Thursday, December 29, 2011

berhenti

aku lebih yakin
aku sudah berhenti
itu sudah memandai


p/s: aku lebih yakin...Tuhan kekalkan keyakinan ini..jujurnya ia datang darimu...amin...

Tuesday, December 27, 2011

sini aku mahu cakap

sini
aku mahu cakap
sudah cukup kau ada
apa yang kau mahu?

akumahu mohon maaf
aku tidak sepatut pilih kau
dan cakap
aku suka kau

kau tidak tersenarai
jujur aku tidak memilih
namun aku tidak mahu tersalah pilih

kau sudah berpunya
namun masih mahu mencuba
kalian berdua sama
sehingga aku sudah jemu melihat kalian sama

mungkin aku yang cemburu
tapi tidak mengapa

CADBURY: entah mengapa aku semain kurang suka terhadap kau
kau sudah berubah terlalu jauh
cendawan: kau nampak bewarna putih sebalinya kau penuh racun
aku tidak mahu kenali kau lagi..cukuplah

p/s: aku semakin fobia dgn mereka yg bernama lelaki dan cendawan itu wanita yang mempermainkan ramai lelaki...

Monday, December 26, 2011

kau

kau masih berani
menunjukkan diri
aku sudah tidak mahu
kenali atau ingati
maka aku mohon
kau per gi saja dari sini

kau lupa?
aku hampir hilang diri
bila kau kata
yang kita tidak akn pergi jauh dari hubungan ini
dan kau mahu aku lupakn segala yang lalu?

kau ingat aku ini hanya menanti kau?
aku tidak semurah untuk menanti kau
dan aku mohon
tolong jangan beri aku lihat atau dengar tentag kau

sakit di hati di saat kau hina aku masih terkesan

p/s: jujurnya aku ingin memanggil kau bangsat tetapi aku tidak mahu menjatuhkan kau..maka aku mohon pergi....

Thursday, December 22, 2011

cerita

aku bercerita
seperti semalam kita jumpa
kita bercerita
seperti lama kenal sama
kita bercerita tentag dunia
kita bercerita tentang rasa
kita bercerita tentang bahagia
semua kita cerita
alam ini semakin tua
dunia semakin ganas semata
kita semakin dewasa
yang jujurnya kejar dunia yang sementara

sehingga

satu masa kita bertanya

apakah dunia ini hanya untuk bahagia?

atau bahagia itu hanay sementara?

atau

dunia ini hanya satu ujian YANG MAHA ESA?

kita diam

tapi terus bercerita

tentang pahit kehidupan
sakit kesempitan
semuanya
sakit dan perit

dan kita terhampar sediri
di laluan mati itu

p/s: aku belum bersedia bertemu pemilik lagi...biarlah masih kuat untuk sendiri

Sunday, December 18, 2011

jatuh

aku tau siapa aku
kau suka bukan melihat aku jatuh
dan terjatuh
aku semakin kecewa

entah mengapa aku lihat
kau seperti suka
melihat aku terseksa

kau suka tersua2 pada org yang aku suka
dan ia semakin menyakitkan jiwa
dan aku semakin terseksa

p/s: kau sudah berpunya apa lagi yang aku cemburu akan aku yang seorang?

kecewa

kau semakin membuatkan aku kecewa
tolong aku mohon
jangan buatkan aku benci menjauh
dan jangan biarkan aku menyakiti kau
jujur aku juga biasa

yang ada rasa amarah
yang ada rasa jemu di dada


p/s: kita berbeza,kau terlalu lembut dan aku terlalu kasar seperti langit dan bumi

Friday, December 16, 2011

kejutan

entah
segalanya laju
selaju jantungku
dan hampir putus dari tangkainya

p/s: mr cadbury depan mata :P

Sunday, December 11, 2011

*maaf ia lebih pada luahan kecewa*

aku tidak tahu
apa dan bagaimana harus aku cerita
jujurnya aku kecewa pada kau betina!

