Wednesday, November 30, 2011

resah menjadi

aku tidak tahu
bila
bagaimana
dan di mana
segalanya bermula

aku mula terfikr akannya
jujurnya aku tidak mahu menanguk di air keruh
bukankah mencintai sesuatu yang bukan milik
ibarat membakar diri dalam sepi

aku tidak tahu
bila segalanya bermula
kerinduan seperti permainan biasa
sedangkan telah ku khabar kan pada jiwa jiwa
yang lara itu ada di mana saja

semakin resah
semakin dekat kerinduan
pernah aku terfikir
mengapa tidak impikan cinta lagi
selepas kecewa andai kita mampu impikan pelangi selepas hujan

jujurnya aku tiada sebarang jawapan
dan aku tidak akan merampas

bukankah kegembiraan di atas kesakitan insan lain
umpama membunuh jiwa yang telah usang

jujurnya aku tidak mahu
dan resah semakin menjadi
rindu semakin hampiri
dan
aku terperosok sepi
di lembah penuh kehitaman ini



p/s: aku mohon ada tangan yang mampu menarik aku kembali

Monday, November 28, 2011

ajar aku

tolong

aku mohon

jangan meminta sesuatu

yang aku tidak mampu lakukan

jangan mencabar aku dalam diam

jangan di ungkit perkara silam

jangan diuji tahap kesabaran aku yang kelam

tolong

aku mohon

ajar aku

tunjukkan rasa sayang


aku tidak tahu

apa yang kau inginkan


aku tidak suka menunjuk dengan rasa bangga

maka aku tunjuukan dengan rasa memberi kata dua

telah aku katakan

aku ini pekongsi rahim kau yang kedua

manakan sanggup melihat kau gagal kelola dunia

kau masih tidak paham aku

pengisi perut bonda ketiga

maka

aku mohon

tolong ajar aku


menunjukkan rasa sayang buat kalian yang aku sayang dalam hari2 ku


p/s: aku tidak pernah tahu bagaimana menunjukkan rasa sayang...jujurnya sudah lupa

Sunday, November 27, 2011

aku bukan pungguk

aku bukan pungguk
untuk merindu kau yang di sana

aku bukan pungguk
untuk menanti kau setiap masa


aku bukan pungguk
untuk mencintai kau tiap ketika

aku bukan pungguk
untuk lihat kau jauh dari mata

aku bukan pungguk
untuk saja tenung kau

dan

kau bukan bulan
untuk aku nantikan

untuk aku cintai
kau belum lagi

satu saja aku tidak mahu kau jadi bulan

aku tidak mahu jadi pungguk


tapi aku mahu kita

kita yang belum ada

aku mahu adakan

aku mahu kau pemilik tulang itu

dan aku tulang yang telah hilang


p/s:1 muharam,ulang tahun kelahiran ku dalam bulan islam...aku berdoa agar ia yang terbaik dari sebelum....muga kau juga sentiasa....


janji TUHAN sentiasa ada....

Monday, November 21, 2011

comel

kalian comel

itu aku tidak mampu menidakkan

muga kau bahagia


p/s: ini untuk singa laut

Friday, November 18, 2011

perasaan

aku sedang takut
itu jujurnya
aku tidak tahu
mengapa
kau hadir di saat hati sedang percaya
dan kau pergi
disaat rindu menyapa

aku tidak meminta apa2
mahupun selaut intan
aaupun segunug permata


aku mohon

satu sahaja


tolong pergi dan jangan bagi aku terluka


p/s: aku tidak mahu sebarang ikatan mahupun perasaan yang melukakan

Friday, November 11, 2011

cemburu

Tuhan

tolong aku

aku tidak mahu cemburu mereka

jujurnya hati ini terasa menyakitkan

bukankah kau telah menjanjikan kebahagian untukku juga

maka aku mohon

tabahkan hati ku

jauhkan ia dari terlalu rapuh



p/s: aku selalu memungkiri janji pada TUHAN ,dan bila dia mengungkiti aku pula yang tidak tertahan menahannya....


