Thursday, September 5, 2013

TUHAN



kita sudah jauh
lupa
yang Tuhan itu
wujudnya
mula dalam Hati
kalau hati sudah ragu
mana hidup kau mahu betul

kemudian
kita marah
kita kata
Tuhan tu tak adil
bagi aku bermacam rasa
asyik di hujankan dunia
tapi bila beri Pelangi
syukur kau mana?

pandai kau
bila dapat bahagia
kau tak kata
bila dapat ujian
kau kata ini bala semata

aku mahu nanya
kau sujud
kau pasti Tuhan dalam hati kau?
atau kau fikir apa Tuhan bagi nanti?
banyak mana kau doa
banyak mana kau mahu
pernah sama?

kalau Tuhan bukan maha Penyayang
kau sudah lama mati
tapi namaNYA
MAHA PENYAYANG
MAHA MENGASIHANI
MAHA PEMURAH
MAHA PENGAMPUN

diberi kau nayawa
nafas dan udara
supaya nanti kau sedar
bangkit nanti

kau hidup kerana CINTA TUHAN



p/s: untuk kehidupan setiap hari TUHAN itu MAHA PEMBERI

HujanMerah

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...