sudah 8 tahun usianya
aku simpan
sudah lama
andai ia seorang bayi
pasti sudah menjadi anak kecil yang pandai berlari
pastinya sudah tahu membaca dan mengira
tapi bukan itu yang aku mahu cerita
8 tahun
berlalu
kita macam sudah lupa
semua perkara yang pernah di buat bersama
entah
masa yang membenci kita
atau kita yang mengejar dunia
sudah 8 tahun perkara ini ku simpan
kita pernah bersua
tapi hanya diam
memandan seperti tidak pernah berjumpa
menjeling seperti pernah bercinta
sedangkan kita hanya rapat sahaja
jujurnya
sudah 8 tahun ku simpan rasa ini
menunggu
dari setahun menginjak ke angka 2
tapi kau masih sama
memandang
tanpa suara
menjeling
kadangkala takut tertangkap pula
lama bukan
kau dan aku
kita sudah jauh
dulu kita berbaju putih
kini kita berbeza
semua berbeza
tapi ada beberapa perkara yang sama
di mana aku masih mengharapkan keajaiban yang berlaku
gila bukan
aku memang gila sejak mengenali kau yang satu
8 tahun aku simpan
jujurnya seperti ingin meluah hari ini
perkara yang tersemat di hati
aku ingin beritahu kau satu persatu
agar kau tidak hilang seperting aku aku takut ia berlaku
jujurnya kita x pernah lagi duduk bersama selepas kau ke'sana'
tapi aku masih setia duduk melihat kau ketawa
jujurnya
andai di beri pilihan
aku mahu kau yang dulu
walaupun tidak sekacak mana
tapi kau masih ingati aku juga
yang duduk di sebelahmu degan gembira
aku mohon satu saja
agar hari ini kita berjumpa
aku tidak tahu kau di mana
aku tidak tahu kemna kaki ini akan ku bawa
aku mohon kita bertemu selepas 8 tahun kita tidak bersua
muga keajaiban ini berlaku hari ini juga
p/s: dia adalah seseorang yang aku kenali ketika awal usia remaja,yang terima aku ketika aku teralu comot untuk dimanja,tapi dia pernah berjanji untuk mengigati aku dalam hatinya
aku tahu TUHAN dengar keluh hatiku :)
ameen...moga bertemu jua akhirnya...
ReplyDeleteAMIN....hari ini semakin suntuk...mungkin tidak akan bertemu lagi...
ReplyDelete