Monday, April 29, 2013

mencari kau dalam kau

ayuh
mari mencari
kau dalam kau
aku mahu
jujur
ini perkenan hati
aku mau bantu kau
sekali
sekejap
atau apa sahaja
mau bantu kau
cari kau dalam kau
aku mahu kau rasa apa itu bahagia
aku mahu kau rasa erti hidup
mungkin aku bukan sempurna
tapi aku mahu kau tahu
apa hidup ini

aku sedang menanti
tidak jauh

*untuk pertama kali aku sedang mengiyakan rasa ini

Thursday, April 18, 2013

pemuja cinta

bagaimana harus ku khabarkan
rasa dalam hati
yang sedang menghenyak jiwa ku ini
betapa aku sedang rindu
betapa aku sedang mahu
hanya hidup untukmu

sayang
aku sedang rindu akanmu
tiap-tiap nafas
mula mengigati dirimu

ntah mengapa
aku mohon
kita jadi macam dulu
4 tahun yang lalu
sungguh aku rindu

aku doa
agar kau akan hadir di sini
untuk sekejap sudah memadai
aku sedang rindu akan mu
jujurnya amat

sayang
jaga diri
tolonglah
ini rayuan dari dalam hati
aku tak sanggup kau di kenakan apa-apa
walau sekali

tolonglah
jujurnya hati ini tidak tenang

selamat menjaga diri D


P/S: mohon jaga diri, aku sedang risau akan mu....teramat...

Wednesday, April 17, 2013

rindu

maaf
kali ini aku kalah
aku sedang amat rindu kau
kenapa?
aku sudah mahu pergi
kau masih datang menagih di hati
sayang
aku rindu kau
semakin rindu
semakin sayang
semoga kau tabah sayang
semoga kau kuat
semoga hari-hari kau
kau penuh ketabahan
kita tinggal 5 tahun saja lagi
5 tahun sahaja
selamat bertemu nanti
pemuja cinta
yang aku sayang dan rindu akan kau
hingga hujung nafas




p/s: salam penuh kerinduan pencintamu

Tuesday, April 16, 2013

kehadapan bonda

kehadapan bonda
 maaf
kali ini
bagilah sekali anakmu berbicara
entah mengapa
 anakmu yang kedua ini sedang 'mati'
 bonda maaf
 andai aku
 tidak mampu untuk mengembirakanmu
aku sedang 'mati' bonda
aku akan pergi
aku mohon maaf
 siapa yang tidak sayang akan mu bonda?

siapa yang tidak sayang akan adik2nya
 akan kakaknya?
bonda
andai kau mampu selami satu-satunya rasa anakmu
yang kedua ini
mungkin
 baru kau tahu betapa dia amat kasih
pada bonda
pada ayahnya
pada kakak dan
adik-adiknya
bonda maaf aku akan pergi
aku harus pergi bonda
hilangkan aku dari hatimu
doakan aku selamat bonda
 aku akan kembali nanti
 ya aku akan kembali
satu hari nanti bonda
akan aku temani ayahda hingga akhir nafas
 akan ku temani kalian berdua
mungkin benar

aku adalah anakmu
yang merajuk hatinya hingga detik dan saat ini

 maaf bonda
 maaf
 mohon di halalkan
segala apa yang terlebih
 dan terkurang

 ayahda
muga panjang umur
dan bahagia anakmu ini terlalu sayang pd ayahda
 tapi keadaan sedang memaksa untuk anakmu ini pergi

 buat pekongsi rahim percayalah
adikmu dan kakakmu ini
sedang mencari sesuatu yang miliknya telah hilang untuk di cari atau di hidupkan kembali


 p/s: kita akan bersama semula nanti

Friday, February 8, 2013

rabak

ada seorang perempuan baru bangun entah apa mimpi mahu sedar konon ada semangat mahu bangkit agar lebih kuat tapi bohong kononnya bangkit mahu ubah dunia biar dunia ini selamat biar dunia ini semangat tapi itu paling dusta mana ada yang paling hebat alah manusia berlagak normal kemudia di sumpah seranah nya apa la yang di mahukan dunia sementara bangkit gagh kononya semakin tabah tipu apa yang kau mahu? kalau kau tidak tahu yang kau tahu kononya hanya mahu bernafas macam dulu-dulu eh? tapi apa mutiara jernih di wajah? kau rabak kan? untuk kesekian kali....

