Friday, June 12, 2015

LUMAT

sudah kau hiris
kemudian hancurkan
lumat
hati sudah lumat
tapi masih kau berharap
di tiupkan roh
agar aku bernyawa semula

apa kau maish belum puas/
menghina tiap2 inci badan yang pernah kau seksa?
apa kau masih belum terkesan yang matiku sengsara

apa hirisan di tiap tiap tubuh yang kau lakukan
sudah membuat jasad tidak mampu bergerak

sudalah
sudahlah
tolonglah
berhenti

untuk kali ini

aku mohon

biar dia menjahit aku
biar makin berdarah
biar makin parah
sekurangnya
dia masih mahu berada
di sisi aku yang hanyir dan hina

dan engkau?

cukuplah

aku tidak mahu melihat mendengar apatah lagi bercakap mengenai engkau

p/s : Tuhan campakkan cinta di dalam hatiku buat dia bakal suamiku...



Monday, June 1, 2015

serpihan

serpihan yang berselerakkan

ku kutip satu persatu

ku himpunkan

biar tiba waktu

aku persembahkan

untuk tatapan

yang walaupun berderai

aku masih gagah berdiri

walaupun tersompek

aku masih mampu berlari

dan walaupun serpihan

ia jauh tercampak dari mimpi