kau bukan lagi sesiapa di hati
mungkin kau boleh kata
hati aku ini busuk
aku terima dengan sinisnya
terima kasih
kerana kau bukan
kawan aku dunia akhirat
aku bukan bongkak tapi ini kenyataan

kau tau kenapa aku gelar kau betina?
kau tidak pernah hargai dia
sedetik tidak jua
*mungkin ada aku tidak tahu*
*atau mungkin aku juga kurang definisinya*

kau semakin bangsat aku kira
bila kau mula menghina semua
*aku tau aku jua*
tapi
aku tidak menduakan sesiapa
dan kau terlupa
dia berhabis untuk kau
kau hanya sekadar suka
tanpa sebarang rasa

kau jangan ingat semua orang suka
akan kau yang begitu
kau tidak pernah menjaga
aku juga kata kau tidak faham semua

jujurnya kau bukan untuk aku hormat atau apa
kerana itu aku gelar kau betina
kali pertama
aku berjumpa lelaki yang berwibawa
tapi aku gunakan dia
hanya untuk sementara

jujurnya kau tidak layak untuk semua
aku menahan selama ini
melihat lelaki itu
dimarah
dihadapan aku
di tengking di hadapan aku
di jeling di hadapan aku
berubah kerana kau betina

tapi kau?
makan dengan lahapnya
tanpa memikir kan dia
bercakap seperti kau yang paling banyak berhabis untuk dia

jujur kau tidak layak untuk dia
*aku tau aku juga belum tentu layak untuk dia*



sekurang2 nya aku puas
betul kata bonda dekat aku tentang kau
abah juga pesan benda sama dekat aku tentang kau
pekongsi rahim juga berkata benda sama


p/s: kau tidak layak untuk apa2.... ini tentang seorang kawan...

Friday, December 9, 2011

cenburu

aku tidak tahu
jujurnya aku cemburu
bukan mahu memisahkan mereka
namun aku mahu biar mereka bahagia

jujurnya aku cemburu
dan mungkin buta


p/s: andai bole ku tongkat awan aku mahu hujan turun dengan lebat agar mereka tidak tahu aku menangis...

Saturday, December 3, 2011

maaf

aku mahu membetulkan keadaan

dimana aku mahu beritahu

yang aku bukanlah mencintai kau

jujurnya sekadar suka

maaf andai kau terasa dengan segala perbuatan mereka2

dan maaf aku membuat kan engkau tidak selesa

p/s: aku mahu beritahu cadbury yang aku hanay mahu menjadi kawan...itu saja tapi aku tidak tahu caranya....

Wednesday, November 30, 2011

resah menjadi

aku tidak tahu
bila
bagaimana
dan di mana
segalanya bermula

aku mula terfikr akannya
jujurnya aku tidak mahu menanguk di air keruh
bukankah mencintai sesuatu yang bukan milik
ibarat membakar diri dalam sepi

aku tidak tahu
bila segalanya bermula
kerinduan seperti permainan biasa
sedangkan telah ku khabar kan pada jiwa jiwa
yang lara itu ada di mana saja

semakin resah
semakin dekat kerinduan
pernah aku terfikir
mengapa tidak impikan cinta lagi
selepas kecewa andai kita mampu impikan pelangi selepas hujan

jujurnya aku tiada sebarang jawapan
dan aku tidak akan merampas

bukankah kegembiraan di atas kesakitan insan lain
umpama membunuh jiwa yang telah usang

jujurnya aku tidak mahu
dan resah semakin menjadi
rindu semakin hampiri
dan
aku terperosok sepi
di lembah penuh kehitaman ini



p/s: aku mohon ada tangan yang mampu menarik aku kembali

Monday, November 28, 2011

ajar aku

tolong

aku mohon

jangan meminta sesuatu

yang aku tidak mampu lakukan

jangan mencabar aku dalam diam

jangan di ungkit perkara silam

jangan diuji tahap kesabaran aku yang kelam

tolong

aku mohon

ajar aku

tunjukkan rasa sayang


aku tidak tahu

apa yang kau inginkan


aku tidak suka menunjuk dengan rasa bangga

maka aku tunjuukan dengan rasa memberi kata dua

telah aku katakan

aku ini pekongsi rahim kau yang kedua

manakan sanggup melihat kau gagal kelola dunia

kau masih tidak paham aku

pengisi perut bonda ketiga

maka

aku mohon

tolong ajar aku


menunjukkan rasa sayang buat kalian yang aku sayang dalam hari2 ku


p/s: aku tidak pernah tahu bagaimana menunjukkan rasa sayang...jujurnya sudah lupa

