Thursday, October 27, 2011

sudah

susah berlalu
segalanya
sudah tiada
mungkin ada sedikit rasa
tapi sudah semakin terhakis
tidak pasti
masa atau
rasa yang merubah segala
bukan sudah tidak suka
cuma

keadaan seperti memaksa

melangkah pergi

mungkin kau gula-gula kapas untuk aku kenang

tapi kau bukan cadbury untuk aku sayang

dan jujurnya aku tidak membenci kau seperti benci melihat singa laut tersenyum riang



p/s: ini bukan nama sebenar

Monday, October 17, 2011

pemuisi bisu

aku bukan putus harapan
cuma aku rasa bersalah
tidak patut aku menanti kau
bukan aku menolak taqdir
dan
mencipta sesuatu tanpa sebab yang adil
cuma aku sudah berhenti
berdoa bulan jatuh ke riba
meminta akan kau
memetik bintang untuk aku jaga
jujurnya kita telah terlalu jauh
aku sudah tidak mampu
menahan semua dari berlaku

kau belum di ganti
dan aku tidak bersedia mengantikan kau lagi

jujurnya aku sudah penat menanti kau

yang bukan bulan
yang bukan bintang
cuma aku yang sangka
kau ini adalah sesuatu untuk aku sayang

bukan aku ucap selamat tinggal

cuma aku tidak mahu terhempas di saat kau tersenyum tenang
dan
aku tidak mahu lemas di saat kau berenang dengan riang

jujurnya

selamat tinggal pemuisi bisu

bukan sehari aku tunggu

sudah bertahun ku harap

bukan seminggu ku beri

tapi tidak ternanti hati ini

p/s: pemuisi bisu ini tidak tahu jujurnya aku teman yang telah kehilangan kasih dari seorang peneman yang mengigatkan aku tentang sayang yang membangkitkan rasa tenang



kau juga harus bahagia

Friday, October 14, 2011

membangsat semata

****maaf ia terlalu kasar

aku bukan seorang yang hebat
apatah lagi
baik dalam segala cara
cuma aku mahu cerita
pada semua
termasuk pada gergasi dunia

tentang semua
agar kalian tidak membangsat semata
cerita seperti mampu beri isi dunia pada semua


kau hebat
bole buat buat orang percaya
pada semua
kata
cerita
dan segala
apa yang kau lakukan
tak pernah salah
apatah lagi silap
kau cerita kau ni hebat dunia

mulanya kau hanya kata kau biasa
tapi bila kau dapat kuasa
mulalah
kau tekan yang hina
jujurnya dalam diam aku juga terkena kesannya

aku mahu kata
kau jangan fikir tentang kau yang akan terus kaya
tapi cuba fikir mereka yang kau terus kata
yang tahu membangsat semata
meminta kasihan tanpa mahu usaha

kau harus letakkan diri kau di tempat mereka
sekali sahaja
letakkan dirimu seadanya

duduk seperti menumpang sahaja

aku tahu dunia ini bukan selama

tapi kau memang tidak mahu usaha lindung mereka
sedikit juga tidak mahu
apa lagi mahu berjuang bersama

kau harus rasa sedikit

agar kau tahu

apa kau bina itu

jujurnya atas tangisan mereka

p/s: jujurnya agak terasa yang hebat mati satu dunia sedih tak terhingga,tapi bila yang mati itu berjuta rakyat jelata tiada siapa yang bersuara...kasihan juga tak keluar dari bibirmu yang hebat bersuara

Sunday, October 9, 2011

simpan

sudah 8 tahun usianya
aku simpan
sudah lama
andai ia seorang bayi
pasti sudah menjadi anak kecil yang pandai berlari
pastinya sudah tahu membaca dan mengira
tapi bukan itu yang aku mahu cerita

8 tahun
berlalu
kita macam sudah lupa
semua perkara yang pernah di buat bersama
entah
masa yang membenci kita
atau kita yang mengejar dunia

sudah 8 tahun perkara ini ku simpan
kita pernah bersua
tapi hanya diam
memandan seperti tidak pernah berjumpa
menjeling seperti pernah bercinta
sedangkan kita hanya rapat sahaja

jujurnya
sudah 8 tahun ku simpan rasa ini
menunggu
dari setahun menginjak ke angka 2
tapi kau masih sama
memandang
tanpa suara
menjeling
kadangkala takut tertangkap pula

lama bukan
kau dan aku
kita sudah jauh
dulu kita berbaju putih
kini kita berbeza

semua berbeza
tapi ada beberapa perkara yang sama

di mana aku masih mengharapkan keajaiban yang berlaku
gila bukan
aku memang gila sejak mengenali kau yang satu

