Thursday, September 5, 2013

beginilah

segalanya hampir tamat
bukan aku
bukan kau
tapi kita
aku tidak menolak rasa
atau apa sahaja
tapi aku tidak bole berjalan tanpa sebarang rasa
kalaupun aku buta
berilah aku tongkat untuk meraba-raba
untuk dipimpin aku tidak tersungkur derita

kalau aku pekak
berilah aku isyarat
Agar aku mampu ikut setiap arahan

tapi beginilah

aku yang hentikan

kalau aku MATI

biar aku sendiri

kau?

aku sudah tidak mahu tahu apa lagi

pergi cari bahagia kau sendiri

p/s: aku tak mahu tahu

status

ini aku mahu pesan
pesanan dari seorang kakak kepada dik
seorang adik kepada abang
seorang kawan kepada kawan
seorang kekasih kepada bekas kekasih
seorang yang pernah menyayang menjadi tawar

nanti kalau kau berkasih

jangan semudah


dulu kau bilang pernah cuba sayang

kemudian

kau kata dia hanya sekadar kawan

kemudian kau kata

kau sedang mencuba sayang

dan kau lukakan lagi

kau kata dia hanya sekadar kakak yang di angkat di mata kau

satu soalan?

pernah kau dalami isi hati dia?
siapa dia?

ada dua persoalan...

dia celaka mengenal kau

atau kau celaka mengenal dia

kau menyesal?

andai aku menjadi kau

aku merasa PUAS

kau berjaya hancurkan hati dia


disaat dia mahu mengangkat kau menjadi lebih bahagia dari rasa yang dia ada

cuma satu

kau pasti akan jumpa

apa dia rasa

cuma saat itu ada tiga

dia dapat rasa luka kau

dia dapat lihat kau berduka

atau dia hanya mendapat lihat kesan dari peninggalan dia

satu pesan aku

kalau mahu CELAKA

pilih untuk seorang!


p/s: ini sekadar pesanan...terasa? hati kau sedang SAKIT!



siapa?


nakhoda mencari arah
entah di mana
dipilih karam atau menyerah
ribut sudah semakin genas
memakan tiap2 apa yang dibawa
di lautan luas
tercampak
2 nyawa
yang dimana
hanya satu akan mampu untuk terus hidup
dan satu lagi akan bekorban untuk menghidupkan yang akan selamat
penghujungnya
pencarian
jumpa atau putus asa

jadi sekarang

harus ada pilihan
yang hidup
harus tidak mampu putus asa
harus kuat menongkah badai

jadi pilihan mudah

memilih diri

atau mati

p/s: menghidupkan hati dan mematikan hati ringkas tapi padat nya menusuk jiwa

rata

hati sudah tak serata
serata mana
kalau asyik ditampal
di carik
sampai bila mahu rata

sudah puas merobek hati?

p/s: tidak pernah aku meletakkan silap di bahu sesiapa


PARAH




untuk kesekian kaliia semakin parah
aku sudah semakin pasrah
sekuat mana aku lari
sejauh mana aku pergi
segalanya seakan pergi

apa yang aku mahukan?
untuk aku menanti
sudah tiada apa yang tertinggal

selamat bahagia
kau juga

akhirnya meninggalkan aku

jujurnya aku sendiri keliru

entah apa

aku mengalah

mulanya aku mahu bertahan

tetapi untuk mengigatkan tiap-tiap saat yang kau begitu merindui dia

siapa aku mahu menolak rasa yang bukan untukku

selamat berbahagia

aku juga harus pergi

kau akan lebih bahagia

dan aku bukan orangnya


p/s: untuk kali ini parah ini membuatkan hati mati


TUHAN



kita sudah jauh
lupa
yang Tuhan itu
wujudnya
mula dalam Hati
kalau hati sudah ragu
mana hidup kau mahu betul

kemudian
kita marah
kita kata
Tuhan tu tak adil
bagi aku bermacam rasa
asyik di hujankan dunia
tapi bila beri Pelangi
syukur kau mana?

pandai kau
bila dapat bahagia
kau tak kata
bila dapat ujian
kau kata ini bala semata

aku mahu nanya
kau sujud
kau pasti Tuhan dalam hati kau?
atau kau fikir apa Tuhan bagi nanti?
banyak mana kau doa
banyak mana kau mahu
pernah sama?

kalau Tuhan bukan maha Penyayang
kau sudah lama mati
tapi namaNYA
MAHA PENYAYANG
MAHA MENGASIHANI
MAHA PEMURAH
MAHA PENGAMPUN

diberi kau nayawa
nafas dan udara
supaya nanti kau sedar
bangkit nanti

kau hidup kerana CINTA TUHAN



p/s: untuk kehidupan setiap hari TUHAN itu MAHA PEMBERI

HujanMerah