Sunday, November 27, 2011

aku bukan pungguk

aku bukan pungguk
untuk merindu kau yang di sana

aku bukan pungguk
untuk menanti kau setiap masa


aku bukan pungguk
untuk mencintai kau tiap ketika

aku bukan pungguk
untuk lihat kau jauh dari mata

aku bukan pungguk
untuk saja tenung kau

dan

kau bukan bulan
untuk aku nantikan

untuk aku cintai
kau belum lagi

satu saja aku tidak mahu kau jadi bulan

aku tidak mahu jadi pungguk


tapi aku mahu kita

kita yang belum ada

aku mahu adakan

aku mahu kau pemilik tulang itu

dan aku tulang yang telah hilang


p/s:1 muharam,ulang tahun kelahiran ku dalam bulan islam...aku berdoa agar ia yang terbaik dari sebelum....muga kau juga sentiasa....


janji TUHAN sentiasa ada....

Monday, November 21, 2011

comel

kalian comel

itu aku tidak mampu menidakkan

muga kau bahagia


p/s: ini untuk singa laut

Friday, November 18, 2011

perasaan

aku sedang takut
itu jujurnya
aku tidak tahu
mengapa
kau hadir di saat hati sedang percaya
dan kau pergi
disaat rindu menyapa

aku tidak meminta apa2
mahupun selaut intan
aaupun segunug permata


aku mohon

satu sahaja


tolong pergi dan jangan bagi aku terluka


p/s: aku tidak mahu sebarang ikatan mahupun perasaan yang melukakan

Friday, November 11, 2011

cemburu

Tuhan

tolong aku

aku tidak mahu cemburu mereka

jujurnya hati ini terasa menyakitkan

bukankah kau telah menjanjikan kebahagian untukku juga

maka aku mohon

tabahkan hati ku

jauhkan ia dari terlalu rapuh



p/s: aku selalu memungkiri janji pada TUHAN ,dan bila dia mengungkiti aku pula yang tidak tertahan menahannya....


:(

Thursday, November 10, 2011

luar biasa

aku mahu jadi yang luar biasa
yang kental bersuara
yang hebat berbicara
yang lantang berkata
yang keras hatinya
dan menolak perkara yang sia2

aku mahujadi yang semua terpana
melihat kepetahan aku

tapi

sudah tiba masanya

aku bukan perkara itu

aku ini BUKAN luar biasa

aku ini biasa sahaja

aku menangis

siap yang tahu

aku terluka

aku yang rasa

aku bukan amhu

kau letekkan harta dunia

aku cuma mahukan

kasih sayang yang tidak berbelah bagi darimu


p/s: pemilik tulang rusuk...aku menantimu.... :D

Wednesday, November 9, 2011

resah

aku tidak tahu
apa yang bermain di fikiran
jujurnya
tiada apa
tapi aku merasa sesuatu
yang aku sukar untuk aku ungkapkan
aku tidak tahu apa
bukan kah aku sudah melepaskan
bukan kah aku sudah melupakan
bukan kah ia sekadar hanya picisan
bukan kah aku sudah berjanji
menanti dia
pemilik tulang rusukku ini

memang hati ini rapuh
namun mengapa terlalu mudah hancur?
aku sudah terlalu memikirkan perkara yang sia2

jujurnya hatiku resah

kau jangan risau
kau tidak aku salahkan kan

aku harus pergi

sedangkan kau baru hadir

dan aku lupakan kau lagi

dan aku perlu membayar harga sebuah perasaan ini

dengan keresahan yang membunuh jiwa

bangsat!

aku takut dengan rasa ini dari dulu

dan sekarang


aku semakin takut dan aku telah JATUH!!!!!!!