8 tahun aku simpan
jujurnya seperti ingin meluah hari ini
perkara yang tersemat di hati
aku ingin beritahu kau satu persatu
agar kau tidak hilang seperting aku aku takut ia berlaku

jujurnya kita x pernah lagi duduk bersama selepas kau ke'sana'
tapi aku masih setia duduk melihat kau ketawa


jujurnya
andai di beri pilihan
aku mahu kau yang dulu
walaupun tidak sekacak mana
tapi kau masih ingati aku juga
yang duduk di sebelahmu degan gembira

aku mohon satu saja
agar hari ini kita berjumpa
aku tidak tahu kau di mana
aku tidak tahu kemna kaki ini akan ku bawa

aku mohon kita bertemu selepas 8 tahun kita tidak bersua
muga keajaiban ini berlaku hari ini juga


p/s: dia adalah seseorang yang aku kenali ketika awal usia remaja,yang terima aku ketika aku teralu comot untuk dimanja,tapi dia pernah berjanji untuk mengigati aku dalam hatinya


aku tahu TUHAN dengar keluh hatiku :)

Saturday, October 8, 2011

tiada apa

sudah tiada kiranya
tempat untuk aku bersuara
bila semua
di tolak tanpa di banding apa

sudah tiada apa untuk aku
menagih sesuap rasa
setitis kasih
segengam sayang

sudah tiada
kiranya tempat aku meluah rasa
tanpa ada balasan yang di terima

sudah taida apa

sisa2 juga bukan untuk aku kumpulkan seperti dulu kala

maka aku bergerak

dan tidak akn berhenti

memang

sudah tiada apa untuk aku terima


p/s: perit tapi itu kenyataan yang harus aku terima

Thursday, September 29, 2011

500

sudah 500


tapi aku amsih tidak puas

menulis dan bercerita tanpa henti


membiarkan yang meludah atau memaki


dan aku terus bergerak tanpa henti


500


namun aku msih belum penat menanti dan berfikir serta bercerita pada yang ujud di dalam dunia ini



p/s: 500??? ia hanya sekadar angka

Saturday, September 24, 2011

jangan jahat

jangan

jangan

jangan

dan

biarkan

mereka

dia

sesiapa

denga apa yang mereka rencanakan

kita juga tidak sempurna untuk

meludah
memaki

tanpa henti

;)

p.s i love you

Saturday, September 17, 2011

pilihan

aku tidak mahu memilh
kerna aku benci dipilih
maka aku tidak akan melakukan nya pada sesiapa

menanti
jujur aku sedang menanti dia
yang pasti dia tidak pernah tahu
harapan
tidak seindah dulu
dan jawapan juga sudah tidak seyakin dulu

aku keliru

ada yang sedang menanti aku

aku takut andai dia bukan pemilik yang ku tunggu
aku juga tahu
belum tentu oarang yang ku nanti itu
pemilik sebenar aku


baiklah

aku bukan terlalu haprak bermain bayang2

aku juga tidak sekejam untuk menidakkkan rasa sayang

setiap apa yang ku kata

itu datang dari jiwa

satu saja


jangan lukai aku hingga aku bosan untuk mengenali dunia



p/s: aku juga mahu rasa yang kalian rasa tapi TUHAN pesan dalam ISLAM hanya ujud PERKAHWINAN dan bukan hubungan yang tiada ikatan

Thursday, September 15, 2011

sedikit

ada
sedikit rindu
ada
sedikit kasih
ada
sedikit sayang
ada
sedikit rasa

tapi

aku takut
yang sedikit merubah kepada banayk

dan akan terus melaut

dan akan melemaskan aku


dan aku mati

tanpa kau sempat selanatkan aku yang ini


p/s: sedikit rasa yang semua kata itu sudah tiada

percaya

kau percaya?
percaya pada apa saja
tak kira
manusia
dunia
pekongsi rahim
kanak2
sesiapa
tapi aku mahu kata
yang KITA harus percaya pada TUHAN yang memang ada

tapi
aku mahu cerita tentang LELAKI
yang sekaranga dalah seorang RAJA dekat hatiku
itu aku tidak boleh ubah

tapi aku bukan mahu kata tentag dia RAJA
tapi aku mahu cerita tentag putera putera palsu yang GILA
yang hanya tahu main kata2
kemudian
sentuh sini sana
dan tinggal macam puteri itu sangat celaka

