semalam
semuanya menggusarkan
aku terlalu tenang
atau aku sengaja tenang
setiap pujukan dia menenangkan
tetapi sedikit kerisauan
Tuhan
ini ujian peringatan
kerana aku terlalu alpa
atau mungkin sudah terlalu lama
Tuhan
terima kasih
mengejutkan ku dari lena
terima kasih masih di hadirkan dia
tidak pernah jemu memujuk dan mengatakan tentang cinta
yang memujuk tidak akan beralah
yang memujuk supaya terus tenang
Tuhan
semoga aku terus kuat
untuk ujian yang kau berikan
terima aksih di hadirkan seorang bakal suami yang aku nanti
yang aku pernah merasai kewujudannya dulu lagi
yang aku pernah menolak rasa di hati tiap kali melihat dia
yang pernah aku menidakkan hati ku terusik melihat senyumannya
terima kasih cinta
tidak jemu memujuk diri
agar terus kuat dan tabah menmghadapi ujian ini
kekasih
terima kasih
masih gagah berdiri
masih mendakap diri
masih tabah berkongsi apa yang menghampiri
Tuhan
permudahkan urusan kami
aku mahu sejahtera seperti dulu
aku tidak mahu dia khuatir akan diri
abang...
terima kasih
tidak pernah jemu untuk merangkak, berjalan dan berlari
semoga cinta kita terus abadi
p/s: kekasih jiwa...terima kasih...untuk merasakan kecukupan ini...terima kasih terus menerima kekurangan diri....
No comments:
Post a Comment
catitan buat juwita...