Wednesday, November 26, 2014

kisah

ini kisah

seorang yang mahu

dirinya

di intai dan di ambil

kemudian di simpan

ini kisah

seorang

yang mahu dirinya

di angkat

diletakkan di kawasan paling dalam

tapi bukan sunyi

cuma dekat dengan daerah sepi

ini kisah

seorang perempuan

yang dia tahu

dia mahu

tapi dia tetap angkat kaki

pergi

aku tidak tahu apa perlu bisik

kau tabahlah untuk hidup

sedikit lagi

Tuhan sedang rindu akan engkau

aku tidak tahu engkau siapa

tapi aku yakin

kau manusia yang hatinya sudah retak beribu

yang serpihannya  kau sudah di cantum

cuma retak nya masih di sitU

sabarlah

parut itu untuk mengajar

yang cerita itu 'wujud'


 
 
P/S:selamat bertabah...Tuhan ada bukan :)

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...