aku bukan pungguk
untuk merindu kau yang di sana
aku bukan pungguk
untuk menanti kau setiap masa
aku bukan pungguk
untuk mencintai kau tiap ketika
aku bukan pungguk
untuk lihat kau jauh dari mata
aku bukan pungguk
untuk saja tenung kau
dan
kau bukan bulan
untuk aku nantikan
untuk aku cintai
kau belum lagi
satu saja aku tidak mahu kau jadi bulan
aku tidak mahu jadi pungguk
tapi aku mahu kita
kita yang belum ada
aku mahu adakan
aku mahu kau pemilik tulang itu
dan aku tulang yang telah hilang
p/s:1 muharam,ulang tahun kelahiran ku dalam bulan islam...aku berdoa agar ia yang terbaik dari sebelum....muga kau juga sentiasa....
janji TUHAN sentiasa ada....
No comments:
Post a Comment
catitan buat juwita...