****maaf ia terlalu kasar
aku bukan seorang yang hebat
apatah lagi
baik dalam segala cara
cuma aku mahu cerita
pada semua
termasuk pada gergasi dunia
tentang semua
agar kalian tidak membangsat semata
cerita seperti mampu beri isi dunia pada semua
kau hebat
bole buat buat orang percaya
pada semua
kata
cerita
dan segala
apa yang kau lakukan
tak pernah salah
apatah lagi silap
kau cerita kau ni hebat dunia
mulanya kau hanya kata kau biasa
tapi bila kau dapat kuasa
mulalah
kau tekan yang hina
jujurnya dalam diam aku juga terkena kesannya
aku mahu kata
kau jangan fikir tentang kau yang akan terus kaya
tapi cuba fikir mereka yang kau terus kata
yang tahu membangsat semata
meminta kasihan tanpa mahu usaha
kau harus letakkan diri kau di tempat mereka
sekali sahaja
letakkan dirimu seadanya
duduk seperti menumpang sahaja
aku tahu dunia ini bukan selama
tapi kau memang tidak mahu usaha lindung mereka
sedikit juga tidak mahu
apa lagi mahu berjuang bersama
kau harus rasa sedikit
agar kau tahu
apa kau bina itu
jujurnya atas tangisan mereka
p/s: jujurnya agak terasa yang hebat mati satu dunia sedih tak terhingga,tapi bila yang mati itu berjuta rakyat jelata tiada siapa yang bersuara...kasihan juga tak keluar dari bibirmu yang hebat bersuara
kerana wang dan kuasa hati manusia menjadi buta.
ReplyDeletedan nyawa menjadi murah diri tidak bermaruah
ReplyDelete