Tuesday, October 6, 2009

pesanan buat insan yang bertakhta di hatiku...

salam buatmu...
tenangkan dirimu..
redha kan segala amarahmu...
jangan terlalu mengikut bisikan hawa nafsu..
kelak kamu yang kecewa selalu..

maka jadikan cabaran ini dugaan..
andai kamu seorang pendidik..
kamu tetap di hatiku...
andai kamu seorang penyelamat..
kamu tetap di jiwaku..
andai kamu seorang pencari maklumat..
kamu tetap terus di hatiku..

bukan meningalkan aku..
bererti aku kamu lupakan..
cuma renunglah kembali..
telusuri kembali rahsia hati,...
walau apapun terjadi..
kamu tetap di hati..

aku tidak akan memilih..
namun akan ku biarkan kamu memilih....

pilihlah jalan hidupmu..
kamu bukan lagi yang hanya perlu setuju malhan mengikut apa kata hatimu..
kerna ku percaya ..
kamu sememangnya seorang yang sentiasa cuba menjadi yang terbaik dalam hidupmu..
percayalah..
aku akan terus menyokong di sisisimu..

cuma ..
mungkin aku lebih rela..
andai kamu senangi hati insan yang kamu sayangi....

yang pasti aku tetap sayangi kamu...
dengan setulus hatiku..
kerna walaupun kau bukan pertama yang mencuri hatiku..
namun kau yang pertama mengajarku erti kematangan dalam perhubunganku...
walau apapun yang berlaku.....

No comments:

Post a Comment

catitan buat juwita...