Tuesday, February 8, 2011

sepi

boleh aku kata
aku mahu kata aku seorang penulis
boleh aku kata
aku ini seorang pemuisi
boleh aku kata aku ini
seorang seni
boleh aku kata
aku bukan seorang penyanyi
boleh aku kata
aku ini bukan seorang penari
boleh aku kata
aku sepi
aku ini pemuisi sepi
aku cangung bila duduk
sangat kekok bila berdiri
sangat resah ketika menanti
boleh aku kata
aku ini seorang sepi
airmataku menitis
aku ingin pergi
tapi aku takut sendiri
aku mahu berhenti nanti aku di bunuh kuku besi
maka
apa yang harus ku lakukan lagi
aku diam
aku akn mati
aku lari
aku akn tersungkur
aku merangkak
aku akn terhenyak
maka
aku sepi
dan lohong lohong sepi itu tempat aku mencurah rasa hati
aku mahu
satu perkara di dunia ini
tolong temankan aku langit
tolong temankan aku bintang
tolong temankan aku bulan
tatkala aku berpuisi aku mahu
kau teman aku yang sepi
agar hati aku tak mati dan kering
serta aku tak kontang

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...