Tuesday, August 21, 2012

kehadapan bonda

bonda
jari di susun
tangan dihulur
maaf dipinta
juwita masih sama
tersangat lah degil
dan tidak mendengar kata
mudah menarik muka
sukar untuk membuka hati berkata ya

bonda
anakmu
juwita masih sama
tidak mahu mengaku kalah
walau sedtik
walau sepicing
di biarkan dosa menggunung
kemudian
mulalah merasa berdosa

bonda
tulisan ini takkan di baca
mana mahu di baca
tulisan aku yang caca merba
yang hanya sesuai di jilat oleh mata mata sadis
yang hanya mampu di cium oleh penagih penagih sepi
yang kau selalu ketepikan hati

bonda
juwita masih sama
entah apa yang di rasakannya
tetap mahu kata
bonda tidak sayang sama juwita
bonda sangat sayang pada kesidang
bonda sentiasa tahu apa kesidang mahu
sedangkan juwita
bonda seperti tidak tahu
langsung
kosong

siantan
bonda juga sangat sayang pada dia
dia paling kecil
maka bonda mengiyakan segala perkara
bila juwita
bonda tidakkan sahaja
itu adil kah bonda?

bonda,
kesidang itu yang pertama
perkara biasa bila ia sangat disayang
siantan itu yang terakhir maka
perkara utama untuk di cinta setiap masa
jadi
juwita yang di tengah
mahu menagih kasih siapa?

bonda juwita jauh hati lagi
di syawal yg mulia
juwita susun jari
mohon
maaf bonda
juwita janji akan pergi


p/s: juwita sayang sama kesidang dan siantan lebih lagi pada bonda,cuma juwita kecewa juwita masih rasa bonda tidak adil dalam pembahagian kasih sayang....

Thursday, August 9, 2012

hati


kau msih terasa hati
pada dunia keji
semua seperti hina
terlalu bangsat untuk aku hitung yang baik
aku makin benci semua
semua perkara membangsat semata

aku sedang memilih juga
aku mahu menjadi cantik di mata dunia
tipu!
jangan cakap kau tidak mahu!
semua mahu cantik
kalau di pilih baju2 di kedai2 tepi jalan
kau mesti mahu yang cantik
yang paling nampak menonjol
kalau kau pilih makanan
pasti aku akan pilih
yang paling nampak sedap
paling cantik digoreng
di masak
agar terbuka selera
habis semua di pilih yang cantik

kemudian

yang kurang cantik?
yang kurang menawan?
kau hanya pandang dan kata
nanti adalah kau akan dipilih akhir2 nanti

p/s: kejam bukan....

satu

aku hanya bercakap tentang satu
satu sahaja
hulurkan sebelah tangan
mahu ku yang kanan
sebelah telinga
mahuku yang kanan
sebelah bahu
mahuku juga yang kanan

aku mahu di pinjamkan sekali
yang sebelah
sebenarnya
aku sedang rapuh
jujur Ramadhan aku seperti takut
aku takut akan mati
tapi aku msih di situ
entah apa yang aku nanti
aku masih berdiri di takut lamam
aku masih menanti di tali yang tidak pernah ada

aku sedang kabur
aku sedang takut
mereka tidak tahu
aku sedang kerikilkan hati
aku tidak mahu dengar sebarang rasa
cuma aku mohon
pinjam kan aku sebelah sahaja
aku mahu duduk sebentar cuma
jujurnya akau mahu duduk selama mana mungkin
biar akau mati di situ

tapi itu bukan tempat aku...

aku sedang takut
aku sedang rapuh
aku sedang gering
dan akan mati
dalam keadaan sadis


p/s: tampak hebat itu terpaksa rintihan hati siapa yang tahu....