:(

Thursday, November 10, 2011

luar biasa

aku mahu jadi yang luar biasa
yang kental bersuara
yang hebat berbicara
yang lantang berkata
yang keras hatinya
dan menolak perkara yang sia2

aku mahujadi yang semua terpana
melihat kepetahan aku

tapi

sudah tiba masanya

aku bukan perkara itu

aku ini BUKAN luar biasa

aku ini biasa sahaja

aku menangis

siap yang tahu

aku terluka

aku yang rasa

aku bukan amhu

kau letekkan harta dunia

aku cuma mahukan

kasih sayang yang tidak berbelah bagi darimu


p/s: pemilik tulang rusuk...aku menantimu.... :D

Wednesday, November 9, 2011

resah

aku tidak tahu
apa yang bermain di fikiran
jujurnya
tiada apa
tapi aku merasa sesuatu
yang aku sukar untuk aku ungkapkan
aku tidak tahu apa
bukan kah aku sudah melepaskan
bukan kah aku sudah melupakan
bukan kah ia sekadar hanya picisan
bukan kah aku sudah berjanji
menanti dia
pemilik tulang rusukku ini

memang hati ini rapuh
namun mengapa terlalu mudah hancur?
aku sudah terlalu memikirkan perkara yang sia2

jujurnya hatiku resah

kau jangan risau
kau tidak aku salahkan kan

aku harus pergi

sedangkan kau baru hadir

dan aku lupakan kau lagi

dan aku perlu membayar harga sebuah perasaan ini

dengan keresahan yang membunuh jiwa

bangsat!

aku takut dengan rasa ini dari dulu

dan sekarang


aku semakin takut dan aku telah JATUH!!!!!!!



P/S: aku tak mahu jatuh namun aku telah membangsatkan diriku hanya kerana perkara celaka itu

masih kah kau ingat?

masih kah kau ingat?

segalanya?

jujurnya aku rindukan sesuatu yang telah 'MATI'

:)

mudahnya sesuatu yang tidak pernah ujud

p/s: aku tidak menangis,namun hati ku sakit menahan rasa

Tuesday, November 8, 2011

permulaan yang mati


segalanya telah mati

tidak bermula

dan telah mati

sekali lagi

akui

segalanya hanya permainan dunia

yang tidak pernah menghargai sesuci rasa hati

aku tidak akan mengambil sesuatu yang telah dimiliki

tetapi

akan melepaskan andai yang baru itu lebih baik untuk menjaga kau hingga mati

p/s: selamat tinggal cadbury.. :'D

pesanan pekongsi rahim

ini pesanan

dari dia

pekongsi rahim

yang dulunya tempat aku bercakaran dan bermanja

sekejap dunia dah berubah

aku bukan lagi adik kecil yang di kesat hingus dan di ikat rambut

dia juga bukan lagi anak kecil yang harus menjaga aku hingga aku jadi baik

tapi dia tetap yang pertama

pengisi perut bonda

pengikat rasa cinta abah dan bonda

dan bukti cinta utama

malam tadi

aku bercerita

dunia ini kejam

sudah bencikan aku

aku takut hadapi dunia

yang jujurnya celaka lebih banyak dari gembira

dan aku kata

yang aku ini sudah tiada keyakiann untuk jumpa yang celaka

takut nanti asyik di hina

hingga aku mengeji ciptaan yang ESA

maka dia keluar denagn satu cerita

katanya persetankan kata2 yang membangsat semata

jadikan kamu paling indah di mata dunia

biarkan mereka meludah tanpa henti

mengherdik sesuka hati

tapi

kau ada satu kuasa

yang kau lupa hakikatnya

iaitu ILMU yang di pinjamkan sementara

yang abah dan bonda hantar belajar tinggi

supaya kau lebih bijak berdiri

dan mampu berlari sesuka hati

dari mereka mereka yang cantik luarannya

tapi kosong fikirannya

dan aku terpana

kiranya aku ini tidak hargai pinjaman TUHAN yang sementara

maka aku yakin

aku juga mampu menjadi INDAH

dengan menghargai setitis ilmu TUHAN yang ada

yang jujrnya ilmu TUHAN ini

andai di tulis dengan air laut dari seluruh dunia

untuk di jadikan dakwat

nascaya tak tercukup

maka aku akui

mengapa abah dan bonda menghantar aku belajar tanpa henti

dan akan aku hargai dan menjadi yakin serta tidak akan menghina diri

terima kasih buat kau pekongsi rahim

kau buka minda aku berfikir denagn lebih matang lagi


p/s: ini dia perbualan dari jiwa yang terbit dari kasih sayang pekongsi rahim bonda

Sunday, November 6, 2011

jangan di cabar

kau sudah terlalu lama hidup?

sudah puas menghirup udara TUHAN?

aku ada beberapa prinsip

1)aku akan cuba untuk menerima cinta selepas pernikahan(walaupun aku pernah terjebak dalam kancah ini)
2) aku BENCI PENIPU!
3) aku tak suka orang memmandang rendah pada aku
dan
4) aku tidak suka orang yang menghina minat aku



DAN KAU TELAH BERANI MENIPU AKU!!!! terima kasih

p/s: kau bukan gula2 kapas,bukan cadbury dan juga singa laut aku rasa gelaran yang terbaik buat kau, kau adalah dodol yang hanay di makan ketika raya sahaja..


