Wednesday, October 29, 2014

lelaki

sampai bila

kita hanya mampu untuk menyimpan di dalam hati

yang sebenarnya

kita-kita sunyi

yang sebenarnya kita-kita mahukan

teman sehidup semati


sampai bila?

p/s: kita-kita itu terwujud bukan?

Tuesday, October 28, 2014

sampah

malam tadi
aku ingat kau di sisi
jadinya aku pinjam lengan untuk bermimpi

aku rasa hangat lengan kau
jadinya aku ambil jemarimu genggam
rindu

malam tadi
aku luruhkan semua rindu
kau tahu
lama aku tunggu
saat begini
kau dan aku

saat paling bulan cemburu
bila kau dakap aku
kejap
aku rasa seperti nafas tesekat

tapi aku pendam
aku tahu kau paling rindu
cuma aku, tak mampu suarakan hasrat aku

bila aku cuba ketahap lagi satu
tahap aku mahu serah jiwa dan raga
tiba-tiba
kau ambil tangan aku
dan letakkan di dadamu

kau bilang
tak perlu
kita belum ada ikatan yang jitu
simpan dulu
aku akan tunggu
hari yang betul-betul aku boleh sentuh perawan yang kau sayang itu

saat itu
aku sudah haru
aku mahu beri sesuatu yang aku jaga dari dulu

saat dia bangkit
katanya mahu pergi
aku sudah tahu

aku hanya sampah
bilamana dia bilang berhenti disitu
dia mahu aku tunggu


p/s: sudah puas aku khabarkan...dia bilang Tuhan ada pada yang sabar..


Friday, October 24, 2014

nafas

*hela nafas*

untuk kesekian kalinya

Allah masih sayang aku

Dia sedang rindu aku

Tuhan, hatiku sedang sakitt

cumanya aku tak mampu menghadirkan mutiara jernih yang menyatakan aku sedang sakit teramat...


p/s: terima kasih


Sunday, October 19, 2014

terasa

entah

terasa mungkin


p/s: semuga semua perancangan kami di mudahkan....

Saturday, October 18, 2014

marah

aku tahu

amarah boleh tukar sayang pada benci

cuma sekarang aku mahu bisik

yang amarah sedang menjadi terlalu letih

untuk aku berlari

sendiri

p/s: angah ingat angah kuat.. tapi angah terpaling lemah



Monday, October 13, 2014

mahu

mahu apa lagi?

sebenarnya aku sedang mahu angkat kaki

tapi ada saja mahu menahan dan berhenti

kau ini hadir sebagai apa?

aku sedang buka hati untuk terima

kemudian kau kata nanti dulu

kita belum kenal-kenal macam selalu

aku bukan mahu semua atau nikah sekali jadi satu

aku cuma mahu

kalau mahu beritahu

jangan bikin atau rasa aku tahu

sebab aku ni agak dungu

bab hati dan rasa

memang aku tak tahu

takkan mahu ia kan yang aku tahu

jadi sebenarnya apa?

kalau kau takat mahu hadir dan sakitkan hati

kau berambus sebelum aku betul-betul benci

sebab aku jenis

kalau keluarga sudah tahu

ini sudah jadi besar

tolonglah

jangan uji aku

aku sudah lemah nak berdiri

kayu yang ku sandar sudah reput dek air mata yang asik menembusi

tolonglah

kuatkan aku

untuk sekali ini...

p/s: kuatkah aku sendiri



Friday, October 3, 2014

jelas

sudah jelas
hati sudah jauh
mana mau pergi
seakan mahu mati
hati sudah tidak mahu fungsi
aku sudah tidak rela
teruskan perkara yang aku tidak tahu punca
betapa tiap-tiap malam
aku hanya bermimpikan gelap
tiap-tiap lelap
aku mahu di dakap

semua tiada

sudah jelas

semua sedang luka

aku sudah terseksa


lama mana
jauh mana
dalam mana

aku tiada

aku hanya sedar

yang aku sudah terlalu jauh

untuk menolak rasa

tapi bagaimana mahu memaksa

hati yang sudah tiada

apa harus aku pergi

atau duduk diam dan mati

sudah berkali di mati

masih sudi meminta diri

sudah puas di maki masih sudi mencari diri

jelas

yang kau bukan mahu aku




p/s: jelas yang aku sudah mahu undur