Friday, June 7, 2013

tawar

entah
dimana kurangnya
aku tawar hati
aku tidak menyalahkan sesiapa
tetapi aku tawar
bila aku tidak seperti di perlukan
di tolak tarik
di tepi
tengahkan
seperti tiada hati
tiada rupa
entah
aku sudah tawar
rasa sudah hilang
yang ada cuma rasa mahu tunggu
untuk apa
untuk siapa
aku tidak tahu
kalaulah sekali
aku boleh cerita semua
tentang apa yang aku mahu kata
apa yang mahu aku cerita
kalaulah sekali
aku boleh duduk sebelah kau
dan cakap
apa yang aku rasa

aku sedang rasa tawar
kalaupun di senyum dengan semanis gula
aku masih nampak tawarnya di mana

jujur kau tidak salah
kau terlalu cepat belajar
tapi
aku merasa tidak adil
kau tidak pernah memberi peluang

salahkah
andai aku menunjuk apa yang aku rasa?
salah?
andai aku kongsi yang aku mahu cerita?

kita sedang kenal
tapi kita seperti jauh

bukankah hubungan ini adalah perkenalan
tapi seperti ada dinding besi yang tidak boleh di tembusi

kau juga masih belum kenal aku
dan aku seperti lihat hukuman untuk aku sudah ada

semuanya silap dan salah aku

kalau kau boleh lakukan perbandingan
serasa kau berapa ratus kali aku boleh lakukan perbandingan?

aku cuma tidak mahu cerita

kalaulah kau sudah rasa puas kenali aku

sudahlah

kita patut tidak menyeksa mana-mana pihak untuk rasa yang paling dungu

aku mahu kenal kau dengan lebih
tapi kau tidak berminat seperti itu

kalau dia lebih untuk kau

pergilah

aku tidak pernah menghalang

satu sahaja

jangan cakap kau tak sayang aku

jangan cerita aku kena berkongsi segala

jangan

nanti aku yang akan pergi dahulu

sebelum kau tahu sisi aku yang paling lembut sekali...

aku sungguh kecewa teramat dan sungguh was-was hari ini

mana kau?



No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...