mahu apa lagi?
sebenarnya aku sedang mahu angkat kaki
tapi ada saja mahu menahan dan berhenti
kau ini hadir sebagai apa?
aku sedang buka hati untuk terima
kemudian kau kata nanti dulu
kita belum kenal-kenal macam selalu
aku bukan mahu semua atau nikah sekali jadi satu
aku cuma mahu
kalau mahu beritahu
jangan bikin atau rasa aku tahu
sebab aku ni agak dungu
bab hati dan rasa
memang aku tak tahu
takkan mahu ia kan yang aku tahu
jadi sebenarnya apa?
kalau kau takat mahu hadir dan sakitkan hati
kau berambus sebelum aku betul-betul benci
sebab aku jenis
kalau keluarga sudah tahu
ini sudah jadi besar
tolonglah
jangan uji aku
aku sudah lemah nak berdiri
kayu yang ku sandar sudah reput dek air mata yang asik menembusi
tolonglah
kuatkan aku
untuk sekali ini...
p/s: kuatkah aku sendiri
No comments:
Post a Comment
catitan buat juwita...