Saturday, June 16, 2012

milik dan memiliki




aku tidak tahu
apa yang sedang berlaku
aku di takluk mengguna hati
dia semakin mampir
dan aku semakin keliru
dalam berapa detik
dia menjadi sgt agung
aku mula risau
hati berdebar
apa ini CINTA?
bukan aku tidak percaya
pengalaman aku lebih banyak mengelirukan jiwa
entah

aku terdiam
antara lalu dan sekarang
aku berada di persimpangan kenangan

dia hadir tanpa di duga
seperti semalam aku melepaskan majnun
dan kini aku berjumpa qaish yang baru
sayangnya
dia sudah dimiliki jua
jadi apa makna yang sedang aku buat
keluar berdua
tanpa sebarang hala tuju yang ada
cerita tentang dunia
duduk berbual kosong merata

jadi aku mula risau
hati semakin debar
dia semakin rapat
hari2 kami berjumpa
sedangkan boleh dikira
hubungan ini baru berapa hari sahaja

aku sudah mula takut

aku memang tak pernah berubah

berfikir perkara yang belum ada

p/s:siapa aku di hatimu?

2 comments:

  1. aku mampir disini lagi teman..

    semua nya satu permulaan teman..buka hati dan dengar suara paling kecil yang tak pernah kau hiraukan..bukan suara jahat tapi suara hatimu pasti ada jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah suara itu yang terbaik? aku sudah terlalu takut...

      Delete

catitan buat juwita...