Saturday, April 25, 2015

Hujan

Ini rasa damai
Titisan hujan membasahi bumi
Bau an tanah yang menyegarkan
Ini rasa tenang
Aku mahu ini kekal
Biar di sorok perit di hati
Gelisah yang mengigit jiwa
Hati bukan sedang hujan
Gelora semakin merisaukan
Sudah
Semua mahu dijagakan
Semua mahu di tenangkan
Dalam hati yang paling dalam
Semuanya sudah hilang
Hujan sudah berhenti renyainya
Tapi basahnya masih belum kering
Panas yang mengeringkan daun yang gugur
Masih tidak mengeringkan kuyup di hati yang sepi....

Tuesday, April 21, 2015

Sunyi

Untuk kali yang Entah berapa ratus ribu Kali
Aku jatuh lagi
Perit
Luka
Yang tertusuk duri
Masih lagi berdarah
Kini di tusuk sembilu lagi
Aku hanya mahu pergi
Cukuplah Aku yang merasa
Perit yang Aku lalu ini
Sendiri.....

sesak

nafas makin sesak
sebulan aku lari
kenali diri
dan dia pula merapati

apa lelaki memang begini
di ambil di sayang bila suka
di lempar di buang bila duka

entah
sesekali aku mahu tenung
dan Tanya
apa masih tidak puas mensampahkan aku?

apa masih tidak puas meletakkan dan memijak aku?

hakikatnya aku keliru
tiap kali aku teringat
akan kata-kata yang menghiris hati
aku seperti tidak mahu kembali

entah apa yang harus aku lakukan
kali ini aku betul terkesan
berada di persimpangan

Tuhan
apa yang harus aku buat...