Friday, June 29, 2012

lepaskan ARJUNA PUTERI


sudah
aku sudah melepaskan

semalam aku berjumpa seseorang
aku gelarkan arjuna puteri
dia seorang yang terlalu baik
jujurnya
kalau aku puteri
aku akan jatuh hati
ia bukan kepada suka
tapi seseorang yang memahami
pandai mengambil hati
dan sempurna

dia seorang calon yang berwibawa
andai arjuna hati itu tempat aku mahu bercinta
tapi
arjuna puteri ini
tempat aku mahu bersandar
menjadi yang halal
untuk di lakukan segala
dia arjuna puteri yang istimewa

sekarang aku bukan mahu cerita tentang hati yang aku telah jatuh
aku mahu kata
aku melepaskan dia
pada yang layak sahaja
sungguh
aku bukan untuk dia
terlalu byk jauh bezanya
cuma dia memang terlalu baik untuk terluka

atau mungkin dia tidak layak untuk kecewa

jujurnya aku juwita ini bukan untuknya

kalau di kira dengan jemari

kebaikkan aku terlalu sedikit untuk di hitung

semuga sejahtera arjuna puteri

memang ada getaran di hati

cuma juwita fahami

yang KITA itu tidak ada
dan tidak akan wujud

yang akan kenal nanti arjuna puteri dan juwita sahaja

juwita doakan muga sejahtera sentiasa...


p/s: ini bukan cinta ini rasa yang paling dalam untuk di teroka,kalau di beri peluang dia bukan tempat untuk bercinta,tapi dia tempat untuk AKU TERIMA NIKAHNYA...

Wednesday, June 27, 2012

cantik


mungkin ini baru dunia
hanya yang cantik akan di angkat
di sayang
di cium
dan di tatang

yang tidak cantik
akan di angkat
dan di letakkan di tepi

kalau yang gemuk akan di seret
ke suatu sudut
dibiarkan lama

aku mahu tanya
siapa mahu di lahirkan hodoh?
siapa mahu di lahirkan gemuk?
siapa mahu di lahirkan pendek?
siapa mahu di lahirkan hitam?
kau mahu?
seperti di celakan kan manusia
kemudian di kata

'dunia ini kita pandang hati bukan pandang rupa'
aku mahu cakap itu celaka namanya
kau pasti?
kau juga mahu yang cantik
kau juga mahu yang kacak
kau juga mahu yang jelita
kau juga mahu yang perkasa

mana ada mahu yang hodoh untuk disimpan
itu bohong

aku sudah serik

yang cantik juga kadangkala bangsat

habis semua dia mahu

kalau tidak mahu jelaskan
jangan kau bikin dia tersimpan perasaan

memang kau tak salah
tapi dia perlu penjelasan
mudah
jelaskan kedudukan sebenar

kalau kau mahu orang
kau panggil
kalau tak mahu
kau baling?

argh
tapi kalau yang cantik buat begitu
di kata tidak apa
cuma yang gemuk buat begitu?
mahu berbakul bangsatnya

kalau yang putih tolak cinta di kata tiada jodoh akhirnya
kalau yang tolak itu hitam kilat pula
di kata tak cermin muka

sudahla
semua sama

mahu simpan yang cantik
yang jelita
yang kacak
yang perkasa

jadi yang selebihnya

hanya terperosok sahaja

tak payah kau berikan semangat pada yang tidak menawan itu

sebb kau puas
kau sudah menang selangkah darinya

aku mahu cakap

aku baru sedar

hanya yang CANTIK layak terima perhatian
bukan yang gemuk hodoh macam yang lain....

sakitkan??
aku lagi terasa

p/s: kasihan kawan itu



Tuesday, June 26, 2012

3 tahun...

sudah 3 tahun
yang pasti dia telah tiada
untuk kau himpunkan rasa cinta
yang dulunya pernah kami bina impian bersama

yang pasti MATI itu pasti
cuma masa dan ketika
aku tidak tahu lagi
muga kau tenang di sana
Ubaidullah Mohd Basri


Doaku agara kau di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..
amin...
~ALFATIHAH~


P/S: kematian itu pasti cuma cara kita pergi itu yang menjadi persoalan lagi...

Monday, June 25, 2012

maaf



maaf
aku perlukan
seseorang
bukan seminnggu
mungkin sebulan
atau setahun
atau selamanya
untuk melupakan mu

maaf
jujur hati
mahu di beri pinjam sebentar
untuk di buat sandaran
tapi
kau tak pernah tahu

aku sudah salah
seminggu telah berakhir

sungguh bermakna

lain kali

pesanku

jangan begini lagi

habiskan segala apa yang telah di tinggalkan
sedikit yang tertinggal

buat hati luka

p/s: arjuna hati kita memang tidak akan berjumpa lagi?

