usah kau kutip aku , aku sudah terlalu hanyir untuk di simpan , apa lagi untuk di dakap oleh tangan suci engkau...
Wednesday, June 27, 2012
cantik
mungkin ini baru dunia
hanya yang cantik akan di angkat
di sayang
di cium
dan di tatang
yang tidak cantik
akan di angkat
dan di letakkan di tepi
kalau yang gemuk akan di seret
ke suatu sudut
dibiarkan lama
aku mahu tanya
siapa mahu di lahirkan hodoh?
siapa mahu di lahirkan gemuk?
siapa mahu di lahirkan pendek?
siapa mahu di lahirkan hitam?
kau mahu?
seperti di celakan kan manusia
kemudian di kata
'dunia ini kita pandang hati bukan pandang rupa'
aku mahu cakap itu celaka namanya
kau pasti?
kau juga mahu yang cantik
kau juga mahu yang kacak
kau juga mahu yang jelita
kau juga mahu yang perkasa
mana ada mahu yang hodoh untuk disimpan
itu bohong
aku sudah serik
yang cantik juga kadangkala bangsat
habis semua dia mahu
kalau tidak mahu jelaskan
jangan kau bikin dia tersimpan perasaan
memang kau tak salah
tapi dia perlu penjelasan
mudah
jelaskan kedudukan sebenar
kalau kau mahu orang
kau panggil
kalau tak mahu
kau baling?
argh
tapi kalau yang cantik buat begitu
di kata tidak apa
cuma yang gemuk buat begitu?
mahu berbakul bangsatnya
kalau yang putih tolak cinta di kata tiada jodoh akhirnya
kalau yang tolak itu hitam kilat pula
di kata tak cermin muka
sudahla
semua sama
mahu simpan yang cantik
yang jelita
yang kacak
yang perkasa
jadi yang selebihnya
hanya terperosok sahaja
tak payah kau berikan semangat pada yang tidak menawan itu
sebb kau puas
kau sudah menang selangkah darinya
aku mahu cakap
aku baru sedar
hanya yang CANTIK layak terima perhatian
bukan yang gemuk hodoh macam yang lain....
sakitkan??
aku lagi terasa
p/s: kasihan kawan itu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
payah amat bila rupa paras jadi taruhan.
ReplyDeletetapi itu dunia kan??
Delete