Friday, March 6, 2015

takut

untuk setiap nafas yang di hembus

aku semkain takut

bagaimana andai

macam mana kalau

jauh mana nanti

semua bermain di fikiran

aku mahu meneruskan

cumanya aku takut

yang sisi gelap aku

yang aku tutup bersama kain gelap

kau tidak mahu lihat

apa makna berkasih

andai kau hanya lihat sisi yang terbaik

aku bukan perempuan mulia

yang boleh beri kau segala

aku perempuan yang lagi banyak dosa dari pahala

hakikatnya

aku cuma mahu kau ada

aku tidak mahu membezakan siapa dekat di hati

atau memiliki diri

cuma

sekali

lihat aku dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi

sekurangnya aku tahu

kau sayang aku

bukan sibuk melihat telefon genggam

hingga lupa kewujudan aku

dan mengaku mencintai dan mahu memiliki

p/s: sang separuh ...

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...