkin hanya aku yang merasakannya....
dan mungkin juga aku yang gagal dalam menilainya..

yang pasti aku masih seperti dulu..
cuma aku sedang mencamtumkan serpihan hati2 ku agar kembali seperti dulu..
walaupun tidak mampu menjadi yang dulu..
sebelum berderai bersama air mataku.....
namun aku kan beruasaha ke arah itu agar kau bahagia di sisiku...
dan tenang selalu ketika berdamping denganku...

Tuesday, September 8, 2009

akukah yang terlewat???

akukah yang terlewat??
entahlah...
sehinga detik dan saat ini..
aku merasa akulah yang terlewat..
andai mampu ku ucapakn kata2 rinduku kan ku ucapkan.
namun aku tak mampu untuk mengucapkannya..
kerna terlalu sukar untuk ku ucapkan di saat hubungan yang kian rengang..
yang pasti aku merindui kamu....
namun..
mungkinkah aku yang terlewat???

Monday, September 7, 2009

ulang tahun kau yang pernah ku sayang...

hari ini..
7 september..
masih dalam ingatan..
walaupun aku tidak pernah meraikannya..
namun aku masih ingati tarikh itu..
walaupun kau telah pergi selamanya..
namun masih ada ingatan buatmu dariku....
ini mungkin kerna kau yang pernah ku sayang..
mungkin dirimu di antara yang ku anggap istimewa..
maka sukar untuk kulupakan begitu saja..
mungkin juga kerna hubungana ku yang di landa duka..
maka ingatan terhadap mu hari ini begitu dekat sekali..
namun..
kau hanyalah tinggal kenangan..
adakalanya aku teringat akan segala kenangan kita..
walaupun hatiku telah dimiliki..
namun dia tidak pernah menunjukakn sayangnya dia padaku..
aku takut..
maka ku biarkan hubungan kami ini berjalan tanpa sebarang rasa mahupun erti dariku..

maaf...
aku tidak mampu mengucapkan selamat ulang tahun buatmu lagi..
dan tidak pernah berusaha kearah itu..
sehinga kini bila kau pergi buat selamamnya..
baru ku sesali..
maafkan aku...
kerna kau telah pergi..
buat selamanya..
tanpa sempat kuucapan kata-kata maaf dariku...
kerna kau telah pergi...
bukan saja dari hatiku..
malahan dari dunia yang fana ini..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
cucurilah rahmat keatas roh Ubaidullah Mohd Basri...
dan tempatkan lah dia di kalangan mereka yang KAU sayangi dan redhai...
amin...

Saturday, September 5, 2009

kenangan-kenangan dalam hidupku....

dia telah tinggalkan aku...
kini aku kembali seperti dulu..
ku kosongkan hatiku dari memikirkan dirimu...
maka terciptalah kata2 puitis ini mengenai dirimu..

memang aku rindu..
namun aku bukan lah yang terlalu istimewa..
kerna aku juga ada rasa bersalah..
maka aku takut untuk melafazkannya..
maka rindu itu terkubur dalam hati ku saja..

memang hati ku mula sayang..
namun aku keliru sebanyak manakah sayangku padamu..
dan aku telah meninggalkan seseorang untuk terus bersamamu..
ku biarkan seseorang itu kecewa..
lantaran hatiku bersamamu..
namun itu hanyalah perkara yang aku simpan dalam hatiku hingga kini...

namun...
hari ini..
kau yang meninggalkan aku....
aku terdiam seribu kata..
hilang segala bicara..
dan aku terus membisu di kala aku harus berusaha..

kenangan bersamamu..
memori kita bersama...
hanya ada dalam lipatan yang kelam..
bukan aku yang menginginkan ia kelam..
namun segalanya harus ku biarkan..
agar kau juga tenang bersama si dia yang lebih baik dariku..

mungkin tika kau baca coretan ini..
aku telah tiada dalam hatimu lagi..
aku bukan membencimu..
namun aku perlukan dirimu juga...
namun di saat aku betul2 memerlukan dirimu..
kau telah pergi bersama keegoanmu...
dan....
aku keseorangan bersama malam yang terang itu...
bersama titisan jernih di wajahku..
salah kah jika dirimu berdiri seketika di sisiku?
hanya sementara??
namun itu hanya mimpi dalam cerita susunan dari hatiku..
maka kau tiada lagi disiku...


