Sunday, May 8, 2011

susah senang

dulu
mak
nak makan
mak sediakan
mak
nak baju
mak belikan
mak
sakit la jatuh
mak ubatkan
mak
haus
mak buatkan air
mak
panas
mak letak kipas
mak
penat
mak urutkan


bila dah besar dan dah ada bf atau anak anak kata LELAKI/PEREMPUAN yang memahami dan mak mintk tolong

kakak
tolong masakkan mak teringin nak makan lauk yang kakak masak
dengan selamber kakak jawab
kakak penat la mak mak masak sendiri lah
mak senyum jer

adik
mak penat la haus
tolong buatkan air dan urut mak
adik jawab dengan garang
ambik la sendiri dah x der kaki?
orang pun penat gak
mak senyum lagi

abang
tolong mak bukak kan kipas
panas la
abang jawab,mak ni jangan susahkan orang bole tak
suara tinggi tahap dinding bole jatuh
tapi mak
diam jer dan senyum

bila dah kena tinggal dengan bf/gf

mak
kakak kecewa
apa salah kakak

mak
adik terluka
apa silap adik

mak
abang sangat sengsara
abang bukan yang sempurna

dan mak
masih lagi setia
mendengar tanpa letih
jemu atau apa2

tapi

KAU,KAU,KAU,KAU bagi aku anak yang bangsat
apa kau buat???

ada kau peluk cium ibu kau?
hari2?
hey anak bangsat
dia ibu yang tukar lampain kencing berak kau masa kau kecil

ada kau tanya khabar seminggu sekali?
hey anak BERTUAH
dia bagi kau pinjam
perut dia,salur darah dia
dan segalanya
masa kau dalam kandungan
ada kau hargai

ada kau rindu ibu kau seperti kau rindu lelaki/perempuan yang haprak yang kau kata cinta mati?
hey anak hina
dia ibu kau yang sanggup mati sebb kau
yang x makan kerana kau
yang tak tidur kerana kau

tapi kau?
kau balas dengan makian!
suara tinggi macam tarzan!
kau balas dengan hinaan!

kau ank bangsat yang tak pernah syukur!
kau tahu jerit perih dia?

WANITA yang lahirkan kau???

walaupun dia sehina2 wanita dan kau bukan anak HALAL
tapi kau juga tak wajar jadi bangsat

kau kena ingat DIA TEMPAT KAU MENGADU apa saja wahai anak tidak kenang budi


p/s: maaf tulisan ini terlalu emo..aku marah dekat mereka yang hanya tahu cakap2 tentag hari ibu atau sayang ibu mereka tapi fikiran,cara seperti aku wajar cakap 'kau patut aku bunuh waktu kecil kerana kau x layak untuk hidup bila x mampu akui dia ibu kau'

selamat hari ibu buat semua

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...