aku tidak tahu
bila
bagaimana
dan di mana
segalanya bermula
aku mula terfikr akannya
jujurnya aku tidak mahu menanguk di air keruh
bukankah mencintai sesuatu yang bukan milik
ibarat membakar diri dalam sepi
aku tidak tahu
bila segalanya bermula
kerinduan seperti permainan biasa
sedangkan telah ku khabar kan pada jiwa jiwa
yang lara itu ada di mana saja
semakin resah
semakin dekat kerinduan
pernah aku terfikir
mengapa tidak impikan cinta lagi
selepas kecewa andai kita mampu impikan pelangi selepas hujan
jujurnya aku tiada sebarang jawapan
dan aku tidak akan merampas
bukankah kegembiraan di atas kesakitan insan lain
umpama membunuh jiwa yang telah usang
jujurnya aku tidak mahu
dan resah semakin menjadi
rindu semakin hampiri
dan
aku terperosok sepi
di lembah penuh kehitaman ini
p/s: aku mohon ada tangan yang mampu menarik aku kembali
No comments:
Post a Comment
catitan buat juwita...