mungkin kita perlukan masa..
maka ambil la sebanyak masa..
aku bukan lagi gadis yang bercinta untuk suka..
kerna aku paling benci pabila putus cinta...
maka ku biarkan rasa cinta terletak di dasar hati ku..

aku tidak pernah meminta untuk sesuatu yang teralalu mahal..
kerna waktu bersamamu tidak mampu kumiliki di mana2..
namun pintaku..
hargailah aku..
kerna aku juga manusia biasa yang ada rasa sakit dan malu...
tidak perlu kau lupakan aku begitu saja..
di saat teman2 mu mengenaliku....
namun...
itu telah berlaku..

biarlah...
cuma terlalu banyak kenangan bersamamu....
sehingga tiada tempat untuk kenangan yang baru..
dan..
terima kasih kerna meninggalkan aku bersama kenangan2 mu....

ku doakan kau bahagia,gembira,tenang dan sentiasa selamat walaupun dimana kau berada...

namun hatiku masih bersamamu...
kerna aku menyanyangimu kerna kamu adalah dirimu...

terima kasih kerna meninggalkan ku...

terima kasih kerna meninggalkan ku..
kini aku sedar..
bukan kau yang tak layak untuk diriku..
namun aku yang tidak layak untuk dirimu..
terima kasih kerna memberi begitu cepat kesedaran padaku..
kini baru ku tahu..
dan aku percaya..
yang aku mudah jatuh cinta..
namun aku sukar melupakannya..
maka ku akan biarkan dia yang menghancurkan hatiku ini..
terima kasih kerna telah memusnahkan hatiku...
mungkin ini balasan buatku..
yang pasti ku terima segala yang kau katakan padaku..
memang aku sedar siapa aku..
pabila kau mula melangkah pergi dari sisiku..
maka biarkan lah aku...
terima kasih untuk kenangan2 yang ada dalam hatiku..
muga kenangan2 itu kan hapus dek waktu yang ada di sekitarku..
terima kasih kerna meluka kan hatiku..
dan terima kasih kerna aku gagal memahami dirimu..
serta gagal menjadi peneman jiwamu..
walaupun aku berusaha...
aku tetap gagal..
dan terus gagal kerna aku tidak layak untukmu...
muga kau bahagia selalu....

Friday, September 4, 2009

mengapa aku yang merasa bersalah...

aku tidak tahu mengapa..
aku kelu untuk bersuara..
terlalu banyak yang ingin ku ucapkan...
terlalu banyak yang ingin kukatakan..
namun aku x mampu nyatakan..
kerna aku hanyalah aku..
yang x mampu menyenaraikan semua itu..
mungkin terlalu takut maka ku biarkan ia berlalu..
aku menyayangimu..
namun aku x mampu kata kan begitu..
dan aku x layak untuk ucapkan padamu..
maka biarlah ku pendam rasa ini...
andai rasaku rasamu..
kau pasti memahami mengapa aku begitu mudah menjauh..
maaflah..
mungkin luka di tanganku..
bisa kau ubati..
namun luka di hati..
aku takut aku sendiri x mampu nak ubati..
maka ku biarkan hatiku terluka lagi...
cuma..
jangan lah terlalu menjauh..
aku takut aku jua akan menjauh..
jangan terlalu melupakan ku..
kerna aku tidak kuat untuk meninggalkan mu..
pimpinlah tanganku tika berjalan.
agar aku x keseorangngan..
hari ini..
aku betul2 keliru..
jawablah pertannyaanku..

apa yang kau mahukan dariku..
dan siapakah aku di hatimu???



kerna aku yang merasa bersalah....
dia atas segala permasaalahan ini....

