Saturday, September 6, 2014

kepadamu kekasih

andai tiap-tiap nafas yang di perhembuskan

aku harus letakkan nama untuk di beri nafas

aku mahu ukir nama engkau

biar Tuhan tahu selepas keluarga

aku mahu engkau menjadi keluarga aku seterusnya

biar Tuhan jadikan engkau nyata

aku bukan mahu menidakkan taqdir

apalah aku

hamba yang lemah lagi hina mampu laku

selain terima dan patuh

yang dunia ini

bukan untuk aku rakus

untuk sedut setiap cinta yang aku mahu

cuma sebenarnya

aku amsih rindu engkau...

masih

kau masih ada

dalam hati

jadi

aku mohon

supaya jangan jelmakan diri mu

walau seketika



Sunday, August 3, 2014

perempuan 2

berkali-kali di luka

berkali-kali di hina

dia masih mahu

untuk kesekian kalinya

tunggu

dan lihat

andai ada apa-apa yang tertinggal

untuk di simpan atau di kesat


perempuan



Tuesday, June 3, 2014

pegang

kadang-kadang
aku cuma mahu
aku di pegang
erat
rapat
mesra
biar aku rasa tiap haba dari tubuh engkau
biar aku rasa kekar tangan engkau
biar aku rasa selamat di bahu engkau

sebab itu
aku mahu kau pegang

kadang-kadang
aku teringin
mahu lihat
selama engaku pegang
apa engkau luka akan hati

selama kau pegang hati aku
sejauh mana kau boleh tahan dari ramas dan tukar genggam

aku tahu
penat mahu pegang

cuma kenapa sebentar cuma

apa ramas dan tukar genggam lebih enak?

apa yang cuma aku seorang harus kutip hati dan jiwa yang engkau ramas dengan geram?

tidak kasihan?

maksudku kadang-kadang engkau tidak kasihan?


hikmah

sudah tertulis
habis hilang semua segala yang aku ingin
yang aku sayang
dari sekecil harta 
sehingga wang tunai dan buku kesayangan
sekelip mata hilang

aku cuba mencari hikmah

kalau-kalau aku tak terperasankannya

bukan

aku bukan mahu kata Tuhan kejam

jujurnya terima kasih

aku masih Tuhan perhatikan

cumanya 

kadang-kadang

aku makin takut sendiri

p/s: entah apa lagi mahu di kesalkan,juwita sedang mengutip mengumpul segala yang hilang...Tuhan ada kan...selalu..dan sentiasa....





Thursday, May 1, 2014

perempuan

entah apa masih di tunggu
ntah apa masih di nanti
ntah apa merasuk hati

dia tetap harap

akan ada satu hari

lelaki yang di korbankan segala apa yang termampu di bahu ini

memandang sekali

dan meluahkan rasa

yang

'aku tak boleh hidup tanpa kau'

sekali sahaja..

p/s: entah sekali yang terkehendak oleh jiwa atau nafsu semata


Wednesday, April 30, 2014

rindu

entah apa merasuk fikiran
aku rindu kau
tiap tawa
tiap senyum
aku masih akui
senyuman kau paling manis
tawa kau paling cantik

untuk setiap bau dan degup
aku mahu pilih
bau harum tubuh kau
dengar degup jantung engkau

untuk hangat yang dipilih
aku hanya mahu hangat tubuh engkau
yang mendakap aku erat
tatkala aku perlukan engaku tiap saat

entah

aku tahu

aku sedang rindu

engkau bukan sudah separuh

engaku bukan lagi suku

tapi

jujur

rindu akan engkau

terus menggebu

maaf buat isteri engkau...

p/s:saat yang paling aku kalah,aku harus akur,ini bukan kisah cinta yang harus aku tuju

Tuesday, April 15, 2014

kita

entah apalah kita

memang tidak pernah letak harga

bila Tuhan beri nikmat dunia

mulanya kau bilang

yang kau akan terima seadanya

tapi kau mahu aku lebih sempurna

kau kata kebaikkan semata

aku berubah

kau cerca

kau kata kenapa sebab cinta aku jadi lupa

tapi mulanya tadi kau kata

yang kau akan terima seadanya

mana keadaan seadanya?

dan bilang datang bahagian kau

mulalah

kau bilang aku ni yang manusia hilang syukur untuk

terima apa ada kau


p/s: aku sudah hari-hari mati tika kau bilang aku harus ubah diri aku,mahu apa lagi bangsat????




