Thursday, April 28, 2011

perempuan

aku bukan lahir untuk meminta
apatah lagi lahir untuk kecewa
aku hanya ingin sesuatu
yang bukan untuk aku paksa di persembahkan
andai kau mampu selami
jiwa aku yang kaku ini
kau pasti fahami
aku tidak mahu di pandang enteng lagi

pernah kau fahami
jiwa perempuan ku yang rabak ini?
pernah kau fahami jiwa ku yang koyak ini?
pernah kau fahami desiran nafas ku yang kasar ini?
pernah kau dengari jantungku yang lemag berdegup tanpa henti?
hey
aku juga seperti kau

ada hati
walaupun seringkali kau kata untuk berhenti
aku juga ada rasa
untuk kau hanay berbicara
hey aku ada hati
tapi untuk kau hancuri dan lumatkan nya setipa hari

aku perempuan
bukan untuk kau dustai
tapi untuk kau sayangi
pernah aku minta kau angkat aku tinggi?
tidak
kerna kelak aku jatuh akan sendiri
hargai aku
seperti manusia yang kau sayangi

p/s:aku perempuan yang rasa aku ada suara untuk bicara aku ada jiwa untuk luahkan kata

usai sudah

segalanya udah kembali seperti biasa
muga pengajian ku tamat dengan jayanya
salahkah andai aku mengharap pada sesuatu
yang tidak pasti?

Monday, April 18, 2011

kuat kn aku

Pencipta sekalian makhluk kuatkn aku aku sedg lemah x mampu untk bgkit... aku tidk mahu lemah d mata mereka YA ALLAH,namun aku sdr KAU adalah kekuatn ku.dan hdupku serta matiku hnya untkmu YA RABBI...

p/s: muga aku dpt smpurnakn pengajianku dgn cmerlang.amin

Wednesday, April 13, 2011

terasa sayang


terasa sayang
namun ia bukan untuk aku miliki
maka ku biarkan ia berlalu pergi
lagi

Tuesday, April 12, 2011

rasa atau kenyataan

aku rasa
sesuatu
cuma
tidak pasti
mimpi
atau kenyataan

aku akan hilang
mungkin telah hilang
atau pun
akan hilang
dan segalanya sepi

aku nantikan dia

tapi dia tidak pernah tahu
dan mungkin tidak akn tahu

ingin sekali aku memanggil dia
tapi aku tidak mampu

biarlah
aku harus rasa
sebuah kehilangan

p/s: aku mahu panggil kau hantu

Monday, April 11, 2011

jiwa

kegelapan itu tidak lagi aku takutkan
tapi
aku takut pada cahaya yanga kan kau bawa

aku sudah biasa bergelap
maka usah kau bawa
sebanyak cahaya mentari
atau secalit
cahaya lilin
kau bole bikin aku mati

kau tidak tahu bukan
aku sudah lama gelap
maka bila kau mahu terang
aku akn marah
eh
usah kau gengam tangan yang belum tentu milik kau
maka lepaskan
aku tidak suka

jiwa aku lain
aku dan kau
kita tidak sama
hey
tidak
usah kau bekorban untuk faham aku
kerna aku tidak akan bekorban untuk kau
baiklah
aku akan sayang kau
sebab aku tiada alasan

dan
aku akan langkah juga tanpa alasan
dan jiwa aku
usah kau mahu terangi
kalau kau sendiri kacau dalam jiwa yang aku sedang amati



p/s: jiwa kau aku beza bukan maka jangan paksa aku mahu terima kau dan jangan paksa kau terima aku SAYANG

Sunday, April 10, 2011

tolong aku bukan itu

bukan
aku tidak akan ranapkan impian indah kau untuk bina istana
aku tidak akan ranapkan
impian kau untuk bina mahligai kaca
aku juga tidak kana ranapkan impian kau
untuk bawa dia

cuma satu

biarlah aku pergi
membuat sesuatu yang berjiwa
agar kehidupan aku seterusnya
tidak mati hanay kerana CINTA yang kau kata
ia TERBAIK yang kau pernah ada


p/s:aku tidak percayakan CINTA.aku pernah jadi koma kerana cinta dan aku tidak rasa ia perlu untuk aku jaja

Saturday, April 9, 2011

kalau lah kau tahu

kalau lah kau tahu
aku ingin kau ada
di mana2
aku ingin kau rasa
apa yang ku rasa

kalaulah kau tahu
yang kau penting dalam hatiku
kalaulah kau tahu

yang aku selalu rindukan kau
dan kalaulah kau tahu
yang aku selalu mengigati kau

dan kalaulah kau tahu
yang aku tak pernah berhenti dari BENCI kau..

dan
kalaulah kau tahu
yang aku tidak mampu lupakan kau
walaupun kau telah 'mati' dalam hidupku



p/s: aku terpaksa 'mematikan' kau....