Wednesday, February 6, 2013

sesak

apa yang kau mahu sesakkan apa kau mahu susahkan kau sudah ada hidup baru kau sudah ada nafas baru kau sudah ada kehidupan jadi jalankan kau tak perlu menolah aku tidak akan menolah untuk sepicing

cerah

sekejap tadi hujan lebat di selubung petir hati seakan punah segalanya mahu di hilangkan biar kan segala apa musnah ah persetankan segala apa yang mendatang kau terpaling hebta aku terpaling lemah kau gagah melangkah aku mati tertiarap aku nampak segalanya kembali cearh ah sudah cerah

Tuesday, February 5, 2013

SUDAH LAH

sudah lah tiada apa yang nak di uraikan segala nya sudah tamat kita sudah tiada hati sudah mati aku sudah makin terubat aku tau aku faham aku mohon KAU BAHAGIA biar lebih dari aku biar aku sedar aku tidak layak untuk mengukir senyuman untuk kau selamat berbahagia BEKAS pemilik hati

Monday, December 17, 2012

hati

saat di carikkan hati

semua seakan mati

aku sedang membina

hati yang ranap

hati yang parah

hati yang koyak

hati yang cerai

hati yang retak

aku sedang kutip

tiap-tiap yang engkau serakkan

aku pernah musnah

aku pernah ranap

aku pernah rabak

aku pernah retak

aku pernah

sekarang satu aku mahu

 TABAH

TERIMA KASIH kau memang

TERbaik

tapi bukan aku

kau bukan untuk aku....

Tuesday, December 11, 2012

BANGSAT

puas?

Puas bukan?

Membangsatkan ku?

Kau buat aku paling murah

Merayu tiap2 cinta kau

Meratap tiap2 kenangan kau

Mencari tiap2 nafas yg masih tertinggal

Untuk di raup ke muka

Walaupun aku sudah mahu mati

Tapi

Aku msih gagal hilangkan kau!

Serapah apa yg kau guna

Bila sesikit rasa ini tak hilang

Apa mereka tau

Ketawa ikhlas aku?

Senyuman manis aku?

Itu semua sundal!

Aku buat untuk tampak kuat!

Tapi aku lemah!

Aku masih nampak kau di tiap2 penjuru

Aku masih mohon untuk kau ada di sisi ku

Apa jenis perempuan

Sudah di buang masih enak meminta

Maka sekali

Sudah acapkali

Mohon aku satu

Bangkit

Dan kau ,

sudah aku lupa

Maksud ku semua

Tiap2 caci maki tunang kau!

Aku sedang sengsara!

Aku tau

Dia pernah sumpah aku lebih derita

Maka terima kasih

Aku sedang separuh mati

Untuk buang kau dari hati

Cuma satu yang ku rasa sungguh bangsat sekali

Aku masih tak salah kan kau

Hingga detik ini!

*ia terlalu hanyir untuk di hidu tapi aku msih memeluk Yang pekung itu!


Wednesday, November 14, 2012

sekejap

sekejap
segalanya telah berlalu
seperti semalam kenal
hari ini sudah layu
sudah seperti lama kita termenung
menatap muka satu persatu
sekejap
semalam seperti tadi
bulan lalu seperti tidak lagi
aku masih rindu
perhatian kau yang tidak pernah JEMU
semalam
aku mahu tidak ada
aku mahu masa berhenti
aku mahu kau
duduk di sisi
dengar semua
apa yang aku mahu cerita
dari sebesar zarah
sehingga sudah mampu jadi isteri kau

sebenarnya aku mahu cakap
yang kau ajar aku rasa cukup
untuk setiap masa
untuk setiap segala

