Tuesday, October 22, 2013

kehadapan kekasih

kehadapan kekasih
hari ini
nyawa seakan terhenti
aku sedang memikir tentang kita
ntah aku ini hamba paling tidak syukur
Tuhan bagi nikmat
aku mencari lagi sejuta impian

kekasih
aku tidak tahu
ini cinta atau nafsu
aku cuma mahu kamu

di saat malam yang dingin
aku mahu dakap kau

di saat malam yang tenang aku hanya mahu kucup kau

di malam yang sinis
aku cuma mahu baring di lengan kau

di malam yang gigil
aku mahu haba panas tubuh kau

kekasih
apa yang aku sedang lakukan?

aku cuma mahu tiap-tiap kau jadi milik aku
aku cuma mahu rasa ini sebenarnya wujud

aku mahu kita ini bukan 'iblis'

apa mungkin aku teruskan????

melukakan hati yang dulu aku janji

tidak akan aku sompekkan

hanya untuk satu pelukan kejap di tubuh ini???

aku tidak tahu

kau ini cinta atau nafsu aku yang menular dari hari ke hari

ke hadapan kekasih

aku tidak tahu ini apa

segeralah pergi aku tidak mahu melukakan hati yang tidak berfungsi ini



p/s: aku mahu lepaskan cuma 'ikatan' ini terlalu ketat

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...