Thursday, April 12, 2012

suara


sudah terlalu penat
kita menanti suara
yang menyedarkan
bangkitlah sayang
bangkitlah teman
bangkitlah anak
bangkitlah jiwa
kau harus bangkit dari tidor yang panjang
usah kau bermimpi
tentag semalam
tentag akan datang
hadapi detik ini
kali ini
dengan jiwa yang ada
usah kau cerita
hanya kau yang terluka
hanya kau yang derita
hanya kau yang putus asa
jujurnya
ramai lagi kecewa
ramai lagi yang susah rasanya
kau di uji sedikit
tapi kau mengungkit berlebih

mana suara yang kau nantikan?

atau kau tidak perasan kerna ia terlalu perlahan

hidayah itu yang perlu di cari kerana teman hidup telah di atur sejak azali teman...

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...