Friday, April 8, 2011

kau perempuan

kau perempuan
kau bodoh
aku mahu kata
kau gagal
aku mahu kata
kau buta
aku mahu kata
kau curang
aku mahu kata
dan kau hina
aku juga mahu kata

kau bodoh
kerana kau gagal hargai
seorang yang bernama kekaish hati
dia lindungi kau dari di caci dan di maki
tapi kau
menyumpah seranah kata benci

kau gagal
kerana kau tidak mampu jadi idaman
kau marah
jerit pekik
dekat dia yang kau kata bakal suami
gila menyentuh peribadi
yang mak abah dia pun tidak ketahui
dan kau hina dia bakal suami kau
di depan mata kami
tanpa rasa sedikit mahu menutup malu diri

kau buta
kau tidak dapat lihat dengan jelas
kau tutup mata hati kau dengan kejap
kau kata dia tidak sayang kau
kau kata kau perlu ruang
kau kata kau perlu bersuara
tapi kau lupa
dia juga perlu masa
perlu ruang macam kau untuk bergerak
dan kau buta menilai mana satu kaca dan mana satu permata
dan kau guna dia di masa kau kecewa
kau memang buta

kau curang
yup perempuan yang aku tidak kata murah
tapi kau curang dalam diam
aku agungkan dia
kau kata dia utama
tapi kau curang
dan kau beritahu dia
kau jujur adanya
dan dengan semua lelaki kau kata kau sayang mereka

dan akhir sekali kau hina
mungkin aku rasa kau perempuan layak
bila kau tidak hargai lelaki yang kau sayang
dan aku malukan orang yang pernah kau sayang
dan kau dekati dia kearna kau kecdwa dengan apa yang kau dapat
dan kau perempuan
kau harus ingat
bahagia kau yang buat
bukan orang yang lakukan


p/s: aku juga perempuan maka aku menulis untuk aku dalam diam

Thursday, April 7, 2011

kata dia

kata dia
hey kau ni
datang
pergi
timbul
tenggelam
aku suka
lihat
kau
senyum
keatwa
gembira
tenang
dan
aku suka
lihat
kau gembira
tapi
kau seperti gembira
tanpa aku
dan kau lebih suka dengan dia

aku mungkin hanya impikan kau
tapi bukanlah terus ingin memiliki
aku suka
kau gembira


p/s: kata dia kau gembira aku suka

Wednesday, April 6, 2011

kisah cinta


aku mahu kisah aku juga seperti mereka
walaupun sudah 25 tahun bercinta
terus kekal bahagia
walaupun telah di kurniakan 5 cahayamata
masih ketawa
walaupun aku nakal
tak tentu hala
merajuk suka2
kears kepala meraban entah apa
mereka tetap setia
ma
abah
kalian amat aku sayangi
andai aku mampu berikan kebahagian
aku mahu hadiahkan nyawa aku buat kalain
kerana kalian aku mampu hidup hinga detik ini


p/s: kalian terlalu bermakna we love u ma n abah

Sunday, April 3, 2011

aku tidak mahu

aku tidak mahu kata
aku cinta kau
aku takut aku akan tidak setia
aku tidak mahu kata
hey aku rindu kau
aku takut aku akan curang
aku mahu sekali bisik pada kau
jejaka
kau curi hati aku
dalam diam
tapi kau bukan dalam nyata
kau hadir dalam mimpi
dan aku rasa
aku mahu kau terus di sisi

kalau mungkin kau bukan dia
pemilik sekeping hati ini
satu perkara aku akan beri tahu
pada dia kehidupan ku yang baru

aku tidak kata
yang aku akan cintai kau seumur hidup
tapi
aku akan sayang kau setiap hari
aku tidak akan kata aku rindu kau selalu
tetapi aku akan kata setiap nafas aku mengigati kau
dan aku tidak akan berkorban untuk kau selamanya
tapi
aku akan cuba berjuang untuk mengembirakan kau sebaik mungkin
dan andai kau tidak mampu untuk membuatkan aku tersenyum
tidak mengapa
tetapi aku akan pastikan yang kau tidak akn mengeluh
cuma
kalau aku gembira di atas kegembiraan yang lain
tinggalkan aku yer....