dan cari puteri idaman semua
tinggalkan yang lama
dan tidak terkesan langsung apa yang dia buat pada yang pertama

kau percaya?
pada janji2 yang celaka aku kira
yang hanya membangsat semata
puji untuk sementara
tapi
akhirnya
hanya gila yang menerajui nafsu semata


maka aku mahu kata
kau
kau
dan kau
yang aku kira
aku gelar wanita
aku gelar gadis
aku gelar perawan
dan boleh juga aku gelar sesiapa
jangan sekali
kau percaya
pada mereka
putera yang hanay suka pada wangi cantik diri kau
dan benci busuk pahit kau
jangan biarkan kau hanyut kerana kata2 yang bole kau cari dimana2

jangan kau takut yang kau akan seorang
TUHAN tidak pernah lupa
JANJI dia
kau akan ada yang datang
tapi jagan percaya pada yang hanay mahu badan kau


kau harus percaya TUHAN ada untuk kau



p/s: TUHAN janji DIA tidak akan mungkiri
dan kita harus percaya pada kerja TUHAN dan mintak pada dia hari2

Sunday, September 11, 2011

aku mati

seperti sudah puas meminta sesuatu yang x pasti
seperti sudah puas meminta akan mati
seperti sudah gila memohon akan sesuatu yang tidak bersedia
seperti hilang warasnya
berbicara seperti hidup tiada makna

apa guna hidup
andai hanay menyusahkan manusia
apa guna hidup
andai tidak bekorban apa2
apa guna hidup
andai hati tiada rasa

p/s:seperti sudah puas teroka hidup dan mahu mati????

Monday, September 5, 2011

perasaan lama

gila
aku masih rindukan kau
sejauh mana aku pergi
sekuat mana aku lari
selama mana aku diam
kau masih segar dan terus hidup di hati

jujurnya terasa sakit mengigatkan kau
tapi aku tak berdaya melupakan kau
bukan nya tidak cuba
sudah selalu aku ingatkan
dan ikhlasnya hari2 aku katakan pada diri
yang kau bukan untuk aku cintai dan sayangi
dan hatiku sakit setiap kali melihat kau
dan merindui kau

perasaan ini pada mulanya kuanggap hanya semata
akhirnya menjerat aku yang terkaku lama
aku hanya mahu perkara ini hilang
agar aku tidak mengigati dia
perasaan ini terlalu lama untuk aku
dan aku harus lakukan sesuati agar ia hanya menjadi pengisi waktu

p/s: mengapa kau masih megangu mimpi2 ku????

jjurnya rasa rindu akan hadir bersama pedih di hati dan air mata peneman hati

aku tidak tahu kau ini palsu atau kenyataan buatku...

Friday, September 2, 2011

hanya aku

mari cerita
tentang aku
sukar ingin faham aku
dan aku mahu kata tentag suatu perkara yang aku rindu
dulu aku bercerita tentang suka
kini aku sudah benci untuk bercinta

bukan aku kata cinta itu buang masa
tapi apa harus kita bercinta
andai tahu ia bukan untuk kita bersama
sedangkan kita itu hanay aku cipta

hebat
bila aku seorang yang gembira
kau hanya melopong tiada rasa
bila aku yang beria-ia
kau hanay diam seribu bahasa
bila aku yang kecewa
kau hanya ketawa
bila aku yang terperosok duka
kau hanya kata itu biasa

itu aku kata
hanya aku yang rasa
sesuatu
yang aku kata itu perkara indah
yang kau kata
itu perasaan biasa
sedangkan aku begitu mahu dengan kau hingga kau pergi pada Tuhan kelak

tapi

aku harus terima
yang KITA x pernah ujud
tapi aku msih sayang kau
aku masih ada rindu setitik buat kau
ataupun segugus peringatan buat kau
kau tahu
aku sudah mahu lupakan kau
tapi amsih ada ingatan buat kau

rindu?
mainan jiwa paling hina yang pernah aku ada untuk kau

maka
hanya aku yang merisik khabar kau dalam diam

dan aku telah membuat sesutu

di mana

kau aku sudah jadiakn kenangan
dan tiada harapan

yanga ku mahu kau bahagai dengan mereka

kita itu tidak akn ujud
yang ada hanya aku dan kau
aku dan dia
kau dan dia

sungguh berbeza tapi
tapi tiada rasa kasihan mahupun kesedihan


p/s: selamat tinggal sayang

selamat datang pemuisi "bisu"