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-ADHA

Saturday, November 5, 2011

pengakuan

baiklah

aku bukan manusia yang pura-pura

kata hati ini kerikil kerasnya

jujurnya

aku telah terJATUH dalam gaung yang Aku sendiri tahu

kesannya hanya satu musnah jawabnya

tapi aku akui

kau telah curik hati

yang aku sudah tidak mahu kenang lagi

kau telah menarik aku ke dalam jurang yang aku cipta tanpa sedari

aku mahu nkau jadi orang yang aku nanti

dan aku mahu kata

aku sudah letak sedikit sayang buat mu

p/s: aku sayang kau cadbury :D AKU BARU SEDAR

hati ini

aku tidak tahu

aku sudah lama

menutup pintu hati

bukan apa

mengapa harus menyayangi andai sudah tahu akan terluka lagi

maka aku suka mendiam diri

aku bukan membunuh rasa ciptaan yang ESA

cuma aku sudah lupa bagaimana mahu mengendalikannya


maka aku seperti membenci rasa ini


p/s: jujurnya rasa ini hadir sendiri di saat aku tidak bersedia menangani masalah jiwa....

Friday, November 4, 2011

maaf pemilik sebenar

maaf
jujurnya
aku memohon maaf
gagal menjaga hati
gagal mengawal nafsu

tanpa aku sedari

ada terdetik sedikit perasaan

aku tidak tahu

ia anugerah atau ujian

aku mohon

PEMILIK TULANG RUSUKKU yang sebenar tidak mengina perasaan ini

jujurnya aku tidak mahu


tapi tetap hadir



p/s: kadangkala aku juga terfikir mungkin kah dia??

Thursday, October 27, 2011

sudah

susah berlalu
segalanya
sudah tiada
mungkin ada sedikit rasa
tapi sudah semakin terhakis
tidak pasti
masa atau
rasa yang merubah segala
bukan sudah tidak suka
cuma

keadaan seperti memaksa

melangkah pergi

mungkin kau gula-gula kapas untuk aku kenang

tapi kau bukan cadbury untuk aku sayang

dan jujurnya aku tidak membenci kau seperti benci melihat singa laut tersenyum riang



p/s: ini bukan nama sebenar

Monday, October 17, 2011

pemuisi bisu

aku bukan putus harapan
cuma aku rasa bersalah
tidak patut aku menanti kau
bukan aku menolak taqdir
dan
mencipta sesuatu tanpa sebab yang adil
cuma aku sudah berhenti
berdoa bulan jatuh ke riba
meminta akan kau
memetik bintang untuk aku jaga
jujurnya kita telah terlalu jauh
aku sudah tidak mampu
menahan semua dari berlaku

kau belum di ganti
dan aku tidak bersedia mengantikan kau lagi

jujurnya aku sudah penat menanti kau

yang bukan bulan
yang bukan bintang
cuma aku yang sangka
kau ini adalah sesuatu untuk aku sayang

bukan aku ucap selamat tinggal

cuma aku tidak mahu terhempas di saat kau tersenyum tenang
dan
aku tidak mahu lemas di saat kau berenang dengan riang

jujurnya

selamat tinggal pemuisi bisu

bukan sehari aku tunggu

sudah bertahun ku harap

bukan seminggu ku beri

tapi tidak ternanti hati ini

p/s: pemuisi bisu ini tidak tahu jujurnya aku teman yang telah kehilangan kasih dari seorang peneman yang mengigatkan aku tentang sayang yang membangkitkan rasa tenang



kau juga harus bahagia

Friday, October 14, 2011

membangsat semata

****maaf ia terlalu kasar

aku bukan seorang yang hebat
apatah lagi
baik dalam segala cara
cuma aku mahu cerita
pada semua
termasuk pada gergasi dunia