'MAAF...AWAK BUKAN YANG PERTAMA....TETAPI JADILAH YANG TERAKHIR DALAM HIDUP SAYA..'

P/S: aku cuba tapi untuk pemilik yang SEBENAR nya nanti...

salah

dia menarik
tidak kacak
tidak tampan
tidak bergaya
biasa saja
mungkin sedikit manis

lirikan mata
tidak menggoda
tidak mendebarkan dada
cuma buat aku terkesima

biasalah manusia
suka tertarik pada benda
yang mengangu jiwa
dan menyesakkan mata


p/s: aku terfikir bagaimana andai dia yang kukata bukan kehidupan seterus bersama ku?

Saturday, April 2, 2011

aku terdiam

aku terdiam
tidak ku sangka
segalanya terjawab
kau
telah pergi dari hidupku
secara perlahan
tidak menagap kearna kau bukan milik untuk aku dakap
maka ku biarakn
kau pergi bersama dia

p/s: usah kau tunggu aku di sini..aku sedang menanti putera hati untuk membawa aku pergi...dan kau jangan tunggu atau pujuk aku...

Thursday, March 31, 2011

indah

aku ada satu rasa
kau buat aku terpana
kau buat aku rindu
kata kata rindu satu anugerah
syukur aku rindu


aku ada satu masa
dimana penuh dengan kau si cinta
tapi aku tidak begiu rasa cinta itu untuk kau tatap
kadang2 aku ingin kata
hey pemuda wajah tampan
aku rindu akn kau
dan aku mahu kau kata
hey gadis idaman hati
aku sedang menanti


hey jeajak yang curik hati
kau hadir tanpa aku sedari
dan segalanya telah terlambat lagi
aku tidak mahu bercinta lagi
aku mahu bakal penyeri hati
aku mahu dia yanga ku syanagi
bukan cinta separuh separuh yang du kagumi
tapi cinta sepenuh yang jarang di temui

hey pencuri hati berkaca mata
kau bikin aku ingin rapati kau
tapi satu perkara
aku tidak kenali kau
kau juga tidak kenali aku
mungkin hanya aku yang suka
tidak bagi kau
tidak mengapa
ada yang menanti
di sebalik langsir hati


p/s: hati sudah koyak kearna kau yang robek perlahan dengan belati tumpul

Wednesday, March 30, 2011

menanti sang bakal penyeri hidup

aku tidak tahu
dan barangkali kurang pasti
aku rindukan dia
si bakal suami pengisi hati

jujurnya
aku tidak lagi berjumpa dengan dia
lelaki yang bakal melindungi aku nanti
aku mahu jadi seorang teman yang baik buat dia
kekasih yang selalu rindu akan dia
dan jiwa kepada hati dia

mungkin aku akan terus menanti
dan tidak berharap

sungguh muga kamu akan berjumpa dengan aku


p/s: dia adalah tempat aku bermanja dan gembira dan aku tidak akan menduakannya selagi tidak berjumpa dengannya :)

Monday, March 28, 2011

hey

eh
kau tahu
aku sedang berfikir
andai kau tahu apa yang aku rasa
andai kau tahu apa yang aku fikir
andai aku tahu apa yanga ku idam

kau hadir tanpa aku paksa
secara tiba2
jujurnya aku tidak kenal kau
dan tidak terfikir mahu kenal kau

aku tidak rasa kau adalah dia
pemilik tulang rusuk yang bengkok
tapi aku mahu kau jadi dia
nasalahnyer aku x kenal kau

wahai kau yang aku mahu jadi dia
kadangkala aku mahu bagi kata dua
sayang aku mahu kau
kau
kau
kau
kau tidak kacak
tapi
tapi
tapi
hati aku kata kau
kau
kau
kau
hadir dalam keadaan yang x sangka

dan
aku tak tahu kau siapa
dan aku mahu kau jadi dia
pemilik tulang rusuk yang x kan mematahkan aku
tapi akan sayang aku guna jiwa dan hati


p/s:mood sedang study dan....