Thursday, September 3, 2009

aku tidak sekuat yang di sangka...

aku memang x sekuat yang di sangka..
cuma jangan mengalirkan air mataku lagi......
aku penat menahan tangisan.....
kerna aku x mampu memendan dalam lubuk hati...
maaf...
aku tidak sekuat yang di sangka..
kerna terlalu banyak di fikiran ku..
.dan aku takut aku yang jatuh tanpa mampu bangun...
dan terima kasih kerna membuatkan aku.....

MENANGIS LAGI...

Wednesday, September 2, 2009

aku bukan bidadari hidupmu....


aku bukan bidadari hidupmu..
hari ini segalanya umpama terjawab dalam hidupku..
aku tidak pasti kata hatiku..
mungkin silapku..
kerna menilai sesuatu terlalu pantas..
dan menyanyangi terlalu jitu...
aku bukanlah bidadari hidupmu...
maka satu waktu aku kan pergi dulu..
aku juga bukan bidaadri buat dia di situ..
aku cuma bidadari buat agamaku..
kan hadir seorang yang akn menghiasiku dengan keindahan syurga buatku..
aku juga hanya bidadari dalam keluargaku..
aku bermanja tanpa jemu..
aku menangis tanpa silu..
namun aku tetap bukan bidadari hidupmu..
kadangkala kesunyian mengajar ku erti seribu kepayahan..
aku bukan lah sempurna..
kerna aku mudah terluka dan berendam air mata..
namun kau tidak mengetahuinya..
kerna kau hanya inginkan aku memahami segalanya...
maafkan aku..
kerna aku adakalanya tidak mampu menghadapi berseorangan perkara2 itu..
kerna aku tidak dapat melihat kepentingan dan kehadiranku dalam hari2 mu..
maka ku biarkan aku terus mengelamun..
yang pasti aku bukan bidadarimu..
kerna dia adalah terbaik buatmu..
bukan aku mengalah..
namun aku takut aku kan kalah..
maka ku kan pergi di saat semua nya kembali seperti dinihari sebelum kehadiran mu yang mengangu kocakan hatiku...
kerna aku bukan bidadari dalam hidupmu.....
dan aku tidak mampu menjadi bidadari idaman hatimu...

Tuesday, September 1, 2009

siapa aku di hatimu???

siapakah aku di dalam hatimu..
aku sering bertanya..
namun andai ku miliki jawapan itu..
tegarkah aku mengetahiu segalanya??
aku hanyalah biasa..
dan x mampu menjadi yang luar biasa..
adakalanya kesepian diriku adalah jawapan untuk persoaln itu..
adakalanya senyuman dariku...
adalah untuk satu penemuan yang baru...
aku mungkin tidak lagi menangis di hadapanmu..
namun aku mungkin akn pergi buat sementara waktu..
mungkin hari ini aku tidak menegur dirimu..
namun itu bukan pengukur untuk aku tidak merindui kamu..
kerna aku bukan lah yang senantisa selesa berada di mana2..
maka ku relakan kau pergi sahaja berlalu di hadapanku...
yang pasti hari ini aku merindui kamu..
ingin sekali pergi krpadamu..
bertanyakan pelbagai persoalan di mindaku..
namun..
aku tidak mampu lakuakn semua itu..
walaupun hanya untuk mengucapakan kata salam dariku...
maka ....
ku biarkan rindu ku untukmu berlalu begitu dalam hariku....

Friday, August 28, 2009

biarkan aku....

biarkan aku...
biarkan aku telusuri hidupku..
yang penuh liku..
biarkan aku terus membisu bersama rindu dalam hatiku..
maka biarkan aku berdiri di jendela hatimu...
aku tidak inginkan semua yang ada untukmu..
dan aku tidak inginkan segala yang kau nmiliki sebelum itu..
cuma...
berilah aku waktu untuk aku pelajari satu persatu..
rahsia dalam hatimu...
aku bukan lah yang terbaik..
maka aku tidak mahu menjadi yang terpilih..
jadi biarkan aku sendiri yang memilih..
berdiri atau sedia untuk berpaling...
namun hati ini begitu taksub..
kesetian menjadi pegangan hidup..
antara kecewa aku gengam seribu kenangan..
antara air mata ku gariskan senyuman..
namun siapakah yang tahu apakah yang berlaku dalam jiwaku??
pernah aku berfikir..
adakah aku di ujudkan untuk melengkapi..
sedangkan aku juga ingin dilengkapi..
aku tidak mahukan segalanya...
cuma biarkan aku..
aku takut..
kelak aku akan pergi begitu saja dari dunia kalian insan yang berada disisiku..
aku ingin memahami dirimu..
namun aku takut..
kerna terlalu taksub aku akan meninggalkan semua itu..
maka jawapan ku...

