Monday, March 7, 2011

sungguh kusam dan comot

kau tahu
aku rindu akan kau
yang comot
kusam
dan burok
aku mahu angakt kau
dan dakap kau
seperti tidak mahu lepas
aku mahu sayang kau
guna hati aku
aku mahu kasih kau
guna jiwa aku
aku mahu manja kau
guna rasa aku
aku mahu kau bahagia
kau lelaki
yang rampas tenang
kau lelaki yang rampas senyum
kau lelaki yang bagi aku indah
untuk aku hadapi dunia

tapi
kini
kau sudah tidak comot
kau sudah tidak kusam
kau sudah tidak burok

kau sudah lain
dan aku sudah canggung
aku sudah kekok
aku sudah rasa
yang kita tidak boleh jalan sama2
aku sudah rasa
kita sudah beza
aku sungguh sayang akan kau
tapi
ia sudah lain

sungguh dulu kau kusam dan comot

tapi kini
aku tidak bisa dekati dan dakap kau macam dulu


maaf hati ini sudah canggung


p/s: aku mahu dakap kau dan tidak mahu engkau jauh

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...