Sunday, April 13, 2014

pergi

pergi saja

sudah tinggalkan aku sendiri

kalau aku lemas

kau jangan berhenti

aku tidak mahu

walau sepicing perhatian

aku tahu

Tuhan masih ada untuk aku


Sunday, April 6, 2014

pilihan

beginilah

saya sudah mahu buat keputusan bonda

nanti,

kalau mana2 bonda berkenan

mahu di menantukan

bilang sama saya

saya terima

abah

nanti angah mahu beri abah teman

untuk berbual-bual

saya sudah penat mahu berkenalan kemudian berpisah

jadi pilihan bonda dan abah

saya kira pilihan yang harus saya terima

jadi kita kira saya setuju ya!

p/s: untuk setiap nafas yang terkudratkan berhembus ini bonda dan abah,saya setuju untuk pilihan kalian

bukan cinta selepas pernikahan lebih bahagia bukan :)



Thursday, March 27, 2014

entah

entah apa lagi aku mahu buat

sudah semua jalan aku pilih

masih lagi tersalah pilih

entah apa di sumpahkan

apa aku memang akan kekal perampas?

bukan apa

aku tidak suka sesiapa

bukan

ini bukan tentag cinta

ini tentang

aku cuma selesa yang teramat


Friday, March 21, 2014

bangsat

aku rindu sama dia lagi


siapa???

suami pada sipolannn

entah bila mau hilang rasa ini!

Thursday, February 27, 2014

mana

mana ??


apa sudah jemu mahu dakap aku?

sudah jemu mahu cumbu aku??

semuga aku pergi dahulu



Wednesday, February 26, 2014

tangis

mana kau tahu

perempuan yang kau tampak kuat

dia sedang mati

kau ingat dia segar

dia sudah kering

kau tak tahu

yang dia sedang nampak

semua orang sedang tinggalkan dia

bangsat dan sangat celaka

bila dia sedang rasa semua sedang kambus dia perlahan


*nangis*


sial!!!

Saturday, February 15, 2014

barai

begini
aku bukan mahu tagih kasih
aku bukan mahu tagih simpati
aku bukan mahu tagih rindu

cuma
kalau sekali
tolong tanya sama yang ini
yang dia kuat atau tidak
yang dia sedih atau tidak

aku jatuh cinta
tapi ia milik orang
maka aku harus tinggalkan
aku tidak di benarkan usaha

aku di kata gatal bila bercinta
jadi kalau aku yang celaka
maka kau semua harus menambah celaka supaya lebih?

aku tidak mahu apa-apa

cuma kadangkala

tolonglah tanya

adakah aku gembira?


rasa yang paling aku kecewa

bukan sebab kan kata-kata sial yang menusuk dada

tapi keadaan yang terwujudkan aku tak ternampak

oleh mereka-mereka yang aku cinta


dan kau sang separuh

aku sudah biasa sunyi

tak pernah kau terfikir untuk bertanya aku masih bernafas atau mati???








sepi

sebenarnya aku sunyi
kau bilang
kau mahu tinggalkan aku sendiri
mulanya aku menggerti
untuk sementara
apa perlu aku risau barangkali
entah kenapa
aku mula khuatir
apa
aku salah?
merindui dalam sepi?

sekarang aku sudah fahami

yang perempuan jalanan mana sepadan sama putera idaman...



Sunday, January 12, 2014

penjuru

setiap kali mahu pejam mata

aku akan pandang tiap-tiap penjuru

jujurnya sunyi

tapi aku tau

kau ada di situ

lihat aku tidur

dan mimpikan kamu


p/s: ramai sudah memerli,apa menunggu di kamar tidur..aku bilang.... kamu!



Friday, January 10, 2014

overdose

aku sedang khayal
ini gara-gara kau

aku sedang terlebih dose
ini juga sebab kau

aku sedang obses
ini kerana kau

sudah habis

aku makin gila

kerana kau

kau tidak ada

tapi aku cepat-cepat mahu pulang


di setiap penjuru ruang aku hanya nampak kau


dan kau hanya boleh di dakap di kamar aku yang penuh cinta


p/s: aku sudah overdose,kau sudah jadi dadah paling bahaya

Tuesday, December 3, 2013

kenang

masih ada untuk di kenang

masih ada untuk di sayang


entah amna di campak di terajang

hati masih mahu menyayang

rasa paling celaka

bila apa yang kau rindu

apa yang kau sayang

apa yang kau mahu

tidak tercipta untuk kau

walau seribu tahun berlalu

apa mahu kau kenang?



Tuesday, November 26, 2013

perit

bagaimana mahu menidakkan rasa
kau bukan hadir kadang kala
tiap detik dan ketika
kau ada dalam tiap sedut nafas yang ada


Sunday, November 24, 2013

Tinggal

apa sudah jadi
dulu kau mahu mati di riba
kini kau sudah kena tinggalkan dia

apa kau sudah ada ganti?

mahu mati sendiri?

sudahlah

aku kena pilih

mahu milik yang sudah sedia ada

atau mahu hilang untuk miliki perkara yang belum sah

ayahnda

ni anak yang paling degil sekali

tapi kali ini

dia tunduk dan mengerti

selamat tinggal kekasih

kalau-kalau jodoh nanti

kita bertemu lagi

muga restu ayahda bondaku

ku bawa sekali


selamat berbahagia kekasih gelap yang aku ini wanita simpan




p/s: tahniah,selamat menjadi bapa...