kekasih hati aku yang abadi ajar aku mewah
kau ajar aku rasa cukup
maka kalian harus berjumpa
maka untuk kau miliki aku
aku mohon
sekejap masa dari kau
jumpa dia kekasih jiwa raga abadi

sekejap
terima kasih
untuk semua yang ada

untuk setiap waktu yang kita guna untuk bercerita

Saturday, October 13, 2012

sakit

kau tahu
aku sedang membina rindu
nak jadikan mimpi pada realiti
tapi kau ni apa?
mainkan aku?
sakit la
kalau aku terlanggar barang risau kau seperti aku terhiris pisau
sekarang aku sedang sakit
hati aku sakit
terlalu sakit
kenapa buat aku macam nie
kenapa kau lukakan aku

kenapa tak terus terang
kenapa kita jadi macam ni

kenapa
kenapa
kenapa

tolong lah jangan jadikan aku sampah untuk kasih kau

aku sudah mahu mati bila rasa-rasa begini..

sebenarnya aku dah mula sayang kau

sebb kau ada dengan aku tiap2 malam...

sebb kau manjakan aku tiap2 masa

kau sedang berada dalam hati

tolonglah

aku dah tak bole matang kalau kau kata yang ini SALAH

kedudukan

entah
aku sedang mencari
di mana sebenarnya kedudukan hati
entah apa yang bermain di jiwa ini
aku sedang mencari sesuatu
untuk di sandarkan
dia hadir
aku tidak tahu
secara tiba-tiba
aku selesa
kita terwujud secara tidak sedar

kemudian
aku sedang kerinduan
apa yang sedang berlaku?
kita sedang mencari hati
atau sedang menduga diri?

aku bukan mahu menidakkan kehadiran kau
jujurnya
kalau boleh aku mahu maknakan hubungan yang baru ini
maksud aku
aku mahu jadi
makmum yang halal untuk mengamainkan doa kau

jujur
jauh
aku sedang fikir perkara gila

tapi aku mahu tahu kedudukan aku
aku sedang betul lemah
aku mahu kau

sekurang-kurangnya aku boleh dakap
pegang tangan
dan ia halal

p/s: apa yang berlaku...

Wednesday, October 10, 2012

jadi sama

sebenarnya
aku dah lama
aku teringin sangat
mahu jadi macam dia
aku panggil dia
dengan satu nama
tapi kau jangan gelak
sebb aku memang admire dia

aku teringin
sekali
alah sehari
maksud aku sekejap
aku mahu jadi macam perempuan besi
dia hebat
dia gagah
dia perkasa

habis di setankan segala rasa
di sampahkan segala sengsara
di muntahkan khianat semua
di henyakkan jiwa luka

dia tabah

habis di ludah bangsat kan
di gagah
habis di sumpah seranahkan
dia tegap
habis di sial2 kan
dia tetap melangkah

sekali
maksud aku sekejap
aku mahu jadi macam dia

biar hati di hitam putehkan
baru jiwa di sepak ranapkanm
biar rindu di tetak sindirkan kan dia masih setia

aku mahu jadi dia

sekejap

aku janji

p/s: dia wanita gagah berani. mohon benarkan

Monday, October 8, 2012

tunggu aku

apa jujurnya
kau masih main main bukan
sekejap puteh
kemudian kau hitamkan
perlahan kau datang
cepat kau pergi
kau siapa?
aku lihat kau masih melangkah
tapi kenapa seperti sudah tak seiring
apa yang kau mahu?
kau marah bukan?