siapa kau

kau seperti bermain dengan api
walaupun mungkin aku bukan minyak
jangan terlalu bermain kata
kelak kau yang akn merana

Sunday, March 27, 2011

dia


kau tahu
kau sentiasa di hati
kau bukan yang ku nanti
namun aku ingin kau tahu
bahawa aku ingat kau di hati
kAu tidak akan aku cintai
kerana kau tidak suka kepada sesuatu yang aku tidak mampu beri
apatah lagi beRi dengan sepenuh hati
maka aku suka sendiri

kau tahu
kau suka buat aku sepi
tapi tidak mengapa
kau akan hadir di hadapan aku
suatu hari nanti
dan di saat itu aku akan nantikan kamu

kau
adalah yanga kan membuatkan aku gembira
tersenyum
bercahaya
dan bersemangat
selalu
aku tahu
kau belum hadir lagi
maka tidak mengapa
aku akn menanti
cuma aku berharap di saat kau hadir
aku berada di realiti
dan aku tidak lagi bermimpi

akan ku tunggu kau yang akan menjadi putera di hati
kerna kau yanga kan ku hormati dan layak bergelar suami



p/s: dia yang ku nantikan bakal menjadi imam ketika aku bersolat bersama dan bakal menjadi walid buat zuriat2 ku..dan dia masih lagi jauh dari hidupku....

Thursday, March 24, 2011

pemuda kaca mata


kau
kau aku tidak tahu siapa
aku tidak kenal kau
tapi
kau datang
dah hadir
kau seperti mengejutkan aku
bangkit dari tidur yang lena

hey pemuda kaca mata
kau gunakan kelebihan kau
iaitu bermata empat untuk menggoda aku
dan
aku tidak tergoda
cuma
aku terkesima
hah
kau

aku tidak kenal
dan kau
aku tidak tahu
tapi kau datang
dan aku tidak sangka
kau juga ujud akhirnya

aku khuatir kau juga hanya maya

p/s: aku mahu kau jadi si putera hatiku :)

Tuesday, March 22, 2011

owh aku kena sedar!!!!

owh!!!!
aku kena sedar
aku bukan sesiapa
owh aku harus bangkit
kerna
aku juga bukan sesiapa
owh
aku sudah ingat kau


kau hantu
maya yang ku panggil kau sayang

pagi cinta

wow!!!!
gila!!!!
aku sudah begitu tertarik

hey teruna kaca mata
kau siapa
aku hanay ingin melihat kau
kau ada pesona
kau tarik ak untuk dekat dengan kau
dan aku tidak tahu kau mahu apa
dan kau tidak kenal aku
aku juga tidak tahu kau

hey si kacak bermata kaca
aku suka lihat kau
tapi kau ini maya
seperti hantu
yang boleh diliht
tak bisa di sentuh
aku suka lihat
tapi aku gagal sentuh
aku tidak tahu
mungkin ini suka

hei jejaka
kau buat aku ingat kau
mungkin kita tidak akan kenal
walaupun
aku tunggu LAMARAN kau


p/s: dari gadis yang kau tidak jangka

oh no!!!!

aku tidak kenal kau
tapi
aku suka lihat kau
dan kau pun
tidak kenal aku!!!

owh!!!! aku sudah gila!!!

kerana kau!!!

Monday, March 21, 2011

dalam diam

aku tgok kau
tapi aku diam
aku suka kau tulis
tapi aku diam

aku suka baca jiwa kau
sebb aku suka
tapi aku tak kata aku cinta kau
harap reti beza

aku tak sangka kita sama
maksud aku kita suka menulis benda sama
dan aku tak kata kita serupa
sebb kau lelaki dan aku gadis

aku suka kau tulis sebb mungkin kau guna hati
orang kata guna hati ia suci
jangan guna akal ia banyak meyangkal

aku akan kata
hey kau
aku sudah terpikat denagn kau
denagn tulisan kau

tapi aku tak kenal kau siapa
dan mungkin tak mahu kenal
cuma mahu tahu kau daro planet maner
sekian
sayangku baru.....

p/s: aku mula ingat kau SAYANG.... :p

Sunday, March 20, 2011

ok cakap tentang anugerah


ok..
aku nak cakap tentag ANUGERAH...

serius aku rindu kau
tapi kenapalah aku x bole cakap lagi dengan kau..

kan aku selalu cakap aku rindu kau
tapi bila aku rindu sgt mesti aku x cakap macm tu
aku diam jer


ok..
kau dah ada girls lain..