tentang semua
agar kalian tidak membangsat semata
cerita seperti mampu beri isi dunia pada semua


kau hebat
bole buat buat orang percaya
pada semua
kata
cerita
dan segala
apa yang kau lakukan
tak pernah salah
apatah lagi silap
kau cerita kau ni hebat dunia

mulanya kau hanya kata kau biasa
tapi bila kau dapat kuasa
mulalah
kau tekan yang hina
jujurnya dalam diam aku juga terkena kesannya

aku mahu kata
kau jangan fikir tentang kau yang akan terus kaya
tapi cuba fikir mereka yang kau terus kata
yang tahu membangsat semata
meminta kasihan tanpa mahu usaha

kau harus letakkan diri kau di tempat mereka
sekali sahaja
letakkan dirimu seadanya

duduk seperti menumpang sahaja

aku tahu dunia ini bukan selama

tapi kau memang tidak mahu usaha lindung mereka
sedikit juga tidak mahu
apa lagi mahu berjuang bersama

kau harus rasa sedikit

agar kau tahu

apa kau bina itu

jujurnya atas tangisan mereka

p/s: jujurnya agak terasa yang hebat mati satu dunia sedih tak terhingga,tapi bila yang mati itu berjuta rakyat jelata tiada siapa yang bersuara...kasihan juga tak keluar dari bibirmu yang hebat bersuara

Sunday, October 9, 2011

simpan

sudah 8 tahun usianya
aku simpan
sudah lama
andai ia seorang bayi
pasti sudah menjadi anak kecil yang pandai berlari
pastinya sudah tahu membaca dan mengira
tapi bukan itu yang aku mahu cerita

8 tahun
berlalu
kita macam sudah lupa
semua perkara yang pernah di buat bersama
entah
masa yang membenci kita
atau kita yang mengejar dunia

sudah 8 tahun perkara ini ku simpan
kita pernah bersua
tapi hanya diam
memandan seperti tidak pernah berjumpa
menjeling seperti pernah bercinta
sedangkan kita hanya rapat sahaja

jujurnya
sudah 8 tahun ku simpan rasa ini
menunggu
dari setahun menginjak ke angka 2
tapi kau masih sama
memandang
tanpa suara
menjeling
kadangkala takut tertangkap pula

lama bukan
kau dan aku
kita sudah jauh
dulu kita berbaju putih
kini kita berbeza

semua berbeza
tapi ada beberapa perkara yang sama

di mana aku masih mengharapkan keajaiban yang berlaku
gila bukan
aku memang gila sejak mengenali kau yang satu

8 tahun aku simpan
jujurnya seperti ingin meluah hari ini
perkara yang tersemat di hati
aku ingin beritahu kau satu persatu
agar kau tidak hilang seperting aku aku takut ia berlaku

jujurnya kita x pernah lagi duduk bersama selepas kau ke'sana'
tapi aku masih setia duduk melihat kau ketawa


jujurnya
andai di beri pilihan
aku mahu kau yang dulu
walaupun tidak sekacak mana
tapi kau masih ingati aku juga
yang duduk di sebelahmu degan gembira

aku mohon satu saja
agar hari ini kita berjumpa
aku tidak tahu kau di mana
aku tidak tahu kemna kaki ini akan ku bawa

aku mohon kita bertemu selepas 8 tahun kita tidak bersua
muga keajaiban ini berlaku hari ini juga


p/s: dia adalah seseorang yang aku kenali ketika awal usia remaja,yang terima aku ketika aku teralu comot untuk dimanja,tapi dia pernah berjanji untuk mengigati aku dalam hatinya


aku tahu TUHAN dengar keluh hatiku :)

Saturday, October 8, 2011

tiada apa

sudah tiada kiranya
tempat untuk aku bersuara
bila semua
di tolak tanpa di banding apa

sudah tiada apa untuk aku
menagih sesuap rasa
setitis kasih
segengam sayang

sudah tiada
kiranya tempat aku meluah rasa
tanpa ada balasan yang di terima

sudah taida apa

sisa2 juga bukan untuk aku kumpulkan seperti dulu kala

maka aku bergerak

dan tidak akn berhenti

memang

sudah tiada apa untuk aku terima


p/s: perit tapi itu kenyataan yang harus aku terima

Thursday, September 29, 2011

500

sudah 500


tapi aku amsih tidak puas

menulis dan bercerita tanpa henti


membiarkan yang meludah atau memaki


dan aku terus bergerak tanpa henti


500


namun aku msih belum penat menanti dan berfikir serta bercerita pada yang ujud di dalam dunia ini