P/S: aku tak mahu jatuh namun aku telah membangsatkan diriku hanya kerana perkara celaka itu

masih kah kau ingat?

masih kah kau ingat?

segalanya?

jujurnya aku rindukan sesuatu yang telah 'MATI'

:)

mudahnya sesuatu yang tidak pernah ujud

p/s: aku tidak menangis,namun hati ku sakit menahan rasa

Tuesday, November 8, 2011

permulaan yang mati


segalanya telah mati

tidak bermula

dan telah mati

sekali lagi

akui

segalanya hanya permainan dunia

yang tidak pernah menghargai sesuci rasa hati

aku tidak akan mengambil sesuatu yang telah dimiliki

tetapi

akan melepaskan andai yang baru itu lebih baik untuk menjaga kau hingga mati

p/s: selamat tinggal cadbury.. :'D

pesanan pekongsi rahim

ini pesanan

dari dia

pekongsi rahim

yang dulunya tempat aku bercakaran dan bermanja

sekejap dunia dah berubah

aku bukan lagi adik kecil yang di kesat hingus dan di ikat rambut

dia juga bukan lagi anak kecil yang harus menjaga aku hingga aku jadi baik

tapi dia tetap yang pertama

pengisi perut bonda

pengikat rasa cinta abah dan bonda

dan bukti cinta utama

malam tadi

aku bercerita

dunia ini kejam

sudah bencikan aku

aku takut hadapi dunia

yang jujurnya celaka lebih banyak dari gembira

dan aku kata

yang aku ini sudah tiada keyakiann untuk jumpa yang celaka

takut nanti asyik di hina

hingga aku mengeji ciptaan yang ESA

maka dia keluar denagn satu cerita

katanya persetankan kata2 yang membangsat semata

jadikan kamu paling indah di mata dunia

biarkan mereka meludah tanpa henti

mengherdik sesuka hati

tapi

kau ada satu kuasa

yang kau lupa hakikatnya

iaitu ILMU yang di pinjamkan sementara

yang abah dan bonda hantar belajar tinggi

supaya kau lebih bijak berdiri

dan mampu berlari sesuka hati

dari mereka mereka yang cantik luarannya

tapi kosong fikirannya

dan aku terpana

kiranya aku ini tidak hargai pinjaman TUHAN yang sementara

maka aku yakin

aku juga mampu menjadi INDAH

dengan menghargai setitis ilmu TUHAN yang ada

yang jujrnya ilmu TUHAN ini

andai di tulis dengan air laut dari seluruh dunia

untuk di jadikan dakwat

nascaya tak tercukup

maka aku akui

mengapa abah dan bonda menghantar aku belajar tanpa henti

dan akan aku hargai dan menjadi yakin serta tidak akan menghina diri

terima kasih buat kau pekongsi rahim

kau buka minda aku berfikir denagn lebih matang lagi


p/s: ini dia perbualan dari jiwa yang terbit dari kasih sayang pekongsi rahim bonda

Sunday, November 6, 2011

jangan di cabar

kau sudah terlalu lama hidup?

sudah puas menghirup udara TUHAN?

aku ada beberapa prinsip

1)aku akan cuba untuk menerima cinta selepas pernikahan(walaupun aku pernah terjebak dalam kancah ini)
2) aku BENCI PENIPU!
3) aku tak suka orang memmandang rendah pada aku
dan
4) aku tidak suka orang yang menghina minat aku



DAN KAU TELAH BERANI MENIPU AKU!!!! terima kasih

p/s: kau bukan gula2 kapas,bukan cadbury dan juga singa laut aku rasa gelaran yang terbaik buat kau, kau adalah dodol yang hanay di makan ketika raya sahaja..