BIARKAN AKU....

Tuesday, August 25, 2009

aktiviti debat...

ni masa dalam class tgok second group berdebat..
lepas aku dah pnt memerah otak..
huhuhu

usul debat

kawin 1 lebih baik dari 4
aku rasa kerajaan menang..
tapi x tau gak..
ni la aktiviti kami hari isnin n rabu..
best..
jom masuk debat..
heheheh
SELAMAT BERJUANG KAWAN2..
hahahha
kerajaan
abang ko..
zaf(excited bagi izin laluan=) hahaha)
n
izzi..

pembangkang..
wan..
shila..
n fizie...

yang pasti semalam nyer usul memang giler2..
ader ker aku dapat usul
1 MALAYSIA ASAS PERPADUAN....
pening paler aku....
n c qarimi n abg cik..kesisn korang..
huhuhuhu

jangan biarkan aku keliru....

jangan biarkan aku keliru..
kerna kekeliruan itu mampu mempengaruhi mindaku..
kelak aku yang akan kecundang bersama waktu dan keliru..
pintaku muga kau tenang buat hari ini..
dan sentiasa berjaya dalam apa jua yang kau lakukan...
muga ku kan dapat jawapan di setiap persoalan yang di berikan...

Monday, August 24, 2009

aku hanyalah aku...



aku hanyalah aku..
walauapun apa yang berlaku..
aku tetap aku..
jangan jadikan aku seperti org yang kau inginkan..
kerna aku akan mati untuk itu..
maka berilah ku sedikit kebebasan..
yang pasti kebebasan tidak akan menjerat hidupmu..
aku hanya ingin kan kepastian..
bukan nya kesempurnaan..
kerna ku tidak sesempurna idaman hatimu..
maka biarkan aku memilih apa yang ada di hadapanku..
kelak aku tidak tangisi di penghujung hidupku..
aku tahu cinta itu akan memusnahkan ku..
namun kerna cinta itu akan membawa aku pergi jauh dari aku menjadi aku..
namun apakah yang terbaik untukku lakukan ..
aku takut untuk melangkah..
namun sampai bila harus ku pertahankannya....
maka aku harus pergi dari segalanya..
namun ku kan pastikan di saat ku pergi kau telah pulih dari segalanya..
agar pemergianku x kan di rasai mahupun di rindui....
kerna perkara2 ini akan membuatkan ku takut untuk pergi..
maka biarkan aku menjadi aku..
dan masa penentu segala jawapan di hatiku...

rindu kat ma n abah,along,abg cik,abg teh,n dik arin....

rindu kat ma n abah,along,abg cik,abg teh,n dik arin....
rindu giler..
bukan x best balik hostel..
tapi saper nak kejut sahur..
esok dah bz ngan clss..
emm..
nak balik ker x erk minggu nie??
asik balik jer..
penat lak..
tapi..
tgok la cam ner..
duk cnie pun bukan der per kan..
huhuhuhu..
so baik balik....
tadi g terawih..
ingat kat along..
dah 2 arie g ngan dia..
tetiba g ngan org lain cam pelik la...
emm....
rindu kat bantal n tilam gak..
cam ner nie..
nak balik x nak erk??
huhuhuhu....