p/s: 500??? ia hanya sekadar angka

Saturday, September 24, 2011

jangan jahat

jangan

jangan

jangan

dan

biarkan

mereka

dia

sesiapa

denga apa yang mereka rencanakan

kita juga tidak sempurna untuk

meludah
memaki

tanpa henti

;)

p.s i love you

Saturday, September 17, 2011

pilihan

aku tidak mahu memilh
kerna aku benci dipilih
maka aku tidak akan melakukan nya pada sesiapa

menanti
jujur aku sedang menanti dia
yang pasti dia tidak pernah tahu
harapan
tidak seindah dulu
dan jawapan juga sudah tidak seyakin dulu

aku keliru

ada yang sedang menanti aku

aku takut andai dia bukan pemilik yang ku tunggu
aku juga tahu
belum tentu oarang yang ku nanti itu
pemilik sebenar aku


baiklah

aku bukan terlalu haprak bermain bayang2

aku juga tidak sekejam untuk menidakkkan rasa sayang

setiap apa yang ku kata

itu datang dari jiwa

satu saja


jangan lukai aku hingga aku bosan untuk mengenali dunia



p/s: aku juga mahu rasa yang kalian rasa tapi TUHAN pesan dalam ISLAM hanya ujud PERKAHWINAN dan bukan hubungan yang tiada ikatan

Thursday, September 15, 2011

sedikit

ada
sedikit rindu
ada
sedikit kasih
ada
sedikit sayang
ada
sedikit rasa

tapi

aku takut
yang sedikit merubah kepada banayk

dan akan terus melaut

dan akan melemaskan aku


dan aku mati

tanpa kau sempat selanatkan aku yang ini


p/s: sedikit rasa yang semua kata itu sudah tiada

percaya

kau percaya?
percaya pada apa saja
tak kira
manusia
dunia
pekongsi rahim
kanak2
sesiapa
tapi aku mahu kata
yang KITA harus percaya pada TUHAN yang memang ada

tapi
aku mahu cerita tentang LELAKI
yang sekaranga dalah seorang RAJA dekat hatiku
itu aku tidak boleh ubah

tapi aku bukan mahu kata tentag dia RAJA
tapi aku mahu cerita tentag putera putera palsu yang GILA
yang hanya tahu main kata2
kemudian
sentuh sini sana
dan tinggal macam puteri itu sangat celaka

dan cari puteri idaman semua
tinggalkan yang lama
dan tidak terkesan langsung apa yang dia buat pada yang pertama

kau percaya?
pada janji2 yang celaka aku kira
yang hanya membangsat semata
puji untuk sementara
tapi
akhirnya
hanya gila yang menerajui nafsu semata


maka aku mahu kata
kau
kau
dan kau
yang aku kira
aku gelar wanita
aku gelar gadis
aku gelar perawan
dan boleh juga aku gelar sesiapa
jangan sekali
kau percaya
pada mereka
putera yang hanay suka pada wangi cantik diri kau
dan benci busuk pahit kau
jangan biarkan kau hanyut kerana kata2 yang bole kau cari dimana2

jangan kau takut yang kau akan seorang
TUHAN tidak pernah lupa
JANJI dia
kau akan ada yang datang
tapi jagan percaya pada yang hanay mahu badan kau


kau harus percaya TUHAN ada untuk kau



p/s: TUHAN janji DIA tidak akan mungkiri
dan kita harus percaya pada kerja TUHAN dan mintak pada dia hari2

Sunday, September 11, 2011

aku mati

seperti sudah puas meminta sesuatu yang x pasti
seperti sudah puas meminta akan mati
seperti sudah gila memohon akan sesuatu yang tidak bersedia
seperti hilang warasnya
berbicara seperti hidup tiada makna

apa guna hidup
andai hanay menyusahkan manusia
apa guna hidup
andai tidak bekorban apa2
apa guna hidup
andai hati tiada rasa

p/s:seperti sudah puas teroka hidup dan mahu mati????