aku cuma mahu satu
keikhlasan
maksud aku
terima aku seadanya
berdiri masa aku rebah
sokong ketika aku lemah

bukanlah aku keji
mahu jadikan kau hamba
hey ini hati lah
nampak cekal mana pun
masih akan ada rasa
mana ada orang gila
suka-suka mainkan rasa
bagi aku itu jalang namanya

begini
aku cuma mahu kau tahu
aku sama
macam mula2 kau lihat aku dulu
selekeh
tudung yang senget-senget
yang muka gila baik

tapi sekarang aku masih sama
sama masa kau pernah pegang hati dan cakap
walau apa pun yang berlaku
kita tetap satu

jadi
aku mahu satu
jangan sedih
aku sedang menanti kau
sebb kau di rimbunkan pokok2 yang menonjang
dan aku sedang yang rendang mencari kau
tunggu
tunggu aku
tunggu


p/s: tunggu aku

Wednesday, September 19, 2012

jangan berjanji

Bukan aku mahu marah
Mahupun mula cakap perkara yang menyakitkan jiwa
Cuma aku mahu kata
Jangan janji sama aku
Aku tidak suka
Sekali pun jangan
aku mohon kau pegang sama janji
kau mampu
aku mahu sekali
buat kau sedar
sebanyak mana janji yang kau tabur
aku mahu kau tunai satu persatu!
nanti kau akan tahu apa maksud janji
dan aku tahu kau bole mati bila kau tak layak tunaikan janji
kalau boleh aku mahu kau sedar
yang kau itu paling bangsat dan burok sekali
kau janji yang kau akan jaga aku baik baik
kau janji kau akan jag aku sempurna
kau janji
takkan ada yang boleh sayang aku semula
tapi
apa kau buat?
kau main bangsat
kau tipu diam diam
kau tahu
hati dia sudah musnah
kau bole cantumkan jiwa
kau sayang sama perempuan jalang
yang kau janji mahu jadiakn bidadari
kau terlalu celaka

sudah lah
aku mana percaya
mana ada lelaki baik dalam dunia
kalau ada yang kedua macam abah
aku sanggup pertaruhkan nyawa


kalau kau tahu apa abah aku korban untuk aku tiap ketika
kau mahu cinta aku pun kau akan fikir
kau tak layak kenal sama aku yang juwita berhati waja ini

p/s: mana hilangya juwita kalau kau bukan arjuna yang gagah?

cuba sekali dengar ,bisik dan diam

cuba sekali
Kau dengar
Sekali sahaja
Yang kedua mahu bersuara
Sebb sebelum ini dia hanya berbisik
Kau tak kasihan?
Bertapa selama ini dia menjadi pelarian?
Kau tidak nmpak
Sebb kau di beri perhatian
Kalau lah kau tahu
Bertapa hancurnya hti yg kedua ini
Bila dia lihat
Bonda lgi ingat akan diri kau
Bila bonda lagi syg akan kau
Apa!
Hanya kerana bodoh
Jd ia hrus di ketepi?
Itu buruk
Cubalah sekali
Kau diam
Dgr apa yg dia mhu cakap
Sekali kau akan rasa
Betapa tertekannya dia
Tp kau jarang ambil tau
Kau kata dia bermasaalah
Kalaulah kau tau betapa dia juga
Memerlukan perhatian
Kasih sayang
Senyuman
Sapaan
Dia sama juga macam kau
Cuma kau yang tak sedar
Akan kehadiran dia

*aku jga anak kedua jd aku lebih tahu Apa sakitnye menjadi perampas tanpa Rela.. ini bukan tentang siantan mahupun Kesidang




Tuesday, August 21, 2012

kehadapan bonda

bonda
jari di susun
tangan dihulur
maaf dipinta
juwita masih sama
tersangat lah degil
dan tidak mendengar kata
mudah menarik muka
sukar untuk membuka hati berkata ya

bonda
anakmu
juwita masih sama
tidak mahu mengaku kalah
walau sedtik
walau sepicing
di biarkan dosa menggunung
kemudian
mulalah merasa berdosa

bonda
tulisan ini takkan di baca
mana mahu di baca
tulisan aku yang caca merba
yang hanya sesuai di jilat oleh mata mata sadis
yang hanya mampu di cium oleh penagih penagih sepi
yang kau selalu ketepikan hati

bonda
juwita masih sama
entah apa yang di rasakannya
tetap mahu kata
bonda tidak sayang sama juwita
bonda sangat sayang pada kesidang
bonda sentiasa tahu apa kesidang mahu
sedangkan juwita
bonda seperti tidak tahu
langsung
kosong

siantan
bonda juga sangat sayang pada dia
dia paling kecil
maka bonda mengiyakan segala perkara
bila juwita
bonda tidakkan sahaja
itu adil kah bonda?