Sunday, August 23, 2009

kurniakan ku damai di hati....



kurniakan aku damai di hati..
muga aku kan tenang telusuri hidup ini..
aku bukan lah sebaik siti khadijah..
maka aku x mengarapakan teman sesempurna Rasullullah..
aku juga tidak secerdik aisya humaira...
untuk sentiasa tenang berada di mana2..
cuma ada masanya kau ingin menjadi seperti sezuhud dan sepatuh rabiatul adawiyah..
namun mampukah aku mengecapinya.....
dan layakkah aku untuk merasainya....
aku sering mengimpikan ..
akan hadirnya seorang adam untuk memimipinku.....
agar kelak aku mampu menghuni syurga idaman kalbu..
namun aku takut dan keliru..
kerna aku tidak lah seindah hawa buat adamku..
untuk memipinku membawa ke dalam syurga yang indah itu..
cuma aku sering mengangankan...
indahnya jika setiap ramadhan aku mendengar alunan ayat suci dari bibir adamku..
kelak akan tenang hatiku..
dan alagkah indahnya andai ku mampu mengaminkan doa adamku..
agar aku juga bersama ke syurga denganmu...
namun..
aku hanyalah insan yang lemah dari segalanya..
yang di ciptakan dari tulang rusuk adamku...
yang bengkok dan tidak mampu di luruskan..
muga adamku mampu memimipinku...
Ramadhan kali ini memang ku nantikan..
muga aku di beri peluang untuk merasai nikmat kebahagian dan kegembiraan...
cuma aku kurang yakin dengan segala yang di hadapan mata..
kelak ku kan musnah bersama cinta...
buat mu adamku....
tenagkan hatimu..
jangan lah terlalu mengikut kata hatimu..
andai kata aku bukan hawamu..
terimlah aku sebagai penemanmu buat sementara waktu...
akan ku berikan kegembiraan buatmu..
kerna kau damku bukan di ciptakan untuk terus memikirkan tentag masa lalu...
adamku....
aku mendoakan kau kan tenang di mana kau berada...
muga kau juga di kurniakan damai di hati dari jiwa yang suci..
pintaku muga Ramadhan ini memberi ketenangan buat kita untuk mencari damai di hati....

jadikan aku puteri...

this is 4 you....
jadikan aku puteri..
ingin sekali ku menjadi puteri hatimu..
setelah di beri peluang menjadi sebahagian darimu..
kadangkala aku sering lupa dan alpa..
maka ku biarkan kau yang mengubatinya..
namun kini ku tahu..
aku harus lebih waspada agar kau tidak lagi terluka..
bersama denganmu adalah satu perkara yang menguja..
namun kadangkala aku lebih matang agar aku lebih faham..
bukan mudah untuk aku menjadi matang..
kerna dah terbiasa di manjai oleh keluarga tercinta...
maka kematangan aku tersorok dek sikap manjaku..
namun ku harus memahami...
bukan mudah untuk memahami..
maka kan ku pelajari..
cuma berikan aku peluang untuk semua perkara itu...
kerna aku suka mempelajari itu semua..
kerna ku tahu insan itu istemewa...
muga kau juga kan mempelajari tentag diriku...
dan...
yang pasti aku amat menyanyagi kamu...
dan jadikan lah aku puteri hatimu..
dan muga kau dan aku bersedia ke arah itu.....

Saturday, August 22, 2009

alhamdulillah...


alhamdulillah....
akhirnya 1 ramadhan dapat ku jalani...
emm...mungkin ketenangan hati x lama lagi akan singgah di laman ini..
rindu sangat dengan ramadhan..
aku takut taun depan x dapat jumpa lagi..
muga tahun depan aku dapat lagi bertemu denganmu..
alhamdulillah..
aku dapat g terawih gak..
x tau la..
kat uitm nanti cam ner kan..
emm..esok nak balik hostel da..
may be balik awal..
yang pasti akan rindukan ma,abah,along,acik,abg teh n adik arin..
nanti kena sahur sensorang..
tapi syukur sangat rini sahur n berbuka ramai2....
best giler..
esok x tau la..
ingat nak ajak dia berbuka sesama..
tapi segan kot..
hahahahah...
emm...ma suh balik malam..
ma kata after terawih balik hostel..
tapi..
entahla..
kesian lak kat abah nanti kena drive..
tgok la cam ner kan....
yang pasti 1 Ramadhan telah ku lalui..
muga tahun ini ku mampu untuk berpuasa penuh..(insyaALLAH)
n aku akan lebih tenang n banyak sabar..
x leh marah2,x le bengang2...
tapi lex2 jer..
emm..macm maner la dia kan...
sahur n berbuka kat melaka..
kesian palk...
syukurnya aku dapat sahur ,puasa n berbuka kat umah...
walaupun tuk rini jer..
aku dah syukur sanagt..
thanks ma..
i love u..
also abah gak..
n along bawak shoping....
dik arinah pun..
puasa da..
sayang adik..
camni lah adik angah...
n syahmi....yang dah berubah...
ok la..
cuma ubah jadi lebih baik lagi..
abg cik plak....
emm...kena puasa penuh..even penat camner sekalipun..
n wat kawan2 n semua umat islam di muka bumi Allah ini..
muga ibadah kita diterima oleh NYA..
amin...