x per
x kisah..
dalam hati...
mcm tsunami kat jepun...
but...
aku bole cool lagi sambil makn2 roller coaster jack n jill

ok2..
so..
aku pesan kat diri aku...
kalau kau dah ada girls mungkin aku patut cari jejaka gak kan...

tapi...
aku asik pk kau..
mcm maner nak cari jejaka baru...
kenapalah hidu p ni x mudah macam mkn nasi ayam...
kan sedap dan kenyang...
hahahahha

ok..
anugerah...

eh perasaan tu anugerah kot
sebb aku dah lamer xrindu kat kau macam arini
patut la kau x rindu aku..
dah ada yang rindu kau....

p/s: maaf arini rindu kau..sebb aku dah x bz nak ingt benda lain.. :P


Sunday, March 13, 2011

tag dari NFleurdelis.

salam..
hai..
entry kali ni bukan puisi tapi tntg kawan aku yang tag suh aku jawab question yang diberikan...yerla selalunyer aku tulis puisi jrang tulis tntg diri aku secara direct kan..tapi x per la...ok lets start.. :D

tapi b4 tu aku nak bagi tau aku dapt benda ni dari clssmate aku nama dia



Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.'

so silalah baca.. :)

masa aku kecik aku ni sangat nakal...

1: masa umur 3 tahun aku penah kena air panas yang direndam cili gara2 main lari2 kat dapur..alhamdulillah tanda tu dah hilang sebb abah letak ubat cina.. :)

2: aku penah gaduh ngan akk aku,aku tarik rambut dia,n yang paling BEST dia hentak kepala aku kat cermin..hah berderai cermin tu..tapi xper aku x marah sebb salah aku gak.. :D

3: beza adik aku no4 ngan aku 9 tahun so masa aku dalam usia 9 tahun aku selalu buai adik aku smapai dia jatuh dari buai...bila dia nangis aku cakap kat ma,angah x tau,adik jatuh sendiri..hahahah jahatkan aku... :D

4: masa aku kecik gak selalu gaduh ngan along, n dia suka cubit aku bila tido waktu malam seb dia kata aku lasak...(Sakit tau..aku trauma..hahaha)

ok ni bila aku dah besar sikit

5: aku anak no 2 seorang yang manja sebb aku suka orang pujuk bila aku merajuk,contohnya aku sanggup kena gastric time aku gaduh dgn ma...protes aku x makan..eh tu manja ker?hehhehe

6:aku sangat mudah kecil hati contoh aku pnh suruh mak buat kuih time tu aku puasa ,so mak aku pun decide bagi kat jiran,time tu aku x makan lagi...then aku terus protes x makan..tapi motif kan..hahahah

7: aku sangat memerlukan perhatian dari keluarga ,n adik beardik..along,acik,ami n arin sangat pnting sama macm ma n abah...

8: aku accident masa aku umur 17 tahun masa birthday aku..pagi2 nak g sek n time tu bawak cake untuk kawan2 aku..huhuhu

9: aku ni garang n ganas...tapi dengan kawan2 yang x rapat aku nampak baik..hahah

ok ni perangai aku,harapan aku dan juga apa yang belum aku capai

10: aku seorang yang degil..sebb aku selalu x dengar cakap ma n abah..
hahahha

11: aku suka snorkeling n ma n abah paling marah aku buat benda nie..n aku buat curik2..hahahah

12:aku suka laut...sebb tenang aman dan damai

13: aku suka bau hutan..sangat...sebb aku rasa semangat

14: aku x suka tanam pokok sebb pokok akan mati

15: aku hanya akn reti masak makanan yang aku suka n favourite...yang lain nanti aku belajar..hahahha

16: aku nak jadi mcm fynn jamal...sebb dia jujur

17:aku nak jadi ank yang baik..tapi x tau macm maner

18:aku akn sagt protect org yang aku sayang dengan cara sakit kan hati mereka..
contoh:membebel n cubit...hobi da..
hahahha

19: aku suka makan..lagi2 kat umah..so kalu gemuk pun aku x le buat aper..cntoh lepas makn nasi,hobi aku adalh buat air milo cicah biskut,or makn kuih,or makan keropok,or makan aper jer yang bole di makan...

ok ni untuk future..