bonda,
kesidang itu yang pertama
perkara biasa bila ia sangat disayang
siantan itu yang terakhir maka
perkara utama untuk di cinta setiap masa
jadi
juwita yang di tengah
mahu menagih kasih siapa?

bonda juwita jauh hati lagi
di syawal yg mulia
juwita susun jari
mohon
maaf bonda
juwita janji akan pergi


p/s: juwita sayang sama kesidang dan siantan lebih lagi pada bonda,cuma juwita kecewa juwita masih rasa bonda tidak adil dalam pembahagian kasih sayang....

Thursday, August 9, 2012

hati


kau msih terasa hati
pada dunia keji
semua seperti hina
terlalu bangsat untuk aku hitung yang baik
aku makin benci semua
semua perkara membangsat semata

aku sedang memilih juga
aku mahu menjadi cantik di mata dunia
tipu!
jangan cakap kau tidak mahu!
semua mahu cantik
kalau di pilih baju2 di kedai2 tepi jalan
kau mesti mahu yang cantik
yang paling nampak menonjol
kalau kau pilih makanan
pasti aku akan pilih
yang paling nampak sedap
paling cantik digoreng
di masak
agar terbuka selera
habis semua di pilih yang cantik

kemudian

yang kurang cantik?
yang kurang menawan?
kau hanya pandang dan kata
nanti adalah kau akan dipilih akhir2 nanti

p/s: kejam bukan....

satu

aku hanya bercakap tentang satu
satu sahaja
hulurkan sebelah tangan
mahu ku yang kanan
sebelah telinga
mahuku yang kanan
sebelah bahu
mahuku juga yang kanan

aku mahu di pinjamkan sekali
yang sebelah
sebenarnya
aku sedang rapuh
jujur Ramadhan aku seperti takut
aku takut akan mati
tapi aku msih di situ
entah apa yang aku nanti
aku masih berdiri di takut lamam
aku masih menanti di tali yang tidak pernah ada

aku sedang kabur
aku sedang takut
mereka tidak tahu
aku sedang kerikilkan hati
aku tidak mahu dengar sebarang rasa
cuma aku mohon
pinjam kan aku sebelah sahaja
aku mahu duduk sebentar cuma
jujurnya akau mahu duduk selama mana mungkin
biar akau mati di situ

tapi itu bukan tempat aku...

aku sedang takut
aku sedang rapuh
aku sedang gering
dan akan mati
dalam keadaan sadis


p/s: tampak hebat itu terpaksa rintihan hati siapa yang tahu....

Monday, July 23, 2012

pesan PEREMPUAN besi

KAU SAPE.

dik.
rilek sudeyh.
birthday je kot.

lagi best kalau sepanjang hari kau termenung,
mikirkan mak kau bergelut keluarkan kau dari bukaan faraj yang tersiat melimpahkan darah sebaldi--
DEMI nak bagi kau bernafas dalam dunia--

HANYA untuk menjadi perempuan2 yang membuang daranya pada lelaki yang takkan mahu sisa,
HANYA untuk menjadi lelaki2 yang rebah dengan air kencing syaitan sebagai tiket gembira.

apa kata.
di hari lahirmu,
kita balas darah sebaldi bonda kita--
dan kata:
hari ini--
aku PILIH untuk berjasa.
~Fynn Jamal~
terbaik!!!







24 julai aku lahir....tapi aku nak cakap aku tak mampu balas sebaldi darah yang telah di korbankan..MAAF bonda....