Sunday, June 24, 2012

sakit


sakit
perit
hancur
sabar
tenang

aku sedang marah
tapi aku tahu
ini salah aku
aku seperti hilang
argh
ini memang salahku
terima kasih

Thursday, June 21, 2012

karma


baiklah
cerita kita sudah tamat
seminggu yang indah
aku di angakt tinggi
di langit
di julang
sungguh
aku mahu kembali
pada masa itu

tapi
aku lagi mahu
kembali disaat aku tidak menyapa kau dulu
agar aku tidak sakit di hati
perit
aku sudah lama tidak rasa


kau buat aku ketawa
kau buat aku gembira
kau buat aku senyum sentiasa

kau buat aku berduka
kau buat aku sakit mata
kau buat aku terasa jiwa

baiklah
aku yang salah

sudah
maaf kan segala

kita tidak pernah kenal dengan lebih dalam aku kira

selamat tinggal arjuna
owh
ada sedikit rasa di hati

tapi itu sudah mati

ramai lagi yang perlu kan kasih ini

terima kasih
kau datang pantas
pergi seperti kilat

selamat tinggal

p/s: seminggu aku rasa seperti sehari,seminggu juga ku rasa seperti berkurun menanti
berbalas
ini karma

Tuesday, June 19, 2012

perhentian perhatian


perhentian
di letakkan
hanya sekadar untuk sementara
berhenti
di saat letih
dan akan pergi
di saat sudah bersedia

perhatian
di berikan
di ambil
tanpa sempat ditahan
atau di kesan
ia sudah berlalu pergi


cuma

tolong usah di jadikan AKU tempat kau berhenti dan memberi perhatian

takut aku tak mampu melepaskanmu


aku sedang memiliki sesuatu yang 'MILIK' orang juga

Saturday, June 16, 2012

milik dan memiliki




aku tidak tahu
apa yang sedang berlaku
aku di takluk mengguna hati
dia semakin mampir
dan aku semakin keliru
dalam berapa detik
dia menjadi sgt agung
aku mula risau
hati berdebar
apa ini CINTA?
bukan aku tidak percaya
pengalaman aku lebih banyak mengelirukan jiwa
entah

aku terdiam
antara lalu dan sekarang
aku berada di persimpangan kenangan

dia hadir tanpa di duga
seperti semalam aku melepaskan majnun
dan kini aku berjumpa qaish yang baru
sayangnya
dia sudah dimiliki jua
jadi apa makna yang sedang aku buat
keluar berdua
tanpa sebarang hala tuju yang ada
cerita tentang dunia
duduk berbual kosong merata

jadi aku mula risau
hati semakin debar
dia semakin rapat
hari2 kami berjumpa
sedangkan boleh dikira
hubungan ini baru berapa hari sahaja

aku sudah mula takut

aku memang tak pernah berubah

berfikir perkara yang belum ada

p/s:siapa aku di hatimu?

Friday, June 15, 2012

rasa 2



semua ada rasa
cuma kau yang mahu terima atau tolak
dunia bukan hanya untuk bercinta
namun cinta itu juga yang kita mahu untuk terus bernyawa
usah kau terlalu megah
yang kau paling kuat dari dalam
sebb kau akan tersungkur untuk terima andai kau ditolak segala
begini
hidup perlukan cinta
tapi
bukan mencari cinta sementara
kalau kau adalah tulang yang tercampak
doa
mohon agar segala kerinduan yang di tanggung akan di himpunkan
buat pemilik asal kau

jangan khianati cinta yang terlalu suci untuk di simpan oleh jiwa2 yang keji
sebb ia adalah dari jiwa yang luhur
mana mungkin mampu di jual beli di pasar mini

percaya JANJI TUHAN ITU PASTI


p/s: aku mahu arjuna itu kekal di hati

Thursday, June 14, 2012

selamat tinggal

selamat tinggal majnun
aku sudah berhenti
cerita kita sudah mati
aku sudah serik
cukuplah 4 minggu yang ku nanti
tiada satu pun pesanan yang di beri

kau adalah putera agama
aku hanya puteri dunia
kau dambakan yang terbaik
aku hanya mahukan di didik

aku sudah salah
menyimpan rasa ini
maaf
aku harus pergi
selamat berjaya majnun
kita tidak di cipta untuk bersatu


selamat sejahtera majnun walau di amna saja kau berada di setiap waktu


p/s: laila ini sedang berhenti untuk sendiri

Tuesday, June 5, 2012

rasa

ia sekadar rasa
aku tidak tahu
ia kepada apa
cuma mudahnya lebih kepada rasa yang ada di jiwa
sukar untuk di terjemah perkara yang terlalu seni untuk di cerita
ia bermula dengan perlahan dan tidak pernah padam aku kira
ia lebih kepada rasa yang tenang
kalau itu hanay sekadar rasa yang tiada apa
aku mohon di hilangkan segera
andai ia kepada rasa yang boleh di percaya
mohon agar ia kekal di situ sahaja

cuma aku mohon
buat mereka-mereka yang suka hanya bermain rasa2 atas apa yang aku suka

tolong berhenti

kau tidak tahu siapa dia
dan tidak akan percaya


p/s: majnun aku rindu


Monday, June 4, 2012

bahasa cinta
















ini bahasa cinta
aku mahu melafaz
tiap masa dan ketika
kau seperti di mana sahaja

kau seperti bayang2
yang mengejar tanpa kira masa
jujurnya aku sedang angau
yang engkau
entah di mana
aku sedang takut namun aku masih mencuba
aku mahu perkara ini berterusan
walaupun apa yang menduga
kita harus mencuba
aku memberi peluang pada dunia
jujurnya kau sedang di intai oleh ramai mata
namun aku tetap gagah memilih mu arjuna majnun yang manja

teringin mahu di bisik
mahu di peluk erat
namun masih lagi bukan hak
mahu di pujuk
di manja
di sayang
di cumbu
masih juga jauh
dan belum halal

maka empat tahun yang ada

kita kumpul semua
segala cerita
tentang apa saja
agar 40 tahun yang akan tiba

kita tidak bosan dalam menatap wajah yang ada

aku sedang BERcinta

YANG anehnya kau tidak tahu kau adalah orangnya


selamat malam majun yang paling manja :)

p/s: arjuna aku sedang tunggu...