sekejap
segalanya telah berlalu
seperti semalam kenal
hari ini sudah layu
sudah seperti lama kita termenung
menatap muka satu persatu
sekejap
semalam seperti tadi
bulan lalu seperti tidak lagi
aku masih rindu
perhatian kau yang tidak pernah JEMU
semalam
aku mahu tidak ada
aku mahu masa berhenti
aku mahu kau
duduk di sisi
dengar semua
apa yang aku mahu cerita
dari sebesar zarah
sehingga sudah mampu jadi isteri kau
sebenarnya aku mahu cakap
yang kau ajar aku rasa cukup
untuk setiap masa
untuk setiap segala
kekasih hati aku yang abadi ajar aku mewah
kau ajar aku rasa cukup
maka kalian harus berjumpa
maka untuk kau miliki aku
aku mohon
sekejap masa dari kau
jumpa dia kekasih jiwa raga abadi
sekejap
terima kasih
untuk semua yang ada
untuk setiap waktu yang kita guna untuk bercerita
No comments:
Post a Comment
catitan buat juwita...