Entah berapa kali hati dikecaikan
Masih lagi sudi dikutip
Entah berapa kali hati disampahkan
Tetapi masih didakap
Puas
Memujuk hati
Agar kali ini pergi
Agar kaki ini sudah-sudahlah berdiri
Tetapi hati masih degil
Jiwa masih mahu
Kaki tetap teguh dipasak
Tuhan andai kau ciptakan dia adalah bakal suami yang aku tunggu selama aku disenyawa dan bernyawa
Kau tabahkan hati ini untuk terus sabar untuk setiap ujianmu Tuhan
Untuk malam yang seterusnya
Aku takut menghadapi esok
Aku takut menanti mentari
Tuhan,semoga aku disempatkan untik mencintai nya sehingga akhirat dan syurga
Sehingga di saat aku menghembuskan nafas yang terakhir
Aku berada di pangkuanya
Ps: Tuhan disaat kau hadirkan dia... aku sudah merasa cukup
Untuk kali pertama aku bersedia untuk berkongsi hidup
Tuhan,semoga dia sememangnya pemilik ku sejak syurga lagi 😌
No comments:
Post a Comment
catitan buat juwita...