ini pesanan
dari dia
pekongsi rahim
yang dulunya tempat aku bercakaran dan bermanja
sekejap dunia dah berubah
aku bukan lagi adik kecil yang di kesat hingus dan di ikat rambut
dia juga bukan lagi anak kecil yang harus menjaga aku hingga aku jadi baik
tapi dia tetap yang pertama
pengisi perut bonda
pengikat rasa cinta abah dan bonda
dan bukti cinta utama
malam tadi
aku bercerita
dunia ini kejam
sudah bencikan aku
aku takut hadapi dunia
yang jujurnya celaka lebih banyak dari gembira
dan aku kata
yang aku ini sudah tiada keyakiann untuk jumpa yang celaka
takut nanti asyik di hina
hingga aku mengeji ciptaan yang ESA
maka dia keluar denagn satu cerita
katanya persetankan kata2 yang membangsat semata
jadikan kamu paling indah di mata dunia
biarkan mereka meludah tanpa henti
mengherdik sesuka hati
tapi
kau ada satu kuasa
yang kau lupa hakikatnya
iaitu ILMU yang di pinjamkan sementara
yang abah dan bonda hantar belajar tinggi
supaya kau lebih bijak berdiri
dan mampu berlari sesuka hati
dari mereka mereka yang cantik luarannya
tapi kosong fikirannya
dan aku terpana
kiranya aku ini tidak hargai pinjaman TUHAN yang sementara
maka aku yakin
aku juga mampu menjadi INDAH
dengan menghargai setitis ilmu TUHAN yang ada
yang jujrnya ilmu TUHAN ini
andai di tulis dengan air laut dari seluruh dunia
untuk di jadikan dakwat
nascaya tak tercukup
maka aku akui
mengapa abah dan bonda menghantar aku belajar tanpa henti
dan akan aku hargai dan menjadi yakin serta tidak akan menghina diri
terima kasih buat kau pekongsi rahim
kau buka minda aku berfikir denagn lebih matang lagi
p/s: ini dia perbualan dari jiwa yang terbit dari kasih sayang pekongsi rahim bonda
No comments:
Post a Comment
catitan buat juwita...