Monday, September 5, 2011

perasaan lama

gila
aku masih rindukan kau
sejauh mana aku pergi
sekuat mana aku lari
selama mana aku diam
kau masih segar dan terus hidup di hati

jujurnya terasa sakit mengigatkan kau
tapi aku tak berdaya melupakan kau
bukan nya tidak cuba
sudah selalu aku ingatkan
dan ikhlasnya hari2 aku katakan pada diri
yang kau bukan untuk aku cintai dan sayangi
dan hatiku sakit setiap kali melihat kau
dan merindui kau

perasaan ini pada mulanya kuanggap hanya semata
akhirnya menjerat aku yang terkaku lama
aku hanya mahu perkara ini hilang
agar aku tidak mengigati dia
perasaan ini terlalu lama untuk aku
dan aku harus lakukan sesuati agar ia hanya menjadi pengisi waktu

p/s: mengapa kau masih megangu mimpi2 ku????

jjurnya rasa rindu akan hadir bersama pedih di hati dan air mata peneman hati

aku tidak tahu kau ini palsu atau kenyataan buatku...

Friday, September 2, 2011

hanya aku

mari cerita
tentang aku
sukar ingin faham aku
dan aku mahu kata tentag suatu perkara yang aku rindu
dulu aku bercerita tentang suka
kini aku sudah benci untuk bercinta

bukan aku kata cinta itu buang masa
tapi apa harus kita bercinta
andai tahu ia bukan untuk kita bersama
sedangkan kita itu hanay aku cipta

hebat
bila aku seorang yang gembira
kau hanya melopong tiada rasa
bila aku yang beria-ia
kau hanay diam seribu bahasa
bila aku yang kecewa
kau hanya ketawa
bila aku yang terperosok duka
kau hanya kata itu biasa

itu aku kata
hanya aku yang rasa
sesuatu
yang aku kata itu perkara indah
yang kau kata
itu perasaan biasa
sedangkan aku begitu mahu dengan kau hingga kau pergi pada Tuhan kelak

tapi

aku harus terima
yang KITA x pernah ujud
tapi aku msih sayang kau
aku masih ada rindu setitik buat kau
ataupun segugus peringatan buat kau
kau tahu
aku sudah mahu lupakan kau
tapi amsih ada ingatan buat kau

rindu?
mainan jiwa paling hina yang pernah aku ada untuk kau

maka
hanya aku yang merisik khabar kau dalam diam

dan aku telah membuat sesutu

di mana

kau aku sudah jadiakn kenangan
dan tiada harapan

yanga ku mahu kau bahagai dengan mereka

kita itu tidak akn ujud
yang ada hanya aku dan kau
aku dan dia
kau dan dia

sungguh berbeza tapi
tapi tiada rasa kasihan mahupun kesedihan


p/s: selamat tinggal sayang

selamat datang pemuisi "bisu"

Thursday, September 1, 2011

sesuatu

aku masih tunggu
terasa bodoh bila ia tidak berlaku
bila dia tidak mempunyai rasa yang sama
hanya aku yang beria2

rasa gila
bila aku yang terkena
bila aku yang terpinga-pinga
bila aku yang terkelu bicara

rasa hambar
bila aku tersilap sayang
bila aku terlebih sayang
aku hanya mampu melayang

sesuatu

sudah tiada

tapi

aku mahu kata

kita seperti ada kimianya

kita seperti serupa

tapi kita

diam diam saja


tidak mengapa


aku tidak mahu lagi terpinga pinga

atau terkelu bahasa

aku mahu kata

sesuatua yang tiada

akan ada bila

kita(yang hanya aku yang cipta)

mempunyai kita yang sama




p/s: warna baju kita serupa :D



gila

****aku harap kau tidak membaca apa yang aku carutkan :P

Wednesday, August 31, 2011

maaf dan lewat

maaf
aku masih tidak mampu
melupakan kau
atau
menghilangkan kau
mungkin sudah separuh
aku melupakan kau
mungkin juga baru suku
kau tidak tahu
ia tidak penting
tapi hati ini
tetap degil
bicara seperti tidak pernah kecewa
tidak pernah terluka
jujur
kau masih ada di hati
tapi hatiku semakin tawar mengigatkan kau kembali
antara kita
masih ada
cuma telah pudar

maaf sudah terlalu lewat kiranya
aku tahu kau siapa
di saat aku tahu siapa aku di hati kau juga sudah lewat
dimana di saat itu ia telah berubah ke sebaliknya


lewat itu kerana kau ragu
tapi kau jgn begitu
aku doakan kau akan bahagia bersama DIA
tanpa aku



p/s: maaf aku terlewat tahu dan segalanya telah berakhir tanpa bermula