BONDA muga sihat sejahtera....

kisah cinta



mana sama 
kisah cinta
mungkin kau 
du uji
asik mennagis
mungkin dia di uji
asyik ketawa
mungkin aku di uji
sunyiberkala
itu kisah cinta
yang tidak akan pernah sama

ada kisah aduh
bahagia hingga ke Jannah
ada pula separuh jalan
sudah mengaku kalah
ada pula 
belum bermula 
sudah berakhir kisah

ini semua cinta

yang kau harus ingat

TIDAK SEMUA CINTA HARUS BERSATU


p/s: aku sudah malas menunggu arjuna juwita yang pasti arjuna puteri sudah 'mati'

Sunday, July 8, 2012

ingatan

aku baru di sedarkan
satu suara telah memanggil
untuk aku melupakan segala tentag arjuna puteri

mulanya aku berasa khuatir
ini tentang rasa apa
bila di terangkan
aku akui
dia bukan sesiapa
maka ceritanya telah tamat
aku harus akui
dia membuatkan aku goyah
namun dia membuatkan aku semakin parah
maka
selamat tinggal

cuma aku di pesan
ingat sahaja rasa gembira
ketika parah lupakan
dia bukan sesiapa
hanya watak picisan dalam drama kita

maka aku mula sedar

dia hanya picisan wayang gambar

p/s: aku sedar yang aku mudah suka tapi itu bukan cinta

Friday, July 6, 2012

warkah burok

ia memang burok
aku simpan
aku letak pewangi
agar sentiasa harum
aku mahu ia sentaiasa sama
pada mula aku dapat
hingga kini aku simpan
aku mahu ia kekal

Thursday, July 5, 2012

Tuhan





aku sudah tidak mahu jumpa dia
untuk apa saja
dia menyakitkan hati secara diam
aku tahu
ia bukan untukku
tapi dia tidak berhak untuk bercakap perkara2 yan menyakitkan hati

aku tidak pernah bercerita tentang apa yang berlaku
aku sendiri tidak akan hidup lama
bagaimana aku mampu untuk berjanji pelbagai rasa

kalau cantik yang kau dambakan
pergilah
aku tidak mahu
aku mahu nanti
imamku yang menalkinkan aku...
itu sahaja
bukan kau
yang hanya mampu berbicara tentang kita yang berbeza

maaf

maaf

maaf

maaf

maaf

maaf

aku malu

di ambil

dicampak

di buang

terima kasih


p/s: kau membuatkan aku kecewa tentang satu...kau di kurniakan nafsu yang tidak mampu di kawal olehmu

jangan di sakitkan hati





aku tidak marah
atau mahu mengungkit

jujur
beri aku kesabaran
jangan mula menaikkan rasa marah
ia semakin menipis
entah apa yang berlaku
aku tidak tahu
segalanya akan berlaku

satu hari kau pasti berjumpa seorang Ratu
yang kau akn tunduk pada nya
akibat kuasa Cinta
yang kau hina
selama ini

kau akan tahu tinggi rendahnya lagi dunia

aku bukan mahu marah

tapi tolong

sedikit hormat sama rasa ini

kita betul2 seperti tidak pernah kenal

jangan bagi aku malu untuk sekali...

p/s: ini hubungan yang tiada arah tapi aku tidak pernah meminta untuk di sakitkan hati yang ada

Monday, July 2, 2012

mengapa?



mengapa tangan kau lepaskan setelah hati ku kau tawan....

p/s: kita sudah berjanji untuk bole pergi tanpa dipaksa atau di tahan...

Sunday, July 1, 2012

tidak apa




tidak apa
sesiapa pun tidak bersalah
mungkin aku yang perlu meminta maaf
kerana ini soal hati
mana bole di paksa
mana bole di pinta

tidak apa
kita jadi kawan semula
sebelum ini juga kawan bukan
mungkin manja aku buat kau terkejut
mungkin mengada aku buat kau terkesima
mungkin cara aku buat kau keliru
tapi itu memang aku

aku memang suka di manja
dimana saja
aku memang suka
mengusik ke mana saja

itu feel aku
memang susah nak ubah

tidak mengapa

berhenti mohon maaf

kita jadi teman tapi mesra

aku selesa

kau buat aku macam ada kembar

kau buat aku macam ada abang

kau buat aku gembira
ketawa
gila
dan
miang

aku selalu doa kau akan lebih bahagia

p/s: arjuna puteri terlalu asik memohon maaf..kalau kau dekat aku seperti mahu dakap kau dan cakap...berhentilah mohon maaf