Friday, August 21, 2009

hatiku kembali berbunga....

hatiku kembali berbunga..
kini baru ku sedar..
yang bukan aku saja yang suka merajuk duka..
dia juga sama...
namun kan ku cuba untuk terus bersamanya..
x kan ku tinggalkan dia kerna ku ingin selalu di sampingnya..
terima kasih buat semua serta kamu yang menjelaskan segala persoalan itu..
kan ku cuba untuk menyelami serta mempelajari perkara2 tentang dirimu....
agar aku kan kekal disisimu...

ramadhan yang ku tunggu...


Ramadhan...
kau datang lagi..
alhamdulilah insan ini masih dapat merasai kehadiranmu..
ramadhan tahukah kau betapa ku merindui kamu..
ketenangan di bulan mu memberi petunjuk di hatiku..
mungkin kah ini ramadhan terakhir buatku??
dan tiada siapa tahu persoalan itu..
harapan ku muga ramadhan ini mampu ku jalani dengan penuh rasa syukur..
kerna ramadhan kali ini ramadhan yang ku tunggu dan ku rindu..
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..
berilah hambamu ini untuk menjalani Ramadhan kali ini dengan tenang dan syukur sekali..
jadikan lah ku hamba yang mensyukuri nikmat mu walaupun diuji dengan kesakitan dan juga kedukaan..
agar hatiku ini setenang hati2 hamba yang KAU sayangi dan redhai...

muga Ramadhan ini bukan yang terakhir buatku....
dan Ramadhan ini mengajar ku segala erti tentag kemanisan hidupku...
amin....

berilah aku kekuatan....

berilah aku kekuatan ya ALLAH...
dalam ku telusuri hidupku ini..
aku ingin menjadi yang mensyukuri nikmatmu..
namun aku yang kurang pasti..
mengapa dia tinggalkan aku di saat aku mula percaya..
aku sedar aku hanya lah yang biasa..
dan aku tidak menharapkan pada insan yang luar biasa..
adakah salah berkongsi dengaku??berbanding meningglkan ku begitu saja..
sememannyag ku juga lemah dari segalanya..
cuma mata ini x mampu untuk mengalirkan mutiara itu.
maka ia lebih suka tersenyum agar hati yang hancur mampu di tutup..
mengapa perkongsian itu telah kau lupakan??
di saat aku pula yang memerlukan segala perhatian..
bukan kah aku juag insan biasa yang menharap pengertian..
kerna aku adalah aku..
terima kasih buat teman2..
kerna masih di sisiku..
akan ku cuba ikut nasihat kalian..
namun aku sendiri keliru..
mampukah aku bertahan untuk semua itu..
kerna aku amat takut..
untuk kehilangan orang yang pernah hadir di sisiku..
dan di saat itu..
aku khuatir tiada rasa dijiwaku..
maka ku kan biarkan ia terkaku di situ..
muga aku mampu memberi dan menerima semua perkara dalam hidupku....