Thursday, September 1, 2011

sesuatu

aku masih tunggu
terasa bodoh bila ia tidak berlaku
bila dia tidak mempunyai rasa yang sama
hanya aku yang beria2

rasa gila
bila aku yang terkena
bila aku yang terpinga-pinga
bila aku yang terkelu bicara

rasa hambar
bila aku tersilap sayang
bila aku terlebih sayang
aku hanya mampu melayang

sesuatu

sudah tiada

tapi

aku mahu kata

kita seperti ada kimianya

kita seperti serupa

tapi kita

diam diam saja


tidak mengapa


aku tidak mahu lagi terpinga pinga

atau terkelu bahasa

aku mahu kata

sesuatua yang tiada

akan ada bila

kita(yang hanya aku yang cipta)

mempunyai kita yang sama




p/s: warna baju kita serupa :D



gila

****aku harap kau tidak membaca apa yang aku carutkan :P

Wednesday, August 31, 2011

maaf dan lewat

maaf
aku masih tidak mampu
melupakan kau
atau
menghilangkan kau
mungkin sudah separuh
aku melupakan kau
mungkin juga baru suku
kau tidak tahu
ia tidak penting
tapi hati ini
tetap degil
bicara seperti tidak pernah kecewa
tidak pernah terluka
jujur
kau masih ada di hati
tapi hatiku semakin tawar mengigatkan kau kembali
antara kita
masih ada
cuma telah pudar

maaf sudah terlalu lewat kiranya
aku tahu kau siapa
di saat aku tahu siapa aku di hati kau juga sudah lewat
dimana di saat itu ia telah berubah ke sebaliknya


lewat itu kerana kau ragu
tapi kau jgn begitu
aku doakan kau akan bahagia bersama DIA
tanpa aku



p/s: maaf aku terlewat tahu dan segalanya telah berakhir tanpa bermula

Tuesday, August 30, 2011

selamat hari raya

selamat hari raya buat kalain semua..

maaf di pohon anda ada terguris kata atau ter marah x semena

muga jumpa lagi di lain masa

salam lebaran dari aku

muga kalain setiasa dalam keadaan baik dan sejahtera

amin...

Monday, August 22, 2011

kita

kita
ia tidak pernah ada tidk pernah berubah
dan
tiada erti untk kita
sudah trlalu jauh
aku kau melangkah
dan aku trus hanyut
hanyir rasa cinta masih terbau
wangi rasa benci trut mengharum
dan aku
membusuk bersama ‘kita’ y tak pernah ujud tp kau kata ada
argh
jgn kau membangsatkn aku
hnya kerana dia y bru dan usah kau tarik aku kerana busuknya pilihanmu
biarkan aku disini
sudah terbiasa kiranya hanyir rindu nanah membusung ini
mudah saja untuk kau y aku kasih
usah kau menjdi tabib mencuci luka ini

Saturday, August 13, 2011

perginya permata pena

itu pkara wajib
semua akan pergi
kasarnya d pggl mati
d pinjamkn nyawa sebentar
diberi nafas sdetik
di beri anugrah x terhingga byk nya
d mana itu hnya pnjaman sketika dan sementara
kmudian jnji tetp janji pinjaman di ambil kmbli
jd lah engkau jasad x bernyawa kembli
tiada apa y mampu ku lakukan
sekalung doa buatmu LIANA AFIERA MALIK y kmbli menemui PENCIPTD pd 30julai2011 pnulis y ku kagumi
muga kau tenang d sana teman..amin


p/s:mati itu kenyataan wujud d mana2 AL-FATIHAH buatmu liana

Sunday, August 7, 2011

sayang

sayang
jangan lagi kau ulangi itu
kau bikin kami susah hati
kau bikin kami tidak duduk diam lagi
kau bikin kami tidak percaya lagi
kau bikin kami tiada hati

sayang
kalau mahu cuba
cuba di hadapan kami
biar kami tahu
buruk keji kamu
dan
busuk wangi kamu

siapa yang x sayang anak?
sedang kan kucing sayangkan anak
apatah lagi manusia

siapa yang x sayang adik
ini kan pula di beri akal untuk berfikir

sayang
usah kau berfikir terllau jauh
kelak kau akan gagl untuk hadapi hari ini
biarlah tadi sebagai pengajaran
dan akan datang
jangan di ulang lagi pula

aku ini kakak yang jahat
kerna itu sukar untuk tunjuk rasa sayang
untuk cakap bahasa sayang