20:aku nak miliki estima semasa umur 25 tahun

21:aku nak kejer kat private sector

22:aku nak jadi kaya..hahahaha

23: aku nak bahagiakan my family n kayakan mereka...lagi2 ma n abah..

24: aku nak memiliki untuk future 2 kereta (estima,volswagen new beattle) n rumah..x dapat baglo semi D pun ok...gila kan..hahahh tapi semangat n usaha..pasti berjaya..heheh

25: ok ni yang akhir...
aku nak berbakti untuk malaysia..jadi cam A.samad said...tapi ala2 Fynn..mcm kat atas aku tulis.. :)


ok...ni semua tntg aku....

n aku baru dapat ilham..aku ank jadi COMOT...
sebb ia bebas x terikat dengan mana2 undag2 atau aper jer... :)


p/s: ini semua tntg aku..korang????







okay, another tag.

apa yang penting dalam hidup korang ?
apa yang pnting?aku nak bahagia,dan kaya...tu jer dan aku nak dunia ni aman...aman maksud aku x der perang atau apa2 masalah..mudah2 an


benda yang terakhir yang korang beli guna duit sendiri ?
masa aku kejer part time..apa yang aku ingat aku akan penuhkan peti ais kat umah dgn makanan..hehheh

dimana tempat korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya ?
emmm...apakah???aku x tau la...klw bole aku nak buat kat umh aku sendiri,,tapi x nak susahkan mak aku n x nak penatkan abah..so cara paling baik maybe kat dewan kot..kesian la...nanti mereka sibuk.. :)
tema: aku nak dalam 2 persalinan...nikah n snading jer..tema maybe aku x pk lagi..hahahah

adakah korang tengah bercinta sekarang ?
x!!! choiiii!!!! cinta itu menyusahkan..hahahha

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
seberapa lama dia cintai aku..hahahah

novel/buku/majalah terakhir yang dibeli ?
emm..aku terima nikahnya...tu la yang aku beli..buku motivasi..:D

namakan orang orang yang korang nak dalam hidup korang ?
MA,ABAH,ALONG,ACIK,AMI,ARIN...n sedara2 n kawan2....

adakah korang pernah basuh baju sendiri ?
mesti...masa umur aku 18 dah basuh baju sendiri tau..heheheh
sebb duk hostel..klw x ,mesin basuhkan..hahahha


dimanakah tempat yang korang betulbetul nak pergi ?
aku nak pergi tempat yang aman....n bole buat aku tenang....tempat yang aku byk ilham...


5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar ?
owh...
1: cerita anak kecil dalam jamban:fynn jamal
2:kotak hati:hujan
3:sungai lui :aizat
4: hanyut :faizal tahir
5:selamat malam : faizal tahir

ni lagu2 yang aku suka..tapi no 1 tu memang addict.. :D


5 blogger yang korang nak tag ?

ain ainia

yoya

bole x nak tag fynn jamal

mr K

n syed amirul.. :D

p/s:COMOT itu lebih jujur


tag dari NFleurdelis.



Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.'

Saturday, March 12, 2011

hilang

ia sudah hilang rasa
yang ada hanya satu perkara
kau akb mendapat balasannya
percaya sudah tiada

Friday, March 11, 2011

silap bukan aku

silap
bukan aku
kau tahu
kau sudah terlalu hina di mata aku
sangat keji
kau mengaku
kau sudah tinggalakan dia
hakikat kau masih dengannya
kau tahu
kalau kau sudah berani menipu
tidak musthail kau akan terus menipu
kau tahu
kalau kau sudah tidak bole setia
kau pasti akan curang satu hari nanti

aku akui
kau memang BAIK
tapi kau bukan yang terbaik untuk aku
kau telah mengajar aku sesuatu
walaupun kau lebih tua dari aku
aku masih matang
kau tahu

kau hanya membuatkan persepsi aku berubah
lebih teruk
dan tersangat teruk buat kau

aku hanya satu ingin kata

SUNGGUH KASIHAN WANITA YANG KAU GUNAKAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN DIRI KAU

***aku tidak kecewa sebb aku tidak pernah mencintai kau
mungkin aku rasa lebih baik tidak bercinta
kau tahu persepsi aku berubah 100% dan aku telah tersilap mempermainkan aku


MOGA KAU BAHAGIA BERSAMA DIA!!!!

P/S:kau jgn la curang lagi,malu dowh.aku respect kau,tapi skang kau dah x bermaruah di mata aku!!!!