Tuesday, October 29, 2013

merah

masih ingat?
bajumu yang merah?
tudungku yang merah?
kurungku yang merah?

masih ingta?

hari terakhir kita jumpa?

hari terakhir aku tatap mata kau

aku kalah

apa serapah yang kau amal

aku gagal tentang mata kau

masih ingat?

kau bilang sayang?

kau bilang rindu??

sekarang kau hilang

aku malas mahu tersedu

apa kalau kau hilang aku mati dulu?

tak

janji aku

aku tak mati

aku mahu mati di riba kau

aku mahu jadi milik kau

walau merah jadi biru

alam jadi palsu

aku hanya mahu

panas dakap peluk kau

itu saja


p/s: aku benci merindu kau separuh mati



Thursday, October 24, 2013

perempuan sial

aku mengaku

aku sedang kearah itu

argh persetankan

asik aku yang menjaga

asik aku yang beralah

kemudian dikata

dihina

dikeji

pergi mampos!

aku tak hadap untuk dengar segala puji maki kau

dan aku pun ada TUHAN

kalau kau boleh mintak dengan TUHAN KAU

apa TUHAN tak terima doa dari perempuan sial macam aku???

nasib baik kau BUKAN TUHAN

sebab TUHAN tahu

semua hamba dia PENDOSA

bukan kau

yang angkat diri ke SYURGA

p/s: sudah sudah lah, sial aku tak menjangkit pada kau! sedikit pun tidak!



perempuan jalang

jadi
sekarang
kau mahu jalangkan aku?

sebelum kau menjalangkan aku

mudah

aku ada satu persoalan

siapa mengajar aku menjadi jalang?
kalau bukan kau??

p/s: sinikal? aku? kau boleh berambus!



Wednesday, October 23, 2013

kata putus

aku sudah putuskan

aku mahu simpan segala sayang, rindu dan kasih kau

dan kau tak perlu tanya kenapa

aku sudah penat

aku mahu simpan ini saja

tiap-tiap apa yang kau tinggalkan

aku boleh hidup untuk yang tertinggal ini

dan kau boleh pergi

aku tidak pernah menghalang

p/s: apa mahu di 'IKAT' hak orang


peram

sudah habis
masa untuk kau luah

sudah tamat
masa untuk aku pesan

sudah tiba
aku mahu peram

ini hak aku

sudah lah

penat asik aku memberi hak pada orang

kali ini aku mahu peram

biar aku peram rindu ini

biar aku peram rasa ini

biar aku peram perit ini

biar aku peram sakit ini

biar aku saja peram

kau tidak perlu tahu


dan kau tak usah tahu

aku mahu peram sendiri

p/s: apa mahu kau dulik?


Tuesday, October 22, 2013

mungil

semalam
kau bisik
sayang
bibirmu mungil

boleh aku kucup?

aku tunduk

masakan mahu angguk

di soal tentang kucup

jantung seakan mahu gugur dari tangkai

semalam

kau bisik

sayang

tiap-tiap hari tak perlu buat kopi dengan susu

bibirmu sudah terlalu manis

untuk aku tidak kucup walau hanya sehari

p/s: aku rindu



kehadapan kekasih

kehadapan kekasih
hari ini
nyawa seakan terhenti
aku sedang memikir tentang kita
ntah aku ini hamba paling tidak syukur
Tuhan bagi nikmat
aku mencari lagi sejuta impian

kekasih
aku tidak tahu
ini cinta atau nafsu
aku cuma mahu kamu

di saat malam yang dingin
aku mahu dakap kau

di saat malam yang tenang aku hanya mahu kucup kau

di malam yang sinis
aku cuma mahu baring di lengan kau

di malam yang gigil
aku mahu haba panas tubuh kau

kekasih
apa yang aku sedang lakukan?

aku cuma mahu tiap-tiap kau jadi milik aku
aku cuma mahu rasa ini sebenarnya wujud

aku mahu kita ini bukan 'iblis'

apa mungkin aku teruskan????

melukakan hati yang dulu aku janji

tidak akan aku sompekkan

hanya untuk satu pelukan kejap di tubuh ini???

aku tidak tahu

kau ini cinta atau nafsu aku yang menular dari hari ke hari

ke hadapan kekasih

aku tidak tahu ini apa

segeralah pergi aku tidak mahu melukakan hati yang tidak berfungsi ini



p/s: aku mahu lepaskan cuma 'ikatan' ini terlalu ketat

Wednesday, October 2, 2013

tarik

masih teringat
di saat kau tarik segala perhatian
yang ada
kau bisik
kita sedang membina kita
disaat kau bisik
yang aku sedang menggapai cinta
entah apa
aku sedang asik melihat kita
entah
kita sedang tertarik
di antara sesama kita
entah apa yang menarik
kita tidak tahu
ada satu kuasa menarik
segala rasa
sayang
semuga nanti impian kita selari

semuga ini jodoh kita...


terima kasih

terima kasih
untuk rasa di hati ini
untuk empat hari
rasa yang menggigit hati
ingatkan hati sudah mati
tapi masih di intai oleh seorang lelaki

terima kasih untuk lautan kasih
dan sayang

selamat hadir

SA101