Thursday, May 30, 2013

celaka sama

celaka
rasa ini masih sama
puas di tolak
di tarik
di benam
rasa masih sama
rindu
selaut
setinggi gunung
seperti mahu cakap
sayang ,ayuh kita nikah

sayang ayuh kita gempur apa yang mendatang
apa mahu ditakut
kita sudah berdua
bukan janji TUHAN
kalau berdua
rezeki lebih murah

argh
aku bukan sempurna
banyak sisi
busuk hanyir aku
cuma kau belum bau
banyak sisi
sompek patah aku
cuma kau belum rasa

dan celaka masih sama

kita masih tunggu masa

putuskan untuk kita

itu sangat CELAKA
sebb kita tak percaya janji TUHAN untuk kita



kasih dan sayang

entah apa
kita menjadi begini
kita ikatkan
tanpa sebarang tali
tapi di hati
seperti tahu
adakah ini sebenarnya permintaan seni?

sayang
hati sudah terisi
tapi
puas bertanya
adakah ini syanag yang di impi
adakah ini sayang yang mahu kekal sampai mati
adakah ini sayang yang mahu penuhi raga suci

beginilah
kerana kasih dan sayang ini terlalu sukar di ungkai di cerna
baiklah
kita jangan seiring
tapi kita harus untuk dengar
faham
dan cernakan
esok-esok
kita mungkin akan lebih lagi

tapi
hubungan ini sukar di fahami

KITA