Tuesday, August 18, 2009

aku hanya insan biasa...

asik senyum sebab impian tercapai nak derma darah..now..i'm a blood donor yeah!!!
excited giler...dats y tgok jer nurse tu cucuk tangan..hhuhuhu..banga dengan diri...hihihiii

masa nie macam cuak giler...tapi control la..ayu la katakan...hehehehehe
hari ni..
aku derma darah..
mula2 kecil hati gak..
sebab dia x teman..
tapi tak kisah la..
cuma kalw dia teman mesti lagi best..
sekurang-kurangnya aku x ditinggalakn..
kenapa aku semakin selalu nak kat sisi dia..
aku takut kehilangan..
dalam masa yang sama...
aku rasa dia perlu tinggalkan aku...
muga aku yang tahu rasa hatiku...

jangan biarkan aku tamak dengan segalanya..


jangan biarkan aku tamak....
walaupun kau disisku...
walaupun aku disisimu..
jangan jadikan aku takut berseorangan selalu....
jangan biarkan aku menjadi tamak....
walaupun aku tahu....
aku mencintai kamu...
jangan biarkan aku kesorangan dalam kenangan2 manis kita bersama selalu....
jangan biarkan aku tamak....
bukan aku sengaja untuk menyuruh kau tinggalkan aku...
andai hati ini mampu bersuara..
hanya namamu akan terdengar di hatimu...
jangan biarkan aku tamak dengan segalanya..
kelak aku juga yang terluka....
pergilah kau ke tempat asalmu..
kelak kau kan bahagia berbanding di sini..
walaupun aku merindui kamu serta mencinta mu..
dan tidak mahu kehilangan dirimu..
namun.....
pergilah jika itu yang terbaik buatmu...
maka jangan jadikan aku terlalu tamak terhadap cinta dan kasih sayangmu...

cuma....
jadikan aku...
wanita yang mensyukuri dapat mearsai cinta dan kasihmu..
andai aku di jadikan dari tulang rusukmu..
nascaya sabah tidak akan merubah dirimu serta diriku...
aku hanya ingin menjadi wanita yang mensyukuri nikmat cintamu....
serta kasihmu...

Sunday, August 16, 2009

adakah aku untuk ditinggal-tinggalkan....

adakah aku untuk di tinggal-tinggalkan???
mungkin ia...
kerna aku harus memilih...
antara kau dan dia..
akhirnya aku memberi kau yang memilih...
dan kau meninggalakn aku..
aku tidak pasti..
aku yang bersalah atau kau yang harus di persalahkan...
telah ku beri ruang untuk kau memiliki...
namun kau biarkan ia pergi..
kini....
aku yang memilih....
biarlah dia yang dekat di hati dan disisi...
berdiri di hatiku kini...
walaupun aku tidak pasti semua jawapan hatiku ini..
namun aku lebih rela begini...
dari mengahrap kepaad sesuatu yang menyakitkan hati....
memang semua salah ku..
maka terima kasih di atas kata2 yang ada menghiris hatiku...
mungkin kau baru sedar aku adalah boneka yang bernyawa itu...
namun bersama dia di sisiku...
aku adalah puteri yang hidup dengan kasih yang menggebu....
maka biarkan aku...
biarlah dia itu menemani hari2 hidupku...

Saturday, August 15, 2009

doaku setiasa bersamamu.....

hari ini awal pagi menjelma dengan tenang sekali...
setenang tidurku.....
mungkin aku hanya aku yang di gangu mimpi2 yang tidak perlu dalam hidpku...
hari ini dia akan pulang.....
aku akan menanti kepulangan itu...
muga dia selamat sampai di sini untuk meneruskan kehidupan yang dulu....
aku juga harus memberi dia peluang untuk melakukan pelbagai perkara....
muga aku kan tabah hadapi semua itu...

mengapa manusia merindu?
andai hati masih tidak mampu mengenali dahulu..
mengapa harus ada yang terluka di saat bahagia kunjung tiba?
mengapa ada yang kecundang dalam mencari erti cinta...
kenyataan cinta itu sememangnya tidak indah..
namun adakah indah jika hanya bahagia sahaja?
entahlah...
insan ini mula keliru...
maka biarkan insan ini pergi mencari jawapan sementara waktu...
maafkan aku kerna pergi tanpa sempat berbicara denganmu...
insan ini pergi kerna waktu yang memaksanya begitu.....

