Monday, April 29, 2013

mencari kau dalam kau

ayuh
mari mencari
kau dalam kau
aku mahu
jujur
ini perkenan hati
aku mau bantu kau
sekali
sekejap
atau apa sahaja
mau bantu kau
cari kau dalam kau
aku mahu kau rasa apa itu bahagia
aku mahu kau rasa erti hidup
mungkin aku bukan sempurna
tapi aku mahu kau tahu
apa hidup ini

aku sedang menanti
tidak jauh

*untuk pertama kali aku sedang mengiyakan rasa ini

Thursday, April 18, 2013

pemuja cinta

bagaimana harus ku khabarkan
rasa dalam hati
yang sedang menghenyak jiwa ku ini
betapa aku sedang rindu
betapa aku sedang mahu
hanya hidup untukmu

sayang
aku sedang rindu akanmu
tiap-tiap nafas
mula mengigati dirimu

ntah mengapa
aku mohon
kita jadi macam dulu
4 tahun yang lalu
sungguh aku rindu

aku doa
agar kau akan hadir di sini
untuk sekejap sudah memadai
aku sedang rindu akan mu
jujurnya amat

sayang
jaga diri
tolonglah
ini rayuan dari dalam hati
aku tak sanggup kau di kenakan apa-apa
walau sekali

tolonglah
jujurnya hati ini tidak tenang

selamat menjaga diri D


P/S: mohon jaga diri, aku sedang risau akan mu....teramat...

Wednesday, April 17, 2013

rindu

maaf
kali ini aku kalah
aku sedang amat rindu kau
kenapa?
aku sudah mahu pergi
kau masih datang menagih di hati
sayang
aku rindu kau
semakin rindu
semakin sayang
semoga kau tabah sayang
semoga kau kuat
semoga hari-hari kau
kau penuh ketabahan
kita tinggal 5 tahun saja lagi
5 tahun sahaja
selamat bertemu nanti
pemuja cinta
yang aku sayang dan rindu akan kau
hingga hujung nafas




p/s: salam penuh kerinduan pencintamu

Tuesday, April 16, 2013

kehadapan bonda

kehadapan bonda
 maaf
kali ini
bagilah sekali anakmu berbicara
entah mengapa
 anakmu yang kedua ini sedang 'mati'
 bonda maaf
 andai aku
 tidak mampu untuk mengembirakanmu
aku sedang 'mati' bonda
aku akan pergi
aku mohon maaf
 siapa yang tidak sayang akan mu bonda?

siapa yang tidak sayang akan adik2nya
 akan kakaknya?
bonda
andai kau mampu selami satu-satunya rasa anakmu
yang kedua ini
mungkin
 baru kau tahu betapa dia amat kasih
pada bonda
pada ayahnya
pada kakak dan
adik-adiknya
bonda maaf aku akan pergi
aku harus pergi bonda
hilangkan aku dari hatimu
doakan aku selamat bonda
 aku akan kembali nanti
 ya aku akan kembali
satu hari nanti bonda
akan aku temani ayahda hingga akhir nafas
 akan ku temani kalian berdua
mungkin benar

aku adalah anakmu
yang merajuk hatinya hingga detik dan saat ini

 maaf bonda
 maaf
 mohon di halalkan
segala apa yang terlebih
 dan terkurang

 ayahda
muga panjang umur
dan bahagia anakmu ini terlalu sayang pd ayahda
 tapi keadaan sedang memaksa untuk anakmu ini pergi

 buat pekongsi rahim percayalah
adikmu dan kakakmu ini
sedang mencari sesuatu yang miliknya telah hilang untuk di cari atau di hidupkan kembali


 p/s: kita akan bersama semula nanti