Tuesday, October 29, 2013

merah

masih ingat?
bajumu yang merah?
tudungku yang merah?
kurungku yang merah?

masih ingta?

hari terakhir kita jumpa?

hari terakhir aku tatap mata kau

aku kalah

apa serapah yang kau amal

aku gagal tentang mata kau

masih ingat?

kau bilang sayang?

kau bilang rindu??

sekarang kau hilang

aku malas mahu tersedu

apa kalau kau hilang aku mati dulu?

tak

janji aku

aku tak mati

aku mahu mati di riba kau

aku mahu jadi milik kau

walau merah jadi biru

alam jadi palsu

aku hanya mahu

panas dakap peluk kau

itu saja


p/s: aku benci merindu kau separuh mati



Thursday, October 24, 2013

perempuan sial

aku mengaku

aku sedang kearah itu

argh persetankan

asik aku yang menjaga

asik aku yang beralah

kemudian dikata

dihina

dikeji

pergi mampos!

aku tak hadap untuk dengar segala puji maki kau

dan aku pun ada TUHAN

kalau kau boleh mintak dengan TUHAN KAU

apa TUHAN tak terima doa dari perempuan sial macam aku???

nasib baik kau BUKAN TUHAN

sebab TUHAN tahu

semua hamba dia PENDOSA

bukan kau

yang angkat diri ke SYURGA

p/s: sudah sudah lah, sial aku tak menjangkit pada kau! sedikit pun tidak!



perempuan jalang

jadi
sekarang
kau mahu jalangkan aku?

sebelum kau menjalangkan aku

mudah

aku ada satu persoalan

siapa mengajar aku menjadi jalang?
kalau bukan kau??

p/s: sinikal? aku? kau boleh berambus!



Wednesday, October 23, 2013

kata putus

aku sudah putuskan

aku mahu simpan segala sayang, rindu dan kasih kau

dan kau tak perlu tanya kenapa

aku sudah penat

aku mahu simpan ini saja

tiap-tiap apa yang kau tinggalkan

aku boleh hidup untuk yang tertinggal ini

dan kau boleh pergi

aku tidak pernah menghalang

p/s: apa mahu di 'IKAT' hak orang


peram

sudah habis
masa untuk kau luah

sudah tamat
masa untuk aku pesan

sudah tiba
aku mahu peram

ini hak aku

sudah lah

penat asik aku memberi hak pada orang

kali ini aku mahu peram

biar aku peram rindu ini

biar aku peram rasa ini

biar aku peram perit ini

biar aku peram sakit ini

biar aku saja peram

kau tidak perlu tahu


dan kau tak usah tahu

aku mahu peram sendiri

p/s: apa mahu kau dulik?


Tuesday, October 22, 2013

mungil

semalam
kau bisik
sayang
bibirmu mungil

boleh aku kucup?

aku tunduk

masakan mahu angguk

di soal tentang kucup

jantung seakan mahu gugur dari tangkai

semalam

kau bisik

sayang

tiap-tiap hari tak perlu buat kopi dengan susu

bibirmu sudah terlalu manis

untuk aku tidak kucup walau hanya sehari

p/s: aku rindu



kehadapan kekasih

kehadapan kekasih
hari ini
nyawa seakan terhenti
aku sedang memikir tentang kita
ntah aku ini hamba paling tidak syukur
Tuhan bagi nikmat
aku mencari lagi sejuta impian

kekasih
aku tidak tahu
ini cinta atau nafsu
aku cuma mahu kamu

di saat malam yang dingin
aku mahu dakap kau

di saat malam yang tenang aku hanya mahu kucup kau

di malam yang sinis
aku cuma mahu baring di lengan kau

di malam yang gigil
aku mahu haba panas tubuh kau

kekasih
apa yang aku sedang lakukan?

aku cuma mahu tiap-tiap kau jadi milik aku
aku cuma mahu rasa ini sebenarnya wujud

aku mahu kita ini bukan 'iblis'

apa mungkin aku teruskan????

melukakan hati yang dulu aku janji

tidak akan aku sompekkan

hanya untuk satu pelukan kejap di tubuh ini???

aku tidak tahu

kau ini cinta atau nafsu aku yang menular dari hari ke hari

ke hadapan kekasih

aku tidak tahu ini apa

segeralah pergi aku tidak mahu melukakan hati yang tidak berfungsi ini



p/s: aku mahu lepaskan cuma 'ikatan' ini terlalu ketat

Wednesday, October 2, 2013

tarik

masih teringat
di saat kau tarik segala perhatian
yang ada
kau bisik
kita sedang membina kita
disaat kau bisik
yang aku sedang menggapai cinta
entah apa
aku sedang asik melihat kita
entah
kita sedang tertarik
di antara sesama kita
entah apa yang menarik
kita tidak tahu
ada satu kuasa menarik
segala rasa
sayang
semuga nanti impian kita selari

semuga ini jodoh kita...


terima kasih

terima kasih
untuk rasa di hati ini
untuk empat hari
rasa yang menggigit hati
ingatkan hati sudah mati
tapi masih di intai oleh seorang lelaki

terima kasih untuk lautan kasih
dan sayang

selamat hadir

SA101