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-ADHA

Saturday, November 5, 2011

pengakuan

baiklah

aku bukan manusia yang pura-pura

kata hati ini kerikil kerasnya

jujurnya

aku telah terJATUH dalam gaung yang Aku sendiri tahu

kesannya hanya satu musnah jawabnya

tapi aku akui

kau telah curik hati

yang aku sudah tidak mahu kenang lagi

kau telah menarik aku ke dalam jurang yang aku cipta tanpa sedari

aku mahu nkau jadi orang yang aku nanti

dan aku mahu kata

aku sudah letak sedikit sayang buat mu

p/s: aku sayang kau cadbury :D AKU BARU SEDAR

hati ini

aku tidak tahu

aku sudah lama

menutup pintu hati

bukan apa

mengapa harus menyayangi andai sudah tahu akan terluka lagi

maka aku suka mendiam diri

aku bukan membunuh rasa ciptaan yang ESA

cuma aku sudah lupa bagaimana mahu mengendalikannya


maka aku seperti membenci rasa ini


p/s: jujurnya rasa ini hadir sendiri di saat aku tidak bersedia menangani masalah jiwa....

Friday, November 4, 2011

maaf pemilik sebenar

maaf
jujurnya
aku memohon maaf
gagal menjaga hati
gagal mengawal nafsu

tanpa aku sedari

ada terdetik sedikit perasaan

aku tidak tahu

ia anugerah atau ujian

aku mohon

PEMILIK TULANG RUSUKKU yang sebenar tidak mengina perasaan ini

jujurnya aku tidak mahu


tapi tetap hadir



p/s: kadangkala aku juga terfikir mungkin kah dia??

Thursday, October 27, 2011

sudah

susah berlalu
segalanya
sudah tiada
mungkin ada sedikit rasa
tapi sudah semakin terhakis
tidak pasti
masa atau
rasa yang merubah segala
bukan sudah tidak suka
cuma

keadaan seperti memaksa

melangkah pergi

mungkin kau gula-gula kapas untuk aku kenang

tapi kau bukan cadbury untuk aku sayang

dan jujurnya aku tidak membenci kau seperti benci melihat singa laut tersenyum riang



p/s: ini bukan nama sebenar

Monday, October 17, 2011

pemuisi bisu

aku bukan putus harapan
cuma aku rasa bersalah
tidak patut aku menanti kau
bukan aku menolak taqdir
dan
mencipta sesuatu tanpa sebab yang adil
cuma aku sudah berhenti
berdoa bulan jatuh ke riba
meminta akan kau
memetik bintang untuk aku jaga
jujurnya kita telah terlalu jauh
aku sudah tidak mampu
menahan semua dari berlaku

kau belum di ganti
dan aku tidak bersedia mengantikan kau lagi

jujurnya aku sudah penat menanti kau

yang bukan bulan
yang bukan bintang
cuma aku yang sangka
kau ini adalah sesuatu untuk aku sayang

bukan aku ucap selamat tinggal

cuma aku tidak mahu terhempas di saat kau tersenyum tenang
dan
aku tidak mahu lemas di saat kau berenang dengan riang

jujurnya

selamat tinggal pemuisi bisu

bukan sehari aku tunggu

sudah bertahun ku harap

bukan seminggu ku beri

tapi tidak ternanti hati ini

p/s: pemuisi bisu ini tidak tahu jujurnya aku teman yang telah kehilangan kasih dari seorang peneman yang mengigatkan aku tentang sayang yang membangkitkan rasa tenang



kau juga harus bahagia

Friday, October 14, 2011

membangsat semata

****maaf ia terlalu kasar

aku bukan seorang yang hebat
apatah lagi
baik dalam segala cara
cuma aku mahu cerita
pada semua
termasuk pada gergasi dunia

tentang semua
agar kalian tidak membangsat semata
cerita seperti mampu beri isi dunia pada semua


kau hebat
bole buat buat orang percaya
pada semua
kata
cerita
dan segala
apa yang kau lakukan
tak pernah salah
apatah lagi silap
kau cerita kau ni hebat dunia