aku doakan kamu berjaya

ingat tiada kakak yang mahu adiknya musnah



p/s: aku ini tampak garang pada luarannya..namun hatiku menangis?siapa yang tahu? :)
aku percaya TUHAN selalu ada di sisi aku..itu saja dan bonda dan abah juga ada degr keluh kesah aku

senyuman

senyuman dari mereka
aku sudah bahagia
tawa mereka
aku sudah suka
layanan mereka tiada tolok bandingnya


p/s: jauh mana aku pergi,bonda dan abah masih tidak pernah berganjak dari hati ini...pekongsi rahim kalian sentisa ada bersamaku

Friday, August 5, 2011

tangisan


aku sedang menangis
aku tidak tahu mengapa dan kenapa
jujur
hati ini
penuh rindu
pada
teman2
sahabat
kawan2
dan
DIA yang pernah aku sayangi separuh hati

aku ingin sekali jerit pada dia

" hey,aku sayang kau la kawan..sampai mati'

'awak saya sayang awak sampai tiba masanya memang takdir awak bukan untuk saya'

'aku sayang kalian hingga hujung nyawa'

jujurnya

aku sudah hilang semua

mereka hanya jadi kenangan

aku tidak mahu mencipta kenangan baru
kelak aku yang sakit merindu

namun aku tak mampu hadapi sendiri

kau tahu siapa aku
buruk baik
jahat keji
pahit manis
busuk wangi
dan
sejuk panas aku
tapi aku tinggalkan kau
jujurnya aku sayangkan kau kawan
***ini untuk ex-roomate ku

****untuk ex-classmate diploma aku
korang tahu bodoh pandai aku
tahu jalang tidak mulut aku
tahu hina baik cara aku
aku sayang kalian teramat....


***untuk Dia yg aku rindu
saya sayang awak
tapi saya harus tinggalkan awak
sekali lagi
rindu
jujur
itu memang akan hadir setiap hari
cuma aku harus akui
awak bukan untuk saya
kita semakin matang bukan
meninggalkan semua
yang kita kata bukan milik lagi
kita buat semua seperti tidak pernah berlaku
awak cakap kita jauh
jujurnya kita x pernah dekat
saya sayang kan awak setiap hari
dan ia akan berubah bila saya jadi milik sepenuhnya BAKAL SUAMI SAYA KELAK
walaupun saya impikan KITA
itu x mungkin berlaku
kita semakin jauh
jurang semakin dalam
dan terlalu curam
saya x mampu



tangisan ini tanda sayang saya pada kalian semua
percayalah kalian akan hidup di dalam kenangan insan yang bernama ini


p/s: mungkin aku telah mati dalam kenangan kalian,tapi kalian subur dalam ingatan ku kawan

Thursday, August 4, 2011

umur

aku mahu cerita
kita selalu lupa
yang umur kita semakin meningkat

kita selalu alpa yang umur kita semakin banyak
kita selalu lalai yang umur kita semakin hampir
kita selalu rasa yang kita muda
kita selalu rasa yang kita matang
kita selalu rasa yang kita hebat

kita alpa
kita lalai
kita leka
itu hakikat
sukar
tapi kenyataan
menyakitkan


kita sambut setiap tahun
dengan gah
dengan meriah

tapi kita lupa yang kita semakin hampir dengan MATI yang realiti


kita hebat perkata sana sini

tapi kita lupa

'mungkin ini tahun akhir aku'?

siapa yang tahu?

kau?
mereka?
kalian?
tidak tahu

hanya Tuhan yang tahu


maka umur tidak akan turun dan makin hampir

maksud aku hampir MATI


P/S: kenyataan itu menyakitkan...kedamaian itu pengertian abadi...

Wednesday, August 3, 2011

sedang

aku sedang cuba
sabar
tahan hati

jujur aku rindu kau

tapi hatiku sedang membenci kau

aku tidak mahu fikir lagi

maaf aku sedang terluka maaf aku sedang berdarah

dan kau anggap aku remeh

dan aku sedang melupakan kau

kau pernah jadi setaraf keluarga

di mana aku mahu kau jadi putera

tapi

kau buat aku doa dengan banyak agar Tuhan jauhkan hati aku ini

aku tidak mahu tahu lagi

apa pun yang berlaku

aku sedang tinggalkan kau

apa pun yang aku cakap

aku sedang abaikan kau

dan walaupun sekarang aku sedang ingat kau

tapi hatiku aku sedang terluka kerana kau



p/s: Ramadhan ini aku terlalu rindukan Bonda dan Abah....TERAMAT DAN TERLALU...serta pekongsi rahim..aku rindu kalian!!!

