Tuesday, October 28, 2014

sampah

malam tadi
aku ingat kau di sisi
jadinya aku pinjam lengan untuk bermimpi

aku rasa hangat lengan kau
jadinya aku ambil jemarimu genggam
rindu

malam tadi
aku luruhkan semua rindu
kau tahu
lama aku tunggu
saat begini
kau dan aku

saat paling bulan cemburu
bila kau dakap aku
kejap
aku rasa seperti nafas tesekat

tapi aku pendam
aku tahu kau paling rindu
cuma aku, tak mampu suarakan hasrat aku

bila aku cuba ketahap lagi satu
tahap aku mahu serah jiwa dan raga
tiba-tiba
kau ambil tangan aku
dan letakkan di dadamu

kau bilang
tak perlu
kita belum ada ikatan yang jitu
simpan dulu
aku akan tunggu
hari yang betul-betul aku boleh sentuh perawan yang kau sayang itu

saat itu
aku sudah haru
aku mahu beri sesuatu yang aku jaga dari dulu

saat dia bangkit
katanya mahu pergi
aku sudah tahu

aku hanya sampah
bilamana dia bilang berhenti disitu
dia mahu aku tunggu


p/s: sudah puas aku khabarkan...dia bilang Tuhan ada pada yang sabar..


No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...