mulanya kau hanya kata kau biasa
tapi bila kau dapat kuasa
mulalah
kau tekan yang hina
jujurnya dalam diam aku juga terkena kesannya

aku mahu kata
kau jangan fikir tentang kau yang akan terus kaya
tapi cuba fikir mereka yang kau terus kata
yang tahu membangsat semata
meminta kasihan tanpa mahu usaha

kau harus letakkan diri kau di tempat mereka
sekali sahaja
letakkan dirimu seadanya

duduk seperti menumpang sahaja

aku tahu dunia ini bukan selama

tapi kau memang tidak mahu usaha lindung mereka
sedikit juga tidak mahu
apa lagi mahu berjuang bersama

kau harus rasa sedikit

agar kau tahu

apa kau bina itu

jujurnya atas tangisan mereka

p/s: jujurnya agak terasa yang hebat mati satu dunia sedih tak terhingga,tapi bila yang mati itu berjuta rakyat jelata tiada siapa yang bersuara...kasihan juga tak keluar dari bibirmu yang hebat bersuara

Sunday, October 9, 2011

simpan

sudah 8 tahun usianya
aku simpan
sudah lama
andai ia seorang bayi
pasti sudah menjadi anak kecil yang pandai berlari
pastinya sudah tahu membaca dan mengira
tapi bukan itu yang aku mahu cerita

8 tahun
berlalu
kita macam sudah lupa
semua perkara yang pernah di buat bersama
entah
masa yang membenci kita
atau kita yang mengejar dunia

sudah 8 tahun perkara ini ku simpan
kita pernah bersua
tapi hanya diam
memandan seperti tidak pernah berjumpa
menjeling seperti pernah bercinta
sedangkan kita hanya rapat sahaja

jujurnya
sudah 8 tahun ku simpan rasa ini
menunggu
dari setahun menginjak ke angka 2
tapi kau masih sama
memandang
tanpa suara
menjeling
kadangkala takut tertangkap pula

lama bukan
kau dan aku
kita sudah jauh
dulu kita berbaju putih
kini kita berbeza

semua berbeza
tapi ada beberapa perkara yang sama

di mana aku masih mengharapkan keajaiban yang berlaku
gila bukan
aku memang gila sejak mengenali kau yang satu

8 tahun aku simpan
jujurnya seperti ingin meluah hari ini
perkara yang tersemat di hati
aku ingin beritahu kau satu persatu
agar kau tidak hilang seperting aku aku takut ia berlaku

jujurnya kita x pernah lagi duduk bersama selepas kau ke'sana'
tapi aku masih setia duduk melihat kau ketawa


jujurnya
andai di beri pilihan
aku mahu kau yang dulu
walaupun tidak sekacak mana
tapi kau masih ingati aku juga
yang duduk di sebelahmu degan gembira

aku mohon satu saja
agar hari ini kita berjumpa
aku tidak tahu kau di mana
aku tidak tahu kemna kaki ini akan ku bawa

aku mohon kita bertemu selepas 8 tahun kita tidak bersua
muga keajaiban ini berlaku hari ini juga


p/s: dia adalah seseorang yang aku kenali ketika awal usia remaja,yang terima aku ketika aku teralu comot untuk dimanja,tapi dia pernah berjanji untuk mengigati aku dalam hatinya


aku tahu TUHAN dengar keluh hatiku :)

Saturday, October 8, 2011

tiada apa

sudah tiada kiranya
tempat untuk aku bersuara
bila semua
di tolak tanpa di banding apa

sudah tiada apa untuk aku
menagih sesuap rasa
setitis kasih
segengam sayang

sudah tiada
kiranya tempat aku meluah rasa
tanpa ada balasan yang di terima

sudah taida apa

sisa2 juga bukan untuk aku kumpulkan seperti dulu kala

maka aku bergerak

dan tidak akn berhenti

memang

sudah tiada apa untuk aku terima


p/s: perit tapi itu kenyataan yang harus aku terima