Wednesday, January 12, 2011

rasaksa tua

aku ternampak
seuatu yang sudah tua
hampir mati
terperosok di celah ceah batu kerikil
maka aku amati
apa itu

tiba tiba
aku terasa sesuatu
rengusan nafas yang sangat kuat
dan bau bauan yang menusuk deria pernafasan
dan aku terkaku
sesuatu
yang sudah tua
terperangkap dalam keadaan hina
namun wajahnya masih tetap tegang
dan aku tau itu rasaksa

dalam keadaan genting itu
aku lihat matanya masih ada cahaya
bertapa aku tau ia masih berkuasa
cuma tiada nafsu untuk terus berjuang semula
aku sudah tidak mahu melihat rasaksa tua itu

biar dia berjuang sendiri
kerna aku juga terpaksa berjuang sendiri
tatkala aku lemas di lautan yang hanya sebesar perigi
aku mahu lihat
rasaksa tua itu lepskan diri
tapi bukan dengan bantuan aku lagi


p/s: aku terlalu membenci untuk memberi senyuman lagi..walaupun hanya buat bekal si rasaksa tua....

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...