Friday, November 27, 2015

Mencari

Sudah
Habis dikumbah
Habis diangkat
Habis dikitai

Entah apa yang di cari
Perempuan itu menggogoi sepi
Dalamannya sedang tsunami
Jiwanya sedang taufan
Masa kian suntuk
Apa yang di cari tak di jumpai lagi

Mampos!
Apa mahu hadap
Bagaimana mahu cerita
Ini perkara utama
Ini pokoknya
Kalau tidak
Dia tidak mahu merantau sejauh ini

Perempuan itu berhenti mencari
Menangisi
Yang hatinya tiada di bilik itu
Yang hatinya sudah diberi
Pada lelaki yang tak patut dia beri
Pada lelaki
Yang telah di miliki

Dan bila tiba lelaki itu meletakkan perempuan itu
Hanya tempat untuk menari dan beraksi
Dia sudah mati
Sekali lagi