Wednesday, April 30, 2014

rindu

entah apa merasuk fikiran
aku rindu kau
tiap tawa
tiap senyum
aku masih akui
senyuman kau paling manis
tawa kau paling cantik

untuk setiap bau dan degup
aku mahu pilih
bau harum tubuh kau
dengar degup jantung engkau

untuk hangat yang dipilih
aku hanya mahu hangat tubuh engkau
yang mendakap aku erat
tatkala aku perlukan engaku tiap saat

entah

aku tahu

aku sedang rindu

engkau bukan sudah separuh

engaku bukan lagi suku

tapi

jujur

rindu akan engkau

terus menggebu

maaf buat isteri engkau...

p/s:saat yang paling aku kalah,aku harus akur,ini bukan kisah cinta yang harus aku tuju

Tuesday, April 15, 2014

kita

entah apalah kita

memang tidak pernah letak harga

bila Tuhan beri nikmat dunia

mulanya kau bilang

yang kau akan terima seadanya

tapi kau mahu aku lebih sempurna

kau kata kebaikkan semata

aku berubah

kau cerca

kau kata kenapa sebab cinta aku jadi lupa

tapi mulanya tadi kau kata

yang kau akan terima seadanya

mana keadaan seadanya?

dan bilang datang bahagian kau

mulalah

kau bilang aku ni yang manusia hilang syukur untuk

terima apa ada kau


p/s: aku sudah hari-hari mati tika kau bilang aku harus ubah diri aku,mahu apa lagi bangsat????




Sunday, April 13, 2014

pergi

pergi saja

sudah tinggalkan aku sendiri

kalau aku lemas

kau jangan berhenti

aku tidak mahu

walau sepicing perhatian

aku tahu

Tuhan masih ada untuk aku


Sunday, April 6, 2014

pilihan

beginilah

saya sudah mahu buat keputusan bonda

nanti,

kalau mana2 bonda berkenan

mahu di menantukan

bilang sama saya

saya terima

abah

nanti angah mahu beri abah teman

untuk berbual-bual

saya sudah penat mahu berkenalan kemudian berpisah

jadi pilihan bonda dan abah

saya kira pilihan yang harus saya terima

jadi kita kira saya setuju ya!

p/s: untuk setiap nafas yang terkudratkan berhembus ini bonda dan abah,saya setuju untuk pilihan kalian

bukan cinta selepas pernikahan lebih bahagia bukan :)