kadang-kadang
aku cuma mahu
aku di pegang
erat
rapat
mesra
biar aku rasa tiap haba dari tubuh engkau
biar aku rasa kekar tangan engkau
biar aku rasa selamat di bahu engkau
sebab itu
aku mahu kau pegang
kadang-kadang
aku teringin
mahu lihat
selama engaku pegang
apa engkau luka akan hati
selama kau pegang hati aku
sejauh mana kau boleh tahan dari ramas dan tukar genggam
aku tahu
penat mahu pegang
cuma kenapa sebentar cuma
apa ramas dan tukar genggam lebih enak?
apa yang cuma aku seorang harus kutip hati dan jiwa yang engkau ramas dengan geram?
tidak kasihan?
maksudku kadang-kadang engkau tidak kasihan?
usah kau kutip aku , aku sudah terlalu hanyir untuk di simpan , apa lagi untuk di dakap oleh tangan suci engkau...
Tuesday, June 3, 2014
hikmah
sudah tertulis
habis hilang semua segala yang aku ingin
yang aku sayang
dari sekecil harta
sehingga wang tunai dan buku kesayangan
sekelip mata hilang
aku cuba mencari hikmah
kalau-kalau aku tak terperasankannya
bukan
aku bukan mahu kata Tuhan kejam
jujurnya terima kasih
aku masih Tuhan perhatikan
cumanya
kadang-kadang
aku makin takut sendiri
p/s: entah apa lagi mahu di kesalkan,juwita sedang mengutip mengumpul segala yang hilang...Tuhan ada kan...selalu..dan sentiasa....
Subscribe to:
Posts (Atom)