Thursday, December 4, 2014

bintang hati

hai bintang

kenapa sekadar merenung

kau tidak rindu aku?

kau tidak sayang aku?

kau bilang aku larikan diri dari kau

tapi mengapa tidak cari?

kau di atas

sekadar perhati

kau ingat aku boleh mengerti?

kau tahu bukan

kau selalu di hati

sebenarnya

aku sudah lama tidak perhatikan akan engkau

kenangan kau sudah menyeksa aku

dari hari pertama kau pulang

cuma hari ini

aku rindu untuk dengar suara engkau

kalau boleh

aku rayu

untuk sekali

tolonglah kembali

kembali pada keadaan

yang di mana ingatan aku terhadap kau punah

sebenarnya aku mahu engkau dakap aku sekarang...


p/s:bintang hati sebenarnya aku sudah gantikan engkau sama matahari,dia ada setiap hari cumanya...





tawar

kau bilang mahu nanti

kau bilang mahu tunggu

aku sedang ubat hati

semalam kau beri penawar baru

aku bilang rindu

kau sepertii tak tahu

yang aku ini perempuan yang mudah layu

sekurangnya

kalau kau sibuk

dulu aku tahu

sekarang kau membisu

aku cuma mahu bisik

kau sudah tawar sama aku?

bagaimana mahu tempuh 40 tahun

kalau yang 4 bulan sudah jemu


kau rindu aku?

atau rindu kau sudah tawar buat aku?

p/s: seronok buat aku seperti dungu?