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan

ia telah datang
hari yang di nanti
bulan yang di tunggu
datang dengan sendiri
tanpa paksaan
tapi
mengapa yang masih ada
menanti tanpa perasaan
melalui tanpa rasa sayang
melalui tanpa rasa rindu?

ada pula yang makan tanpa henti
seperti terakhir untuk hidup lagi
ada pula
tanpa malu dan silu rokok sana sini
ada pula yang sanggup mengaku bukan agama yang pasti

Ramadahn
bulan mulia
tiada hantu syaitan akan menjadi raja

namun ada lagi yang lali dan leka

sahur jangan lupa
niat pula jangan di tinggalkan nya
mampu kan diri untuk berterawih juga


salam Rmadahan AL-MUBARAK DARI SEORANG HAMBA YANG HINA....yang x layak ke syurga MU dan tak mampu melalui api neraka MU Tuhan.

p/s: mohon ampun di atas segala silap bicara dan sebagainya

Friday, July 22, 2011

Saturday, July 16, 2011

jalang

kau
aku mahu kata jalang

semua kau mahu

kau goda
dia
dia
dia
dia
dia

dan
kau ambil semua

dan
apa yang tinggal untuk aku?

aku mahu kata kau sangat jalang
bila kau tunjuk apa yang kau ada
kau guna apa yang kau mampu buat
kau buat semua terpana

kau memang sengaja
mahu orang suka puji kau

jujur
aku marah
tapi akutidak duli

aku diam

tapi kau jalang
bila semua milik aku
kau kata
milik kau

dan
kau mahu cuba semua
yang lagi aku rasa kau jalang
bila aku ini bukan seksi yang mahu kejar dunia
kau nie gila tidak semena

kau tahu
yang kau akan mati
yang kau akan tua
yang kau akan di seksa?

samapi bila mahu jalang?
sampai tua?
dan pernah kau fikir siapa mahu tean aku bila aku mati nanti?



p/s: aku rasa mahu bunuh jiwa yang JALANG

rain


some one told me
if u want to feel the real love
dance in raining day
with your partner

Wednesday, July 13, 2011

dunia

aku mahu
semua tahu
dengar
lihat
bukak mata
hati
telinga
dan dengar

yang
kau bukan seorang
mahu rasa indah cantik dunia

yang
kau bukan seorang
mahu rasa tenang damai dunia

yang
kau bukan seorang
yang mahu rasa apa dunia sudah ubah

cuma aku mahu pesan pesan
kau
kau
kau
mereka
kalian
anda
atau sesiapa yang pernah hidup
sedang
dan akan hidup

tolong hargai
apa saja walau sebesar zarah
jangan kau robekkan dada dunia yang dah musnah
jangan kau beratkan dosa dunia yang banyak
jangan kau sumbangkan neraka dunia yang penuh dengan noda
kelak aku yang mati kepanasan x tentu hala


p/s: kita ini manusia..jujrnya terjadi dari benda kotor iaitu dari air mani tapi dari perasaan suci sepasang suami isteri,maka jangan di cacatkan dengan perangai hina kau yang keji...

anak abah

hari ni aku mahu cerita
tentag seseorang
yang jadi raja dalam hidupku
jadi hero kanak2 ku
jadi penyelamat remajaku
dan tempat aku manja
peluk
cium dan
adu


masa kecil2
dia ada
tempat aku mintk
apa saja
dari makan
pakai
baju
mainan
duit
dan segala

dia
tempat aku manja
tempat aku main adu2
tempat aku cakap apa yang berlaku
aku ada kerana ksih dia

bila aku besar
dia juga ada
dia tempat aku cakap macam2
tempat aku tanya itu ini
segalanya
tentag apa saja
da tempat nasihat tak henti

dia pernah marah aku
tapi aku boleh kira
dia pernah rotan aku
aku juga boleh kira
tapi
aku suka satu
walaupun susah mana
perit maner
dia pasti akan sediakan
setiap orang sesuatu
supaya anak2 dia x rasa kurang satu2

ABAH
sungguh
rindu abah




x sabar nak balik..:D




P/S: dulu kita ingat jauh itu baik..jujurnya dekat lagi baik..biar bahu tahi tapi ia lebih wangi...dari bau wangi jujurnya itu lagi tahi....