Saturday, August 8, 2009

aku mula keliru dalam tawaku...

aku mula keliru..
adakah aku mempermainkan dirimu..
ataupun engkau yang mula menyusun duri dalam hatiku...
aku telah beri segala jalan mudah di hadapanmu..
namun kau seperti terlalu alpa hingga membuatkan aku keliru dalam tawaku..
aku bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia palsu cinta yang penuh duri luka,
namun aku adalah yang baru bagi cinta yang jujur kisahnya..
jadi lah yang pertama untuk aku merubah segalanya..
kerna aku takut kau terlewat untuk merasainya..
jangan jadikan segala masalah kepada akhirnya hubungan kita...
kerna aku juga manusia biasa...
ingin di sayangi dan dirindui...
mungkin caraku masih lagi kau tidak fahami..
namun jangan kelak aku tinggalkan kamu dengan mimpi2 dirimu..
aku akn pergi jika aku terpaksa lari..
dan aku akan datang bila aku rasa di sayangi..
jangan sehingga aku meninggalakn dirimu hanya kerana aku mula keliru dalam tawaku...

jangan di sakiti hati yang telah di lukai....

aku hanya aku...
aku tidak inginkan segalanya tentang duniamu..
salahkah aku menginginkan sedikit perhatian darimu?
aku tahu aku bukan lah berhak di atas semua itu walaupun kau akan ataupun telah jadi milikku..
adakah aku hanya boneka yang bernyawa untukmu...
untuk kau sayangi tika kau kesunyian..
untuk kau dakapi tika kau inginkan ketenangan?
jangan jadiakn aku boneka yang bernyawa tanpa sebrang rasa...
kelak kau akan ku musnahkan kau yang hadir tanpa ku paksa...
kehadiramnu bukan lah sesuatu yang ku tunngu..
namun kehadiranmu membuatkan aku kembali di dunia realiti ku...
kini aku tidak pasti apakah sebenarnya niat mu untuk hadir dalam duniaku..
aku tidak inginkan kepuraan...
malahan aku di ajar bagaiaman untuk menerima dengan hati yang ikhlas..
namun kini aku tidak pasti...
hatiku mula berbelah bagi...
kau telah berjaya mengetuk pintu hatiku..
dan kunci itu di hadapanmu...
cuma aku takut untuk membuka pintu itu..
kerna aku bukan pembeli cintamu...
yang mampu membayar ansuran untuk sementara waktu...
pesanku...
jangan cintai mahupun rindukan aku jika kesemuanya bukan untukku...

Friday, August 7, 2009

pemberian dari keluargaku....

kini aku tahu...akulah puteri di hati keluargaku..
mereka akan mengembirakan aku walau apapun yang berlaku..
aku tahu aku bukan lah yang sempurna..
namun keluargaku telah menyempurnakan hidupku....
syukur buat tuhan yang sentiasa memberikan nikmat itu..
muga kami kekal dalam redha mu...
amin....

Thursday, August 6, 2009

bahagia ku di hadapan mata namun tersorok dek mimpi yang menyapa...

aku ingin menyintai..namun aku tidak tahu bagaimana untuk aku mencintai..
aku merindui namun aku takut aku hanya bermimpi..
aku hanya menanti namun aku takut aku akan gagal lagi..
aku hanya menanti mencintai.....

Saturday, August 1, 2009

aku keliru dalam merindu.....


aku x pasti..

aku mula keliru lagi..

rindu ini aku tidak pasti..

untuk dirimu atau tidak..

aku mula keliru kembali....

andai aku mampu terus berada di sisismu aku ku lakuakn itu..

namun jarak telah menjawab perkara itu..

aku ingin sendiri..

namun bukan selamanya..

maka biarkan aku berdiri..

namun jangan biarkan aku berlari..

pimpinlah aku tika aku melangkah..

dan temani aku ketika aku kecewa...

jangan buat diriku meratap hiba..

aku tidak pasti aku yang terlewat..

namun aku tidak mahu yang terlalu awal..

adakah kita memang untuk bersama?

atau hanya seketika..

yang pasti aku sedang dalam dilema..

biarkan aku pergi..

namun jagan biarkan aku menjauh...

kerna kejauhan itu mampu merubah aku..

yang tidak pasti apa yang ada di hadapan mu..

yang pasti aku mula rindukan kamu......