Friday, June 29, 2012

lepaskan ARJUNA PUTERI


sudah
aku sudah melepaskan

semalam aku berjumpa seseorang
aku gelarkan arjuna puteri
dia seorang yang terlalu baik
jujurnya
kalau aku puteri
aku akan jatuh hati
ia bukan kepada suka
tapi seseorang yang memahami
pandai mengambil hati
dan sempurna

dia seorang calon yang berwibawa
andai arjuna hati itu tempat aku mahu bercinta
tapi
arjuna puteri ini
tempat aku mahu bersandar
menjadi yang halal
untuk di lakukan segala
dia arjuna puteri yang istimewa

sekarang aku bukan mahu cerita tentang hati yang aku telah jatuh
aku mahu kata
aku melepaskan dia
pada yang layak sahaja
sungguh
aku bukan untuk dia
terlalu byk jauh bezanya
cuma dia memang terlalu baik untuk terluka

atau mungkin dia tidak layak untuk kecewa

jujurnya aku juwita ini bukan untuknya

kalau di kira dengan jemari

kebaikkan aku terlalu sedikit untuk di hitung

semuga sejahtera arjuna puteri

memang ada getaran di hati

cuma juwita fahami

yang KITA itu tidak ada
dan tidak akan wujud

yang akan kenal nanti arjuna puteri dan juwita sahaja

juwita doakan muga sejahtera sentiasa...


p/s: ini bukan cinta ini rasa yang paling dalam untuk di teroka,kalau di beri peluang dia bukan tempat untuk bercinta,tapi dia tempat untuk AKU TERIMA NIKAHNYA...

Wednesday, June 27, 2012

cantik


mungkin ini baru dunia
hanya yang cantik akan di angkat
di sayang
di cium
dan di tatang

yang tidak cantik
akan di angkat
dan di letakkan di tepi

kalau yang gemuk akan di seret
ke suatu sudut
dibiarkan lama

aku mahu tanya
siapa mahu di lahirkan hodoh?
siapa mahu di lahirkan gemuk?
siapa mahu di lahirkan pendek?
siapa mahu di lahirkan hitam?
kau mahu?
seperti di celakan kan manusia
kemudian di kata

'dunia ini kita pandang hati bukan pandang rupa'
aku mahu cakap itu celaka namanya
kau pasti?
kau juga mahu yang cantik
kau juga mahu yang kacak
kau juga mahu yang jelita
kau juga mahu yang perkasa

mana ada mahu yang hodoh untuk disimpan
itu bohong

aku sudah serik

yang cantik juga kadangkala bangsat

habis semua dia mahu

kalau tidak mahu jelaskan
jangan kau bikin dia tersimpan perasaan

memang kau tak salah
tapi dia perlu penjelasan
mudah
jelaskan kedudukan sebenar

kalau kau mahu orang
kau panggil
kalau tak mahu
kau baling?

argh
tapi kalau yang cantik buat begitu
di kata tidak apa
cuma yang gemuk buat begitu?
mahu berbakul bangsatnya

kalau yang putih tolak cinta di kata tiada jodoh akhirnya
kalau yang tolak itu hitam kilat pula
di kata tak cermin muka

sudahla
semua sama

mahu simpan yang cantik
yang jelita
yang kacak
yang perkasa

jadi yang selebihnya

hanya terperosok sahaja

tak payah kau berikan semangat pada yang tidak menawan itu

sebb kau puas
kau sudah menang selangkah darinya

aku mahu cakap

aku baru sedar

hanya yang CANTIK layak terima perhatian
bukan yang gemuk hodoh macam yang lain....

sakitkan??
aku lagi terasa

p/s: kasihan kawan itu